Tips
Tips Penting Packing Bagasi
Memastikan Perjalanan Anda Mudah Dan Lancar
Mengemas bagasi adalah perkara penting untuk memastikan perjalanan anda Kredit foto: Harian Metro
Oleh Team Musafir Sedunia
8 November 2024
Kongsi Artikel
Packing atau mengemas bagasi untuk perjalanan mungkin sesuatu yang menjengkelkan bagi sesetengah individu, tetapi dengan sedikit perancangan teliti, anda boleh memastikan bahawa anda mempunyai semua yang diperlukan untuk perjalanan yang lancar dan menyeronokkan. Sama ada anda akan bercuti untuk jangka masa pendek atau pengembaraan jangka masa panjang, berikut adalah beberapa tip dan item penting yang perlu diberi keutamaan semasa mengemas bagasi:
Sebelum Anda Mula Mengemas Bagasi
Sebelum memulakan proses mengemas, adalah penting untuk mempunyai pengetahuan tentang destinasi anda. Fahami budaya tempatan, tradisi, keadaan cuaca, dan sebarang sekatan perjalanan yang mungkin berlaku. Cetak salinan dan simpan versi digital dokumen insurans perjalanan anda. Ini penting sekiranya berlaku kecemasan dan untuk potensi tuntutan. Ketahui cara untuk menghubungi penyedia insurans anda dari luar negara. Buat salinan pasport, visa, jadual perjalanan, dan kenalan kecemasan anda. Simpan salinan dokumen asal untuk keselamatan tambahan. Pastikan anda mempunyai beberapa mata wang tempatan untuk perbelanjaan segera seperti pembayaran tip dan pembayaran urusniaga di premis yang tidak menerima pembayaran kad atau digital.
Barangan Penting
Bawa adaptor pengecas dan power bank berkapasiti tinggi untuk memastikan peranti pintar dan gajet anda dapat dicas semasa dalam perjalanan. Pertimbangkan kabel pengecasan mudah alih yang berfungsi dengan pelbagai peranti. Pilih botol air yang sesuai untuk memastikan anda kekal terhidrasi dan mengurangkan penggunaan plastik. Sediakan sepasang kasut yang selesa dan serbaguna yang sesuai untuk perjalanan anda. Kemas pakaian yang sesuai dengan cuaca di destinasi dan mudah dicuci. Sertakan keperluan first aid seperti pembalut luka, tisu antiseptik, penahan sakit, pad lepuh, adan ubat preskripsi sekiranya ada. Lindungi kulit anda daripada sinaran UVA dan UVB dengan krim sunscreen dan balsem bibir untuk mengelak kekeringan bibir.
Aturan Bagasi
Gunakan kiub pengemasan untuk mengatur item di dalam bagasi anda, menjadikannya lebih mudah untuk mencari barang tertentu tanpa perlu selongkar kesemua barangan. Membawa bantal perjalanan dan pelindung mata boleh menjadikan penerbangan atau perjalanan bas yang panjang lebih selesa. Pastikan pakaian yang dibawa sesuai dan dalam kuantiti yang munasabah dengan tempoh perjalanan anda, tidak membebankan bagasi anda serta mengganggu ruangan untuk penyimpanan barangan lain. Sekiranya anda membawa peralatan seperti tripod, aksesori kamera atau komputer riba, sediakan ruangan yang mencukupi di bahagian bagasi dengan perlindungan hentakan.
Barangan yang dibawa di dalam bagasi perlu mengambilkira keperluan dan boleh didapati di destinasi. Kredit foto: iStock
Barang Tambahan yang Perlu Dipertimbangkan
Beg kecil dengan detergen, berus dan tali jemuran boleh sangat berguna untuk mencuci pakaian semasa dalam perjalanan sekiranya anda tidak bercadang menggunakan perkhidmatan dobi di destinasi. Makanan ringan yang tidak mudah rosak dan berkhasiat seperti bar protein, campuran buah kering, atau keropok boleh dibawa sebagai snek sepanjang perjalanan anda.
Dengan mengutamakan barang-barang penting ini dan menyusun bagasi anda dengan cekap, anda akan bersedia dengan baik untuk pelbagai situasi dan memastikan pengalaman perjalanan yang lebih lancar. Apapun, keperluan barangan yang dibawa perlu mengambilkira ruangan bagasi, bilangan bagasi yang boleh dibawa atau dibeli dan alternatif untuk membeli keperluan jika di destinasi. Apa yang penting, pastikan aspek barangan keperluan dan bagasi tidak menggangu keseronokan perjalanan anda.
Adalah penting untuk memastikan susnan bagasi teratur bagi memaksimakan ruangan. Kredit foto: iStock
Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia.
Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda.
Tags
TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA
Informasi
Inflasi Dan Pelancongan
24 Disember 2024
Tips
Terlepas Penerbangan
25 Disember 2024
Destinasi
6 Sebab Selatan Thailand Popular Di Kalangan Rakyat Malaysia
29 Disember 2024
Tips & Info Penerbangan
7 Tips Memilih Tempat duduk Pesawat
28 Disember 2024