top of page

Berita

Tahun Melawat Malaysia 2026

Segalanya Yang Menarik & Mempesonakan

472140322_1039520398201973_8676131895922938474_n.jpg

Logo kempen Visit Malaysia 2026 dan maskot rasmi . Kredit Foto: Tourism Malaysia

Oleh Team Musafir Sedunia

7 Januari 2025

Kongsi Artikel

Kementerian Pelancongan, Seni & Kebudayaan Malaysia telah melancarkan kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026) dengan acara yang penuh gemilang di Hangar 6, Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airports Berhad (MAB) pada 6 Januari 2025. Perasmian Kempen oleh Perdana Menteri YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan logo kempen, Maskot, lagu tema, dan livery pesawat, sejajar dengan perancangan menarik untuk Tahun Melawat Malaysia 2026. 

 

Logo Visit Malaysia 2026 (VM2026) yang tertera mewakili kepelbagaian budaya dan keindahan semula jadi Malaysia, akan dipaparkan pada badan pesawat komersial Malaysia Airlines, Batik Air, dan AirAsia. Ia adalah simbol yang berwarna-warni mempamerkan kesediaan Malaysia untuk mengalu-alukan kedatangan pengunjung dari seluruh dunia. Lagu tema rasmi "Surreal Experience" memberi gambaran dan menerangkan tarikan unik yang ditawarkan Malaysia dan penting dalam menarik perhatian global. Maskot comel Malayan Sun Bear dipilih menjadi maskot rasmi untuk kempen VM2026. Direka sebagai tarikan untuk semua kategori usia, spesies terancam ini mewakili komitmen Malaysia terhadap pemuliharaan hidupan liar.  

bafkreihvxrbbuczaux43djkqvztl5fgurewy2wu4bl6kmruo2clcmrkc3q.jpg

VM2026 adalah sebahagian daripada agenda nasional yang bertujuan untuk meningkatkan pendapatan pelancongan, meningkatkan daya saing pelancongan global Malaysia dan meletakkan sektor ini sebagai penyumbang penting kepada KDNK negara. Menjelang 2026, matlamatnya adalah untuk menarik hampir 35.6 juta pelancong antarabangsa dan menjana RM147.1 bilion dalam penerimaan pelancongan. Perkongsian dan kerjasama  strategik VM2026 dengan Malaysia Aviation Group, AirAsia, Huawei, Mastercard, dan banyak lagi telah disambut dengan pertukaran Memorandum Kerjasama (MoC). Perkongsian ini akan meningkatkan kesalinghubungan, kempen pemasaran, dan pengalaman pengunjung melalui teknologi inovatif dan tawaran eksklusif. 

Visi untuk masa depan Kementerian Pelancongan, Seni dan kebudayaan yang diketuai oleh YB Dato ' Sri Tiong King Sing komited untuk menjadikan VM2026 sebagai kempen yang berjaya. Inisiatif ini bertujuan untuk memperkayakan budaya tempatan, memupuk pertumbuhan dalam pelbagai sektor, dan mempamerkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.  

Follow page kami Musafir Sedunia di  Facebook  &  X  untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia.

Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda.

2758558.png
follow-us-on-x-icon.png
follow-us-on-instagram-sign-button-vector-50150557.png

TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA

Itenary korea.jpg
Berita

Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik

26 Mac 2025

Itenary korea.jpg
Informasi

5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers

16 Februari 2025

Itenary korea.jpg
Tips

Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara

28 Februari 2025

Itenary korea.jpg
Destinasi

7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan

12 Februari 2025

Itenary korea.jpg
Tips & Info Penerbangan

Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan

20 Februari 2025

Musafir Sedunia.jpg

Ikuti Kami

  • Facebook
  • X
  • Instagram

INFO, TIPS & BERITA PELANCONGAN / TRAVEL

 

© 2024 by Musafir Sedunia. All Rights Reserved.

Daftar Untuk Langgan Info Terkini di Email

Terima Kasih Kerana Melanggan!

bottom of page