Informasi
Tuntutan Cukai (Local Tax Refund) ketika Melancong ke luar negara
Kelayakan Dan Proses Tuntutan Semula
Notis premis bebas cukai di Jepun Kredit Foto: Sumifuku Rental
Oleh Team Musafir Sedunia
6 Disember 2024
Kongsi Artikel
Tahukah anda sekiranya anda membeli-belah semasa di luar negara, anda layak untuk menuntut semula bayaran cukai yang anda bayar untuk barangan yang dibeli? Kebanyakan negara mengenakan cukai tempatan yang dikenali dengan pelbagai panggilan seperti Value Added Tax (VAT) atau Goods Service Tax (GST). Ini bermakna anda membuat pembayaran tambahan ke atas nilai barangan yang dibeli di mana cukai ini perlu dibayar oleh rakyat tempatan manakala bagi pelancong, cukai ini dikecualikan. Walaubagaimanapun, tidak semua negara yang menawarkan program pemulangan cukai seperti ini. Setakat penulisan artikel ini, terdapat 41 negara yang menawarkan pemulangan cukai berdasarkan nilai yang dicaj.
Daripada jumlah negara berkenaan, 27 negara merupakan negara dari Kesatuan Eropah seperti France, Italy, Germany & Holland manakala negara bukan Kesatuan Eropah adalah seperti United Kingdom, Jepun, Korea Selatan dan Australia. Sebaliknya, negara seperti Amerika Syarikat dan Arab Saudi tidak menawarkan program ini bagi pelancong di negara masing-masing. Malaysia tidak lagi menawarkan pemulangan semula cukai kepada pelancong sejak tahun 2018 selepas pemansuhan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula tahun tersebut.
Lokasi tuntutan pemulangan cukai VAT di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Thailand . Kredit foto: Gojiakhong
Kadar cukai VAT atau GST yang dipulangkan adalah mengikut kadar cukai yang dikenakan. Semestinya terdapat perbezaan nilai kadar cukai di antara negara-negara terlibat dan juga berdasarkan sektor perniagaan seperti makanan, barangan fesyen, cenderamata dan banyak lain. Secara umumnya, konsep untuk tuntutan pemulangan cukai ini adalah hampir sama di negara-negara yang terlibat iaitu hanya melibatkan premis perniagaan yang menawarkan pemulangan cukai, tertakluk kepada sesuatu tempoh masa individu berada di negara tersebut dan tuntutan boleh dibuat di kaunter khas di lokasi khas sesuatu bandar atau di lapangan terbang. Terdapat juga premis perniagaan yang menawarkan kaunter tuntutan semula cukai di dalam kompleks atau premis tersebut. Berikut adalah beberapa contoh prosedur pemulangan semula cukai tempatan di negara-negara yang merupakan destinasi pelancongan popular:
Jepun
1. Cukai Penggunaan:
Kebanyakan bayaran balik cukai di Jepun tertumpu pada pengurangan cukai penggunaan. Harga barangan adalah berasingan daripada cukai. Tanda harga Jepun selalunya memaparkan dua harga: harga produk itu sendiri dan harga selepas menambah cukai penggunaan (pada masa ini 10% sejak Oktober 2019).
2. Kelayakan Bayaran Balik Cukai:
Pelancong Asing: Pelawat dengan visa sehingga 90 hari layak untuk bayaran balik cukai.
Jumlah Perbelanjaan: Perbelanjaan anda mesti melebihi 5,000 yen (kira-kira 45 USD).
3. Jenis Barangan Dibenarkan Tuntutan Semula Cukai:
Consumables : Makanan, minuman, alkohol, farmaseutikal, kosmetik. Anda boleh mendapatkan bayaran balik untuk bahan habis guna dalam lingkungan 5,000 yen hingga 500,000 yen pada hari yang sama di kedai yang sama. Produk mesti dibawa pulang ke negara asal anda dalam masa 30 hari selepas pembelian.
Barangan Am: Barangan seperti elektronik, kasut, beg, pakaian, jam tangan, barang kemas dan kraf. Untuk barangan am, bayaran balik cukai boleh didapati di kedai yang sama pada hari yang sama apabila jumlah pembelian melebihi 5,000 yen.
4. Proses Tuntutan:
-
Minta resit bayaran balik cukai semasa pembelian anda.
-
Nyatakan hasrat anda untuk mendapatkan bayaran balik cukai di kaunter yang ditetapkan.
-
Dapatkan setem Kelulusan Eksport Kastam.
-
Lawati Kaunter Bayaran Balik Cukai untuk menerima bayaran balik anda secara tunai atau pulangan nilai kredit.
Panduan proses permohonan pemulangan semula cukai di Korea. Kredit Foto: Beautifulbuns
Korea Selatan
1. Kelayakan Bayaran Balik Cukai
Anda boleh mendapatkan bayaran balik pada Cukai Nilai Ditambah (VAT) apabila membeli barangan atau perkhidmatan bernilai lebih 15,000 KRW (kira-kira 10 USD) tetapi di bawah 6,000,000 KRW (kira-kira 4,300 USD).
2. Tempat Mendapatkan Bayaran Balik:
-
Lapangan Terbang Antarabangsa: Apabila berlepas dari Korea, lawati Kaunter Bayaran Balik Cukai di Lapangan Terbang.
-
Pusat Bandar : Tunjukkan item yang anda beli, resit bayaran balik VAT, pasport dan kad kredit antarabangsa.
-
Bayaran Balik Segera: Sesetengah kedai atau premis yang mengambil bahagian menawarkan bayaran balik cukai serta-merta apabila anda membeli-belah.
3. Proses Tuntutan:
-
Minta resit bayaran balik cukai apabila membeli item yang layak. Tunjukkan pasport dan maklumat penerbangan anda semasa membeli-belah.
-
Di Lapangan Terbang, nyatakan hasrat anda untuk mendapatkan bayaran balik cukai.
-
Dapatkan setem Kelulusan Eksport Kastam pada dokumen.
-
Akhir sekali, lawati Kaunter Bayaran Balik Cukai untuk menerima bayaran balik anda secara tunai (USD, JPY atau KRW)
Thailand
1. Kelayakan Bayaran Balik Cukai:
-
Anda mestilah bukan warganegara Thai.
-
Bertolak dari lapangan terbang antarabangsa di Thailand.
-
Pembelian barangan dari premis yang memaparkan tanda "BAYARAN BALIK CUKAI UNTUK PELANCONG".
2. Proses Tuntutan:
-
Pembelian barangan dari kedai dengan tanda yang disebutkan di atas.
-
Pembelian mestilah sekurang-kurangnya 2,000 baht (termasuk VAT) sehari setiap kedai.
-
Mengisi borang permintaan bayaran balik cukai (P.P.10) dan invois cukai asal dari kedai pada hari pembelian.
-
Pembelian dengan jumlah nilai kurang daripada 20,000 baht tidak perlu melalui prosedur kastam dan boleh dituntut Jabatan Hasil.
-
Mengemukakan barang, borang bayaran balik cukai dan invois cukai asal kepada pegawai Kastam untuk diperiksa sebelum daftar masuk.
-
Barangan mewah atau berharga seperti emas, berlian, jam tangan mewah serta gajet elektronik, setiap barangan perlu berharga lebih daripada 40,000 baht bagi melayakkan tuntutan cukai VAT.
3. Pilihan Bayaran Balik Cukai:
-
Anda boleh menuntut bayaran balik VAT di Kaunter Bayaran Balik VAT untuk Pelancong di beberapa lapangan terbang antarabangsa seluruh negara.
-
Sebagai alternatif, letakkan dokumen ke dalam kotak di hadapan pejabat Bayaran Balik VAT untuk Pelancong atau hantarkannya ke Jabatan Hasil Thailand.
Rujuk laman web negara yang ingin anda lawati bagi mendapatkan info lebih tepat berkenaan pemulangan semula cukai pembelian. Adalah penting untuk anda dapatkan info lanjut berkenaan perkara ini seterusnya melancarkan pengurusan kewangan anda semasa bercuti dan meningkatkan penjimatan perbelanjaan anda.
Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia.
Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda.
Tags
TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA
Informasi
Tuntutan Cukai Tempatan (Local Tax Refund)
6 Januari 2025
Tips
Terlepas Penerbangan
5 Januari 2025
Destinasi
7 Negara Selamat Untuk Pengembara Solo
5 Januari 2025
Tips & Info Penerbangan
Menara kawalan Udara
5 Januari 2025