top of page

Tips

Berjimat Untuk Melancong

Sebelum, Semasa Dan Selepas Melancong

Waiting for Flight

Kos tiket penerbangan merupakan antara kos perbelanjaan terbesar bagi kebanyakan pelancong atau pengembara.

Oleh Team Musafir Sedunia

4 Januari 2025

Kongsi Artikel

Melancong atau mengembara semestinya memberi kepuasan dan keseronokan untuk kebanyakan individu , tetapi kos yang diperlukan untuk aktiviti ini mungkin menyukarkan banyak pihak untuk melancong terutama ke destinasi luar negara. Dengan perancangan yang teliti dan perlaksanaan strategik, anda boleh menikmati pengembaraan yang menarik dengan perbelanjaan kewangan yang tidak terlalu tinggi dan mampu bayar. Panduan ini distrukturkan kepada tiga bahagian: sebelum perjalanan, semasa perjalanan dan selepas perjalanan, menawarkan petua dan strategi yang berkaitan untuk membantu anda menjimatkan wang sambil memaksimumkan pengalaman perjalanan anda.

 

Sebelum Perjalanan:

 

1) Rancang Perjalanan 

 

Perancangan rapi adalah perkara paling penting untuk melancarkan urusan melancong atau pengembaraan anda . Mulakan dengan menyelidik tarikh perjalanan, tiket kapal terbang, pilihan pengangkutan dan tempat makan di destinasi anda. Gunakan sumber seperti media sosial, blog dan lama web seperti TripAdvisor untuk mendapat idea atau panduan berkenaan tempat yang ingin dilawati. Sediakan senarai tempat-tempat menarik yang wajib dikunjungi sesuai dengan minat anda, dan pertimbang tempoh lawatan anda untuk mengutamakan aktiviti anda. Selain itu, perancangan perbelanjaan adalah sangat penting. Kira anggaran kos untuk penerbangan, penginapan, makanan, aktiviti, pengangkutan, cenderahati dan sediakan juga peruntukan wang kecemasan sekiranya diperlukan bagi perbelanjaan tambahan atau tidak dijangka.

Tram

Menaiki pengangkutan awam semestinya merupakan pilihan utama untuk berjimat semasa melancong.

2) Tarikh Perjalanan Yang Fleksibel:

 

Fleksibiliti boleh membawa kepada penjimatan yang ketara semasa merancang tarikh perjalanan anda. Gunakan pencarian penerbangan di Google Flight atau Skyscanner untuk mencari tawaran tiket penerbangan terbaik berdasarkan bajet dan bulan perjalanan pilihan anda. Jika jadual anda membenarkan, pertimbangkan untuk mengetepikan ketetapan satu tarikh perjalanan dan lebih terbuka untuk melaraskan tarikh perjalanan jika terdapat perbezaan harga tambang yang tinggi dan penjimatan yang besar. Memantau harga penerbangan dengan kerap dan mengaktifkan notifikasi harga juga boleh membantu anda mendapatkan tawaran terbaik. Fleksibiliti bukan hanya mengenai tarikh—pertimbangkan lapangan terbang alternatif atau bandar berdekatan, yang mungkin menawarkan harga yang lebih baik.

 

3) Gunakan Laman Web Perbandingan:

 

Membandingkan harga merentasi pelbagai platform adalah penting dalam mendapatkan tawaran tiket penerbangan dan hotel terbaik. Laman web seperti Skyscanner, Google Flights dan Kayak sering memaparkan harga yang kompetitif dan membenarkan carian tarikh yang fleksibel, membolehkan anda mencari pilihan terbaik dalam jangka masa tertentu. Selepas mengenal pasti tarikh yang ingin ditempah, lawati laman web rasmi syarikat penerbangan itu. Kadangkala, syarikat penerbangan menawarkan promosi eksklusif, harga yang lebih rendah atau syarat yang lebih baik secara langsung di laman web mereka, seperti tiada yuran tempahan atau menawarkan faedah tambahan seperti beg daftar percuma.

 

4) Perjalanan Luar Musim Puncak:

 

Perjalanan semasa musim luar puncak boleh menghasilkan penjimatan yang ketara pada penerbangan dan penginapan. Gunakan statistik pelancongan atau laporan bermusim untuk mengenal pasti destinasi yang anda ingin tuju. Musim bukan puncak selalunya bermakna bukan sahaja penurunan harga, tetapi juga pengalaman yang lebih menyeronokkan tanpa orang ramai. Mengelakkan cuti atau perayaan utama juga penting. Sebaliknya, cari acara tempatan yang mungkin berlaku pada masa ini, kerana ia boleh memberikan pengalaman budaya yang lebih tulen tanpa kenaikan harga yang biasanya dikaitkan dengan waktu puncak pelancong.

capsule hotel go tokyo org.webp

Hotel berkonsep kiub atau kapsul memberikan nilai berbaloi bagi mereka yang inginkan penjimatan ketika melancong. Kredit foto: gotokyo.org

5) Pilihan Pengangkutan Antara Bandar:

 

Sekiranya itenari perjalanan anda melibatkan beberapa lokasi bandar yang berasingan, semak penerbangan domestik yang disediakan oleh syarikat penerbangan tambang rendah, atau pertimbangkan kereta api dan bas untuk jarak dekat, yang boleh menjadi lebih menjimatkan dan selalunya memberikan pengalaman pelancongan lebih menyeronokkan. 

 

6) Tempah Penginapan dengan Bijak:

 

Pemilihan penginapan anda boleh memberi kesan ketara kepada perbelanjaan bajet anda. Terokai pelbagai jenis pilihan mesra bajet, termasuk asrama, hostel, hotel dan sewaan jangka pendek melalui platform seperti Agoda, Booking atau AirBnB . Semak kemudahan yang disertakan, seperti sarapan percuma atau akses dapur untuk memasak makanan anda, yang boleh mengurangkan lagi perbelanjaan makan. 

 

Semasa Perjalanan:

 

1) Gunakan Pengangkutan Awam:

 

Kenali dan pelajari akses pengangkutan awam di destinasi yang anda tuju. Muat turun aplikasi seperti Google Maps atau Rome2Rio untuk mengakses arah dan jadual masa pengangkutan awam. Selidik jika destinasi anda menawarkan pas pelancong yang menggabungkan akses pengangkutan  dan diskaun di tarikan popular seperti Tokyo Pass atau Osaka Amazing Pass. Ia bukan sahaja menjimatkan wang, malah memudahkan pergerakan serta membolehkan anda meneroka lebih banyak lokasi tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan kewangan yang tinggi.

Diner Breakfast

Mencari restoran yang menawarkan harga berpatutan adalah penting untuk menjimatkan perbelanjaan ketika melancong. 

2)Tetapkan Perbelanjaan Harian:

 

Merancang bajet  harian adalah penting untuk memastikan perbelanjaan anda terkawal. Pastikan anda menetapkan kos yang perlu anda bayar bagi urusan harian di destinasi termasuk kos penginapan, pengangkutan, makan, yuran kemasukan ke premis pelancongan dan pelbagai lagi. Apa yang penting adalah untuk anda patuhi kos perbelanjaan yang telah anda tetapkan. 

 

3) Makan di Restoran Harga Berpatutan:

 

Salah satu keseronokan melancong adalah pengalaman menikmati makanan tempatan di destinasi anda tuju. Untuk hidangan dengan berpatutan, tanyakan kepada penduduk tempatan mengenai restoran yang menawarkan harga berpatutan atau buat penyelidikan di laman web atau media sosial. Terokai pasar tempatan untuk pilihan makanan segar dengan harga berpatutan. Makan di restoran di luar kawasan pelancongan bukan  sahaja membantu anda menjimatkan wang tetapi juga memberikan anda pengalaman makan dengan harga yang sama dengan rakyat tempatan. Kebanyakan bandar besar mempunyai restoran-restoran yang menawarkan makanan halal kepada pelancong beragama islam terutama di Eropah dan Negara Asia Timur seperti Jepun, Korea & Taiwan.

4) Aktiviti Percuma:

 

Banyak destinasi menawarkan pelbagai aktiviti percuma yang membolehkan anda meneroka bandar di destinasi tanpa mengeluarkan wang. Taman Awam, kaki lima bandar, pusat membeli belah serta muzium percuma membolehkan anda memenuhi itenari perjalanan anda tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak. Selidik mengenai tarikan pelancongan popular di destinasi anda sebelum anda memulakan aktiviti pelancongan/ pengembaraan anda di lokasi tersebut.

Ski Resort

Pengalaman berharga ketika melancong atau mengembara ke luar negara tidak semestinya perlu dibayar dengan harga yang tinggi.

Selepas Perjalanan:

 

1) Dapatkan dan Tebus Mata Perjalanan: 

 

Selepas perjalanan anda, luangkan masa untuk menilai mata perjalanan dan ganjaran yang telah anda kumpulkan melalui pelbagai kad kredit dan program kesetiaan syarikat penerbangan. Penting untuk menyemak berapa banyak mata yang anda peroleh daripada perjalanan terkini dan sejauh mana anda boleh menebusnya untuk perjalanan akan datang. Sentiasa peka terhadap promosi dan tawaran terhad yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan dan hotel yang boleh membantu anda menggunakan mata dengan berkesan, memastikan anda mendapatkan yang terbaik untuk aktiviti perjalanan akan datang.

 

2) Jual Barangan Tidak Diingini atau Tidak Terpakai: 

 

Memanfaatkan barangan yang tidak digunakan boleh memberikan wang tambahan untuk rancangan perjalanan anda. Selepas pulang ke rumah, luangkan sedikit masa untuk menyemak barang-barang anda dan kenal pasti item yang tidak lagi anda perlukan atau gunakan, seperti pakaian, elektronik, atau barangan rumah. Menjual item-item ini secara dalam talian melalui platform seperti TikTok, Facebook Marketplace, atau Mudah.com dapat membantu menjana tambahan wang. Tindakan ini bukan sahaja mengurangkan penggunaan ruang di rumah anda tetapi juga memberikan anda dana tambahan yang boleh disimpan untuk pengembaraan akan datang atau dibelanjakan untuk pengalaman semasa perjalanan berikutnya. 

 

Dengan mengikuti strategi di atas, anda dapat  menjimatkan wang semasa melancong tanpa menjejaskan keseronokan dan pengalaman anda. Perancangan yang teliti sebelum perjalanan, membuat pilihan bijak semasa perjalanan, dan tindakan selepas itu dapat memberi perjalanan yang memuaskan yang sesuai dengan bajet anda. Tujuan utamanya adalah untuk meneroka, menyelami budaya baru, dan mencipta kenangan yang kekal dengan mengambil kira sumber kewangan anda. 

Follow page kami Musafir Sedunia di  Facebook  &  X  untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia.

Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda.

2758558.png
follow-us-on-x-icon.png
follow-us-on-instagram-sign-button-vector-50150557.png

Tags

tipstravel traveltips saveontravel jimatmelancong budgettravel

TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA

Itenary korea.jpg
Berita

Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik

26 Mac 2025

Itenary korea.jpg
Informasi

5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers

16 Februari 2025

Itenary korea.jpg
Tips

Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara

28 Februari 2025

Itenary korea.jpg
Destinasi

7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan

12 Februari 2025

Itenary korea.jpg
Tips & Info Penerbangan

Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan

20 Februari 2025

Musafir Sedunia.jpg

Ikuti Kami

  • Facebook
  • X
  • Instagram

INFO, TIPS & BERITA PELANCONGAN / TRAVEL

 

© 2024 by Musafir Sedunia. All Rights Reserved.

Daftar Untuk Langgan Info Terkini di Email

Terima Kasih Kerana Melanggan!

bottom of page