top of page

Tips

11 Tips Untuk Lancarkan Penerbangan Anda

Memastikan Ketenangan dan Keselesaan Sepanjang Perjalanan

KLIA sesak.jpg

Kesesakan di lapangan terbang adalah perkara yang ingin dielakkan oleh setiap penumpang penerbangan. Kredit foto: Harian Metro

Oleh Team Musafir Sedunia

12 September 2024

Kongsi Artikel

Pernahkah anda hadapi keadaan di mana anda terlewat ke lapangan terbang?Atau lapangan terbang terlalu sesak sehingga melambatkan proses check-in penerbangan anda?Mahu bersantai dan menjamu selera di lapangan terbang tetapi menghadapi kekangan masa? Ya berikut merupakan antara isu yang mungkin pernah dihadapi oleh mereka yang menaiki penerbangan sama ada untuk perjalanan ke luar negara ataupun domestik. Semestinya anda sebagai pelancong atau pengembara ingin menikmati momen anda dengan sebaik mungkin sebelum berlepas ke destinasi idaman anda. Di sini kami senaraikan tips dan petua untuk membantu anda melancarkan proses perjalanan penerbangan anda seterusnya menjadikan aktiviti perjalanan anda menyeronokkan dan tenang. 

1. Rancang Perjalanan Dengan Teliti

 

Ya anda pasti akan mengatakan ini adalah perkara yang biasa dilaksanakan tetapi sejauh mana anda merancang? Adakah perancangan anda itu betul? Adakah perancangan anda mengambilkira semua aspek termasuk aspek di luar kawalan seperti tempahan teksi/e-hailing, faktor trafik, cuaca dan musim percutian? Adakah tempoh sahlaku paspot anda melebihi 6 bulan sepanjang berada di destinasi? Ketahui butiran penerbangan anda, termasuk masa berlepas dan terminal dan sentiasa dapatkan maklumat terkini daripada syarikat sekiranya terdapat perubahan.

 

2. Tiba Awal Di Lapangan Terbang


Sasarkan untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya 2-3 jam sebelum penerbangan domestik dan 3-4 jam sebelum penerbangan antarabangsa. Ini memberi anda banyak masa untuk daftar masuk, keselamatan dan sebarang kelewatan yang tidak dijangka. Sekiranya anda ingin menjamu selera dan bersantai sebelum penerbangan, kehadiran seawal 6 jam sebelum penerbangan adalah digalakkan. Bagi penumpang penerbangan yang tinggal jauh luar dari Lembah Kelang, anda mungkin boleh bermalam sehari sebelum hari penerbangan di sekitar lapangan terbang atau kawasan berhampiran.

ft-tips-02.jpg

Pintu perlepasan antarabangsa di KLIA 2. Kredit foto: MAHB

3. Semak Trafik Jalanraya

 

Pantau keadaan trafik pada hari bertolak anda untuk memastikan anda keluar pada waktu yang tepat dengan masa yang mencukupi untuk sampai ke lapangan terbang. 

Kesesakan jalanraya ke lapangan terbang perlu diambilkira sekiranya anda perlu bergerak sewaktu peak hours waktu pagi dan petang hari bekerja.

 

4. Daftar Masuk (Check-in) Dalam Talian 

 

Gunakan sistem daftar check-in dalam talian bagi penerbangan untuk menjimatkan masa di lapangan terbang. Kebanyakan syarikat penerbangan kini menyediakan perkhidmatan check-in atas talian membenarkan anda mendaftar masuk 24-48 jam sebelum penerbangan anda.

 

5. Mudahkan Akses Dokumen Perjalanan

 

Simpan dokumen perjalanan, paspot dan pas masuk anda di bahagian beg yang mudah diakses. Kemaskan barang bawaan anda dengan cara yang memudahkan anda melalui pemeriksaan keselamatan. Asingkan barangan yang memerlukan pemeriksaan khas imigresen seperti peranti elektronik, barangan kemas dan jam tangan.

 

6. Sentiasa Dapatkan Maklumat Terkini

 

Pantau status penerbangan melalui aplikasi atau laman web syarikat penerbangan anda untuk maklumat terkini. Sekiranya anda di lapangan terbang, sentiasa pantau papan makluman penerbangan dari masa ke semasa atau dapatkan maklumat dari kaunter rasmi syarikat penerbangan.

 

7. Ketahui Susun Atur Lapangan Terbang

 

Biasakan diri anda dengan susun atur lapangan terbang, termasuk lokasi terminal dan pintu masuk anda. Mungkin anda sudah biasa dengan lapangan terbang di Malaysia tetapi sekiranya anda berada di lokasi asing luar negara, tip ini amatlah penting kepada anda. Ini boleh membantu anda menjimatkan masa dan mengelak daripada tersalah lokasi sekiranya anda hanya mempunyai masa yang singkat. Lawatan ke laman web lapangan terbang untuk peta lapangan terbang dapat memberikan idea sekiranya anda tidak pernah menjejakkan kaki ke lapanagn terbang tersebut.

klia2-flight-schedule-monitor.webp

Adalah penting untuk mendapat maklumat terkini berkenaan penerbangan ketika di lapangan terbang. Kredit foto: KLIA2

8. Kekal Bertenaga Sepanjang Perjalanan

 

Pastikan anda kekal bertenaga dengan mengambil makanan dan air secukupnya sebelum bertolak. Pastikan juga anda mendapat rehat yang mencukupi. Lokasi yang jauh dari kaunter check-in sehingga terminal pelepasan memerlukan perjalanan kaki yang banyak seterusnya adalah penting untuk cergas dan bersedia dari segi mental serta fizikal.

 

9. Bagasi Ringkas:

Bagasi atau beg yang ringkas adalah penting bagi memudahkan pergerakan anda sepanjang perjalanan terutama ketika tiba di destinasi.

 

10. Kekal Tenang dan Teratur:

 

Bertenang dan kekal teratur. Elakkan daripada tergesa-gesa dalam segala perkara terutama apabila ingin menaiki pesawat mahupun keluar daripada pesawat.

Follow page kami Musafir Sedunia di  Facebook  &  X  untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia.

Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda.

2758558.png
follow-us-on-x-icon.png
follow-us-on-instagram-sign-button-vector-50150557.png

Tags

penerbangan flight lancar tipspenerbangan traveltips

TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA

Itenary korea.jpg
Berita

China Dilanda Wabak Virus HMPV 

3 Januari 2025

Itenary korea.jpg
Informasi

Tuntutan Cukai Tempatan (Local Tax Refund)

6 Januari 2025

Itenary korea.jpg
Tips

Terlepas Penerbangan

5 Januari 2025

Itenary korea.jpg
Destinasi

7 Negara Selamat Untuk Pengembara Solo

5 Januari 2025

Itenary korea.jpg
Tips & Info Penerbangan

Menara kawalan Udara

5 Januari 2025

bottom of page