Informasi
10 Negara Yang Memerlukan Permohonan VISA
Untuk Pemegang Pasport Malaysia

Cop VISA On Arrival yang diberi kepada pemegang pasport tanpa permohonan VISA khas. Kredit Foto: Passport Health
Oleh Team Musafir Sedunia
6 Januari 2025
Kongsi Artikel
Sehingga 2024, warganegara Malaysia menikmati akses tanpa visa atau visa semasa ketibaan ke 183 negara dan wilayah bagi tujuan pelancongan, menjadikan pasport Malaysia cukup berkuasa dari segi mobiliti global. Sudah tentu mana-mana negara yang terdetik di minda anda mempunyai kebarangkalian boleh diakses tanpa VISA atau menggunakan VISA semasa ketibaan menggunakan passport Malaysia. Tetapi tahukah anda 10 negara yang mana anda perlu memohon VISA khas sebelum bercadang untuk ke sana apatah lagi untuk membeli tiket.
Berikut adalah negara-negara yang memerlukan anda untuk membuat permohonan VISA untuk
-
Amerika Syarikat (USA)
-
Canada
-
Australia
-
Ukraine
-
Ghana
-
Afghanistan
-
Turkmenistan
-
Serbia
-
Paraguay
-
Iraq

Pasport Malaysia . Kredit foto: Bernama
Permohonan VISA untuk negara di atas kesemuanya perlu melalui kedutaan masing-masing dan kebanyakan menggunakan sistem online. Bagi VISA ke Amerika Syarikat, anda perlu membuat permohonan atas talian untuk VISA jenis B1/B2 untuk tujuan pelancongan atau lawatan. Caj sebanyak USD185 (RM888) dikenakan untuk permohonan (harga semasa artikel ini ditulis) dan anda akan diminta untuk menghadiri temuduga di kedutaan berdasarkan tarikh temujanji yang diberi. Jika permohonan anda diluluskan anda akan diminta untuk mangambil passport anda di lokasi tertentu atau penghantaran melalui pos. Prosedur yang sama juga untuk permohonan VISA lawatan ke Canada atau Australia di mana permohonan atas talian perlu dibuat berserta dokumen-dokumen yang diperlukan. Untuk permohonan VISA negara selain di atas perlu disemak dengan kedutaan negara tersebut bagi mendapatkan info yang terkini seterusnya memudahkan perjalanan anda.

Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Kredit Foto: Wikipedia
Anda digalakkan untuk membuat permohonan awal sekurang-kurangnya 2 bulan dari tarikh perjalanan anda sekiranya anda ingin memastikan perancangan perjalanan anda berjalan dengan lancar. Info ini hanya untuk VISA pelancong sahaja manakala untuk untuk VISA lain seperti VISA pelajar, pekerja atau lawatan jangka masa panjang, anda perlu mendapatkan info lanjut dari kedutaan negara destinasi tersebut termasuk juga untuk negara-negara yang mana passport Malaysia mendapat pengecualian VISA pelancongan atau VISA semasa ketibaan.
Sumber: [1][2][3]
Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia.
Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda.



Tags
TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA

Informasi
5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers
16 Februari 2025

Tips
Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara
28 Februari 2025

Destinasi
7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan
12 Februari 2025
Tips & Info Penerbangan
Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan
20 Februari 2025