top of page

Informasi

Inflasi Dan Pelancongan

Semakin Sukar Untuk Melancong?

149712752_s.jpg

Inflasi memberi impak terhadap perbelanjaan melancong di destinasi terkesan. Kredit Foto: Travel With Annita

Oleh Team Musafir Sedunia

7 Disember 2024

Kongsi Artikel

Inflasi merujuk kepada kehilangan kuasa membeli secara berperingkat, mengakibatkan kenaikan harga yang berterusan bagi barangan dan perkhidmatan dari semasa ke semasa. Ia dikira sebagai purata kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang akan dinilai oleh pihak berkuasa kewangan atau firma penyelidikan ekonomi sepanjang satu tahun. Apabila inflasi berlaku, nilai mata wang akan berkurangan, seterusnya memberi kesan kepada pengguna dan perniagaan. 

 

Terdapat tiga jenis utama inflasi:

 

1. Inflasi Berikutan peningkatan permintaan 

 

Ini berlaku apabila terdapat pegangan wang yang tinggi di peringkat pengguna di mana akan merangsang permintaan keseluruhan untuk barangan dan perkhidmatan dengan lebih cepat daripada kapasiti pengeluaran ekonomi. Akibatnya, pengeluaran atau perkhidmatan tidak mampu untuk menampung permintaan seterusnya mendorong kepada kenaikan harga. 

2. Inflasi berikutan peningkatan kos bahan

 

Disebabkan oleh kekurangan bekalan bahan mentah & bahan pembuatan, menyebabkan kekurangan pengeluaran untuk menampung permintaan seterusnya mendorong peningkatan harga. 

 

3. Inflasi Berikutan Faktor Dalaman

 

Peningkatan inflasi turut berlaku  disebabkan berlaku peningkatan pembayaran kepada pekerja atas permintaan atau keperluan semasa dan faktor sesuatu sektor perniagaan atau industri mengenakan harga yang lebih tinggi, seterusnya meningkatkan harga barangan & perkhidmatan dan menjurus kepada inflasi.

c1_2303314_22050210193716016.jpg

Peningkatan permintaan secara mendadak untuk sektor pelancongan selepas musim Covid-19 . Kredit foto: Khmer Times

Mungkin anda pernah mendengar berita berkaitan penurunan & peningkatan kadar faedah pinjaman yang dikenakan oleh pihak berkuasa kewangan seperti Bank Negara dalam mengawal inflasi. Secara praktikal, apabila kadar faedah pinjaman meningkat, pengguna akan lebih berhati-hati untuk berbelanja dan secara tidak langsung permintaan untuk barangan dan perkhidmatan menjadi lebih terkawal. Kesannya, harga barangan atau perkhidmatan tidak meningkat dan inflasi yang ketara dapat dielakkan. Faktor global turut memainkan peranan terutama untuk sektor yang mengalami gangguan isu pembekalan bahan atau produk akibat peperangan, pengawalan pengeluaran oleh negara pengeksport dan permintaan yang meningkat di seluruh dunia.  

 

Inflasi semestinya akan mempengaruhi sektor pelancongan. Kuasa membeli pelancong akan berkurangan dan harga produk pelancongan seperti tiket kapal terbang, hotel, pusat pelancongan dan makanan sememangnya akan meningkat setiap tahun. Sebagai contoh, terdapat perbezaan ketara tiket penerbangan dan harga hotel sebelum wabak covid-19 melanda pada tahun 2020 dan selepas sempadan antara negara dibuka pada tahun 2022. Berikutan permintaan yang tinggi untuk sektor pelancongan, peningkatan harga berlaku sehingga ke hari ini di mana agak mustahil untuk harga sektor-sektor ini kembali seperti tahun sebelum wabak Covid-19 berlaku. Akibatnya, kuasa membeli pelancong menjadi semakin rendah dan harga sektor ini dijangka akan terus meningkat di masa akan datang.

Shinjuku-area-in-Tokyo-Japan.jpg

Kawasan popular pelancongan tetap akan dikunjungi pelancong walaupun terdapat peningkatan harga. Kredit Foto: TTG Asia

Sebagai pelancong atau musafir, anda perlu lebih cekap dalam merancang perjalanan anda terutama dari pengurusan kewangan. Anda boleh mencari promosi, tempat atau musim pelancongan yang menawarkan harga yang berpatutan dan elakkan melancong semasa ‘peak season’ seperti musim panas, musim ‘golden weeks’ di sesetengah negara atau musim percutian hujung tahun yang mana rata-rata kesemua kos sektor pelancongan berada pada tahap paling tinggi. Dengan ilmu dan pengurusan kewangan yang betul, sudah pasti tiada masalah untuk anda dan keluarga untuk meneroka dan bermusafir ke mana-mana destinasi seluruh dunia.

Follow page kami Musafir Sedunia di  Facebook  &  X  untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia.

Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda.

2758558.png
follow-us-on-x-icon.png
follow-us-on-instagram-sign-button-vector-50150557.png

Tags

inflasi harga mahal informasi

TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA

Itenary korea.jpg
Berita

Pesawat Jeju Air Terhempas Di Korea Selatan

29 Disember 2024

Itenary korea.jpg
Informasi

Inflasi Dan Pelancongan

24 Disember 2024

Itenary korea.jpg
Tips

Terlepas Penerbangan

25 Disember 2024

Itenary korea.jpg
Destinasi

6 Sebab Selatan Thailand Popular Di Kalangan Rakyat Malaysia

29 Disember 2024

Itenary korea.jpg
Tips & Info Penerbangan

7 Tips Memilih Tempat duduk Pesawat

28 Disember 2024

bottom of page