Tips
Terlepas Penerbangan?
7 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan
Terlepas penerbangan adalah perkara terburuk yang dialami oleh seseorang individu. Kredit foto: iStock
Oleh Team Musafir Sedunia
6 Disember 2024
Kongsi Artikel
Tiada sesiapa inginkan penerbangan mereka yang telah dijadualkan terlepas. Ini merupakan mimpi ngeri untuk setiap individu yang telah merancang untuk perjalanan kerja atau pelancongan mereka ke luar negara. Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan seseorang untuk terlepas penerbangan mereka sama ada berpunca dari faktor luar atau faktor individu itu sendiri. Berikut merupakan 7 perkara yang perlu dilakukan sekiranya seseorang penumpang terlepas penerbangan:
Ketinggalan penerbangan boleh menimbulkan tekanan, tetapi terdapat langkah yang boleh anda ambil untuk menguruskan keadaan:
1. Kekal Tenang dan Sabar
Ya. Situasi seperti ini sememangnya akan menimbulkan tekanan dan kegelisahan terutamanya jika anda berada di luar negara dan ingin kembali. Jika melibatkan kumpulan atau beberapa individu, elakkan menuding jari atau mencari kesalahan individu yang mungkin menyebabkan kumpulan anda terlepas penerbangan. Fokus perlu diberi kepada mencari penyelesaian dan cara untuk mendapatkan tempat duduk dalam penerbangan seterusnya.
2. Hubungi Syarikat Penerbangan Dengan Segera
Hubungi syarikat penerbangan sebaik sahaja anda menyedari anda akan terlepas atau terlepas penerbangan anda. Setiap syarikat penerbangan mempunyai kaunter masing-masing di lapangan terbang dan adalah terbaik untuk anda terus berhubung dengan kakitangan syarikat penerbangan di sini daripada menggunakan telefon atau pesanan ringkas sms/whatsapp bagi mendapatkan tindak balas lebih pantas. Lebih cepat mereka tahu, lebih banyak pilihan yang mereka ada untuk membantu anda menempah semula penerbangan.
Berada dalam keadaan tergesa-gesa untuk menaiki penerbangan bukanlah pengalaman yang diinginkan setiap individu. Kredit foto: Envato
3. Terangkan Situasi Anda
Bersikap sopan dan terangkan sebab anda terlepas penerbangan. Sesetengan Syarikat penerbangan selalunya mempunyai ‘flat tire rule’ yang membenarkan tempahan semula tanpa caj tambahan jika anda mempunyai sebab yang sah, seperti kecemasan perubatan atau kemalangan jalan raya. Terdapat syarikat penerbangan yang menawarkan harga pakej premium ketika pembelian tiket penerbangan di mana terdapat pelbagai kelebihan kepada pembeli termasuk tiada caj penjadualan semula waktu penerbangan sekiranya pembeli terlepas penerbangan.
4. Tempahan Semula:
Dapatkan maklumat untuk tempahan semula tiket penerbangan seterusnya sekiranya masih ada kekosongan daripada syarikat penerbangan yang sama.. Sesetengah syarikat penerbangan boleh menempah semula anda secara percuma atau dengan bayaran yang kecil, bergantung pada polisi syarikat penerbangan tersebut. Walaubagaimanapun, sekiranya syarikat menawarkan beberapa jenis pakej semasa proses pembelian kapal terbang, anda perlu membayar harga penuh atau separuh sekiranya anda tidak membeli pakej premium yang ditawarkan oleh syarikat tersebut. Anda perlu mencari syarikat lain atau memohon untuk berada dalam ‘Standby List’ sekiranya tiada kekosongan tempat duduk dalam masa terdekat.
5. Mohon Untuk Berada Dalam 'Standby List'
Jika tiada tempat duduk yang masih kosong dalam pesawat syarikat yang sama, anda boleh minta untuk diletakkan dalam senarai siap sedia untuk penerbangan seterusnya. Dalam situasi ini, anda perlu tahu berkenaan tiada had tempoh masa menunggu untuk pesawat seterusnya. Sekiranya anda bertuah anda boleh mendapatkan tempat duduk dalam tempoh beberapa jam sahaja tetapi ada kemungkinan anda perlu menunggu sehingga beberapa Hari untuk mendapatkan tempat duduk kosong terutama ketika musim puncak pelancongan. Anda perlu menjadi sangat peka dan perlu sentiasa bertanya info terkini dengan kaunter syarikat penerbangan dari masa ke semasa.
Penerbangan yang sentiasa penuh menyukarkan penumpang yang dalam senarai menunggu untuk mendapatkan tempat. Kredit Foto: Airlive
6. Wang Kecemasan
Adalah penting untuk anda mempunyai wang kecemasan untuk digunakan sekiranya menghadapi kontigensi kecemasan semasa di luar negara termasuk situasi seperti ini. Kebarangkalian untuk anda perlu membayar semula tiket pada harga penuh atau lebih mahal adalah sangat tinggi jika menghadapi situasi seperti ini jadi penyediaan wang kecemasan amatlah membantu.
7. Berada di Lapangan Terbang Sepanjang masa
Ini adalah penting untuk anda terus bertindak dan menaiki pesawat kerana kebiasaanya bagi individu yang telah berada dalam senarai ‘standby list’, mereka akan dimaklum pada saat-saat terakhir berkenaan kekosongan tempat duduk dalam pesawat. Anda juga boleh mendapatkan pengesahan daripada syarikat penerbangan sekiranya anda perlu berada di luar lapangan terbang dan mohon untuk pihak syarikat menghubungi anda jika anda secara terus melalui telefon.
Penting untuk anda merancang perjalanan anda dengan teliti dan rapi sebelum hari perjalanan bagi mengelakkan kesulitan dan kerugian yang semestinya akan membebankan anda. Ketahui tips perancangan perjalanan yang berkesan pada link di bawah bagi membantu proses perjalanan anda menjadi lancar dan menyeronokkan.
Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia.
Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda.
Tags
TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA
Informasi
Inflasi Dan Pelancongan
24 Disember 2024
Tips
Terlepas Penerbangan
25 Disember 2024
Destinasi
6 Sebab Selatan Thailand Popular Di Kalangan Rakyat Malaysia
29 Disember 2024
Tips & Info Penerbangan
7 Tips Memilih Tempat duduk Pesawat
28 Disember 2024