top of page

Informasi

Negara Landlocked

Kekurangan Yang Dihadapi Dan Kesan Terhadap Ekonomi

ACL S3_LAOS.png

Laos merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tiada pesisiran pantai. Kredit Foto: Asia Society

Oleh Team Musafir Sedunia

3 Januari 2025

Kongsi Artikel

Malaysia merupakan negara yang dikelilingi lautan dan mempunyai banyak destinasi pantai yang indah selain beberapa pelabuhan yang menjadi pusat perdagangan penting. Dapatkah anda bayangkan jika Malaysia tiada lautan dan hanya dikelilingi daratan negara lain? Itulah negara landlocked atau negara tanpa lautan di mana tiada pesisiran pantai atau pelabuhan di negara tersebut. Terdapat 44 negara landlocked di dunia, dengan dua daripadanya dikenali negara landlocked dua kali ganda oleh lebih daripada 2 negara iaitu Liechtenstein dan Uzbekistan. Negara tanpa pesisir pantai atau lautan boleh mewujudkan kelemahan politik dan ekonomi, kerana ia menyekat akses terus ke perairan antarabangsa. Negara landlocked menghadapi beberapa kelemahan disebabkan kekurangan akses terus ke laut:

1. Cabaran Perdagangan 

 

Negara terkurung daratan bergantung pada negara jiran untuk akses ke pelabuhan dan laluan perdagangan antarabangsa. Pergantungan ini boleh menyebabkan kelewatan, birokrasi dan kos pengangkutan yang lebih tinggi seterusnya meningkatkan kos barangan dagangan.

2. Pengasingan Ekonomi

 

Akses terhad kepada perdagangan maritim boleh menghalang pertumbuhan ekonomi. Negara landlocked sering bergelut untuk menarik pelaburan asing dan membangunkan industri yang berdaya saing.

1_3p9YqwEn0kOtAqtj1s8Huw.jpg

Majoriti negara landlocked merupakan negara membangun atau negara miskin . Kredit foto: Medium

3. Kos Infrastruktur:

 

Membina dan menyelenggara infrastruktur pengangkutan (seperti jalan raya, kereta api dan saluran paip) untuk menyambung ke kawasan pantai adalah mahal dan memerlukan kerjasama dengan negara yang bersebelahan serta negara yang mempunyai akses pantai. Kos ini boleh membebankan belanjawan negara yang terkurung daratan.

 

4. Isu Geopolitik:

 

Negara landlocked lebih terdedah kepada ketegangan dan konflik geopolitik. Akses  ke laut boleh terganggu sekiranya terdapat pertikaian antara negara jiran.

 

5. Kos Transit Lebih Tinggi:

 

Mengangkut barang dagangan melalui beberapa negara meningkatkan kos transit dan perlu bergantung kepada syarikat pengangkutan di negara yang dilalui. Negara landlocked sudah pasti perlu membayar lebih untuk caj kastam, tarif dan logistik.

europe-with-highlighted-switzerland-map-vector-illustration_292608-1588.jpg

Switzerland antara negara terkaya dunia yang merupakan negara landlocked. Sumber: Freepik

6. Cabaran Pelancongan

 

Kekurangan garis pantai mengehadkan potensi pelancongan. Destinasi pantai sering menarik lebih ramai pelancong atas faktor keindahan pantai, aktiviti sukan air dan pengalaman budaya.

 

7. Akses Terhad Kepada Sumber Lautan

 

Negara yang terkurung daratan mungkin kekurangan akses kepada perikanan , seterusnya meningkatkan kos bahan mentah makanan dari sumber lautan.

Walaupun kebanyakan negara landlocked merupakan negara yang membangun atau miskin, berikutan faktor di atas, terdapat beberapa negara landlocked yang berjaya mempelbagaikan ekonomi mereka, melabur dalam infrastruktur dan memupuk perkongsian serantau yang kukuh untuk mengurangkan kelemahan yang dihadapi seperti Switzerland dan Austria.

Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia.

Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda.

2758558.png
follow-us-on-x-icon.png
follow-us-on-instagram-sign-button-vector-50150557.png

Tags

landlocked noseacountry countrieswithoutsea Switzerland

TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA

Itenary korea.jpg
Berita

Sistem Kod QR Baharu MyBorderPass Diperkenalkan

6 Januari 2025

Itenary korea.jpg
Informasi

Tuntutan Cukai Tempatan (Local Tax Refund)

6 Januari 2025

Itenary korea.jpg
Tips

Terlepas Penerbangan

5 Januari 2025

Itenary korea.jpg
Destinasi

7 Negara Selamat Untuk Pengembara Solo

5 Januari 2025

Itenary korea.jpg
Tips & Info Penerbangan

Menara kawalan Udara

5 Januari 2025

bottom of page