top of page

Search Results

99 hasil ditemukan dengan carian kosong

  • 11 Tips Lancarkan Penerbangan Anda | Musafir Sedunia

    11 Tips Lancarkan Penerbangan Anda | 11 Tips to ease Your Flight journey Tips 11 Tips Untuk Lancarkan Penerbangan Anda Memastikan Ketenangan dan Keselesaan Sepanjang Perjalanan Kesesakan di lapangan terbang adalah perkara yang ingin dielakkan oleh setiap penumpang penerbangan. Kredit foto: Harian Metro Oleh Team Musafir Sedunia 2 Januari 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Pernahkah anda hadapi keadaan di mana anda terlewat ke lapangan terbang?Atau lapangan terbang terlalu sesak sehingga melambatkan proses check-in penerbangan anda?Mahu bersantai dan menjamu selera di lapangan terbang tetapi menghadapi kekangan masa? Ya berikut merupakan antara isu yang mungkin pernah dihadapi oleh mereka yang menaiki penerbangan sama ada untuk perjalanan ke luar negara ataupun domestik. Semestinya anda sebagai pelancong atau pengembara ingin menikmati momen anda dengan sebaik mungkin sebelum berlepas ke destinasi idaman anda. Di sini kami senaraikan tips dan petua untuk membantu anda melancarkan proses perjalanan penerbangan anda seterusnya menjadikan aktiviti perjalanan anda menyeronokkan dan tenang. 1. Rancang Perjalanan Dengan Teliti Ya anda pasti akan mengatakan ini adalah perkara yang biasa dilaksanakan tetapi sejauh mana anda merancang? Adakah perancangan anda itu betul? Adakah perancangan anda mengambilkira semua aspek termasuk aspek di luar kawalan seperti tempahan teksi/e-hailing , faktor trafik, cuaca dan musim percutian? Adakah tempoh sahlaku paspot anda melebihi 6 bulan sepanjang berada di destinasi? Ketahui butiran penerbangan anda, termasuk masa berlepas dan terminal dan sentiasa dapatkan maklumat terkini daripada syarikat sekiranya terdapat perubahan. 2. Tiba Awal Di Lapangan Terbang Sasarkan untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya 2-3 jam sebelum penerbangan domestik dan 3-4 jam sebelum penerbangan antarabangsa. Ini memberi anda banyak masa untuk daftar masuk, keselamatan dan sebarang kelewatan yang tidak dijangka. Sekiranya anda ingin menjamu selera dan bersantai sebelum penerbangan, kehadiran seawal 6 jam sebelum penerbangan adalah digalakkan. Bagi penumpang penerbangan yang tinggal jauh luar dari Lembah Kelang, anda mungkin boleh bermalam sehari sebelum hari penerbangan di sekitar lapangan terbang atau kawasan berhampiran. Baca: Melancong Atau Mengembara Sendirian? Pintu perlepasan antarabangsa di KLIA 2. Kredit foto: MAHB 3. Semak Trafik Jalanraya Pantau keadaan trafik pada hari bertolak anda untuk memastikan anda keluar pada waktu yang tepat dengan masa yang mencukupi untuk sampai ke lapangan terbang. Kesesakan jalanraya ke lapangan terbang perlu diambilkira sekiranya anda perlu bergerak sewaktu peak hours waktu pagi dan petang hari bekerja. 4. Daftar Masuk (Check-in ) Dalam Talian Gunakan sistem daftar check-in dalam talian bagi penerbangan untuk menjimatkan masa di lapangan terbang. Kebanyakan syarikat penerbangan kini menyediakan perkhidmatan check-in atas talian membenarkan anda mendaftar masuk 24-48 jam sebelum penerbangan anda. 5. Mudahkan Akses Dokumen Perjalanan Simpan dokumen perjalanan, paspot dan pas masuk anda di bahagian beg yang mudah diakses. Kemaskan barang bawaan anda dengan cara yang memudahkan anda melalui pemeriksaan keselamatan. Asingkan barangan yang memerlukan pemeriksaan khas imigresen seperti peranti elektronik, barangan kemas dan jam tangan. 6. Sentiasa Dapatkan Maklumat Terkini Pantau status penerbangan melalui aplikasi atau laman web syarikat penerbangan anda untuk maklumat terkini. Sekiranya anda di lapangan terbang, sentiasa pantau papan makluman penerbangan dari masa ke semasa atau dapatkan maklumat dari kaunter rasmi syarikat penerbangan. 7. Ketahui Susun Atur Lapangan Terbang Biasakan diri anda dengan susun atur lapangan terbang, termasuk lokasi terminal dan pintu masuk anda. Mungkin anda sudah biasa dengan lapangan terbang di Malaysia tetapi sekiranya anda berada di lokasi asing luar negara, tip ini amatlah penting kepada anda. Ini boleh membantu anda menjimatkan masa dan mengelak daripada tersalah lokasi sekiranya anda hanya mempunyai masa yang singkat. Lawatan ke laman web lapangan terbang untuk peta lapangan terbang dapat memberikan idea sekiranya anda tidak pernah menjejakkan kaki ke lapanagn terbang tersebut. Adalah penting untuk mendapat maklumat terkini berkenaan penerbangan ketika di lapangan terbang. Kredit foto: KLIA2 8. Kekal Bertenaga Sepanjang Perjalanan Pastikan anda kekal bertenaga dengan mengambil makanan dan air secukupnya sebelum bertolak. Pastikan juga anda mendapat rehat yang mencukupi. Lokasi yang jauh dari kaunter check-in sehingga terminal pelepasan memerlukan perjalanan kaki yang banyak seterusnya adalah penting untuk cergas dan bersedia dari segi mental serta fizikal. 9. Bagasi Ringkas: Bagasi atau beg yang ringkas adalah penting bagi memudahkan pergerakan anda sepanjang perjalanan terutama ketika tiba di destinasi. 10. Kekal Tenang dan Teratur: Bertenang dan kekal teratur. Elakkan daripada tergesa-gesa dalam segala perkara terutama apabila ingin menaiki pesawat mahupun keluar daripada pesawat. Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 6 Sebab Selatan Thailand Jadi Tumpuan Rakyat Malaysia Pelancongan: Ingin melancong ke Jepun? Lihat promosi pakej pelancongan ke Jepun Tags penerbangan flight lancar tipspenerbangan traveltips TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan

  • Apa itu VISA? | Musafir Sedunia

    Apa itu VISA? | What is VISA? Informasi Apa Itu VISA? Terma Yang Seringkali Disebut Apabila Ke Luar Negara Cop VISA On Arrival yang diberi kepada pemegang pasport semasa ketibaan. Kredit Foto: Shutterstock Oleh Team Musafir Sedunia 7 Februari 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Sudah tentu anda biasa mendengar perkataan ini terutama apabila melibatkan perjalanan untuk ke luar negara. Tapi tahukah anda singkatan perkataan VISA yang acap kali disebut sebagai permit untuk memasuki sesebuah negara? Semestinya terma VISA yang dimaksudkan di sini bukan jenama VISA tertera pada kad debit atau kredit yang mana digunakan bagi tujuan pembayaran. Perkataan VISA merupakan singkatan untuk Verified International Stay Approval di dalam bahasa Inggeris. Visa adalah dokumen perjalanan yang membolehkan anda memasuki negara asing untuk tempoh masa tertentu. Biasanya, anda perlu memohon visa sebelum melakukan perjalanan, sama ada di kedutaan, konsulat, atau dalam talian.Bagi pemegang pasport Malaysia, anda boleh mendapatkan VISA semasa ketibaan untuk kebanyakan negara destinasi yang tersenarai. VISA biasanya dilekatkan pada pasport anda dan menyatakan berapa lama anda boleh tinggal. Baca: Persepsi terhadap Backpackers Pasport Malaysia . Kredit foto: Bernama VISA mempunyai pelbagai kategori dan jenis dan bukan sekadar untuk tujuan pelancongan atau lawatan kerja pendek. Terdapat kategori VISA untuk pelajar, pekerja, diplomat, transit (pekerja penerbangan), penduduk bukan imigran dan pelbagai lagi. Anda boleh merujuk laman web kedutaan sesebuah negara untuk jenis VISA mana yang diperlukan bagi tujuan perjalanan anda. Untuk VISA yang paling popular iaitu VISA pelancongan, ia disertakan dengan tempoh masa untuk pemegang passport dibenarkan tinggal di negara di mana kebanyakan untuk tempoh antara 60 ke 90 hari. Terdapat juga kebenaran VISA lebih daripada 90 hari bergantung kepada polisi negara tersebut. Tempoh masa ini turut berbeza berdasarkan kategori dan jenis VISA. Kebenaran untuk mendapatkan VISA turut dipengaruhi oleh sejarah perjalanan seseorang pemegang passport. Jika pemegang passport mempunyai sejarah ditolak daripada memasuki sesebuah negara atau disenarai hitam, ini akan mempengaruhi untuk mendapat VISA daripada negara-negara yang lain. Sumber: [1][2] Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: Kuota Haji Mengikut Negara Pelancongan: Ingin melancong ke Korea Selatan? Lihat promosi pakej pelancongan ke Korea Selatan Tags Visa Passport Entry Immigration TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan

  • Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara | Musafir Sedunia

    Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara | Guide on bringing Drones Abroad on airplane Tips Membawa Drone Ketika Perjalanan Ke Luar Negara Prosedur dan Peraturan Yang Perlu Anda Tahu Drone memberikan alternatif fotografi dan video dari sudut berbeza. Kredit foto: Kingston Technology Oleh Team Musafir Sedunia 1 Januari 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Penggunaan drone atau pesawat udara tanpa pemandu memberikan perspektif foto atau video dari sudut yang tidak boleh dicapai dengan menggunakan kamera biasa mahupun kamera telefon pintar. Drone mengubah landskap dunia fotografi di mana melalui alat kawalan jauh (remote), ia boleh digunakan untuk mendapatkan gambar atau video dari pelbagai aspek tanpa had termasuk dari segi jarak dan ketinggian. Untuk penggunaan drone, terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda ketahui sekiranya anda ingin membawa drone ketika ke luar negara. 1) Polisi & Peraturan Syarikat Penerbangan Ini merupakan aspek pertama yang perlu anda ketahui kerana sememangnya anda perlu membawa drone anda menggunakan bagasi dan dikendalikan oleh syarikat penerbangan. Setiap syarikat penerbangan mempunyai peraturan sendiri tentang membawa drone. Sesetengah membenarkan drone disimpan di dalam bagasi berdaftar, manakala yang lain hanya membenarkan mereka dalam bagasi yang dibawa ke dalam kabin pesawat. Berikutan perbezaan polisi di antara syarikat penerbangan, anda perlu menyemak dengan teliti berkenaan keperluan penyimpanan drone yang anda bawa. Baca: 5 Taman Tema Paling Thrill Di Dunia Drone dan aksesori berkaitan memerlukan beg atau bagasi khas yang tersendiri. Kredit foto: FINN Torget 2) Polisi Bateri Peranti Elektronik Bateri litium-ion, yang biasa digunakan dalam dron, mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi. Secara amnya, bateri di bawah 100 watt-jam boleh dibawa ke dalam bagasi, tetapi untuk kapasiti di atas 100 watt mungkin memerlukan kebenaran khas daripada pihak syarikat penerbangan. Adalah penting untuk mendapatkan pengesahan daripada syarikat penerbangan kerana polisi & peraturan adalah berbeza di antara syarikat penerbangan seperti point nombor satu di atas. 3) Saiz Drone Kebanyakan drone adalah bersaiz kecil atau sederhana yang boleh dibawa hanya menggunakan bagpack biasa atau disimpan dalam bagasi bersaiz yang dibenarkan oleh syarikat penerbangan. Untuk dron bersaiz besar seperti drone industri, drone pertanian atau drone fotografi komersial, item dikira sebagai barangan bersaiz besar atau panjang yang memerlukan caj tambahan serta pembungkusan khas untuk dibawa menaiki pesawat. Sama seperti 2 point di atas, semakan dengan syarikat penerbangan perlu dibuat untuk membawa item bersaiz besar tersebut. 4) Undang-undang di destinasi Ini merupakan perkara paling penting untuk anda tahu. Fahami undang-undang penerbangan drone tempatan di destinasi anda. Sesetengah tempat memerlukan permit di mana pendaftaran drone perlu dibuat dan anda hanya boleh menggunakan drone selepas mendapat permit. Pemeriksaan dengan pihak kastam di negara destinasi juga perlu dibuat bagi mengelakkan sebarang isu yang timbul. Rampasan drone oleh pihak kastam di sesetengah negara sememangnya berlaku berdasarkan undang-undang yang tidak membenarkan drone dibawa masuk ke negara-negara tersebut. Adalah penting mematuhi peraturan setempat di destinasi berkaitan drone. Kredit foto: RC Geeks 5) Lokasi Larangan Drone Sekiranya anda berjaya memperoleh permit atau kebenaran untuk menggunakan drone di negara destinasi anda, anda perlu juga tahu mengenai kawasan-kawasan larangan untuk penerbangan drone. Semak dengan pihak berkuasa tempatan berkenaan perkara ini bagi megelakkan tindakan undang-undang dikenakan ke atas anda. 6) Pengendalian Drone Anda perlu mempunyai skil atau kepakaran yang bagus untuk mengendalikan drone terutama di negara asing. Sesetengah negara memerlukan pengendali drone untuk mempunyai lesen sama seperti lesen memandu. Adalah penting untuk menggunakan drone dengan cekap bagi mengelakan sebarang kemalangan atau perkara yang tidak diingini semasa anda berada di negara destinasi. Kesimpulannya, membawa drone ke luar negara atas pelbagai tujuan bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan persiapan yang rapi untuk memudahkan urusan kerja serta perjalanan anda. Undang-undang dan peraturan syarikat penerbangan dan pihak berkuasa di negara destinasi amatlah penting untuk dipatuhi bagi mengelakkan kesulitan yang boleh menjejaskan perjalanan anda. Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: Terlepas Penerbangan? Apa yang perlu anda lakukan Pelancongan: Ingin melancong ke Dubai? Lihat promosi pakej pelancongan ke Dubai Tags drone dronerules DJI RC aerialphotography TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan

  • 270225 Pantai Paling Bersih Di Dunia | Musafir Sedunia

    Taman tema paling mendebarkan di dunia | 5 most thrilled theme park in the world Informasi 5 Taman Tema Utama Paling Thrill Di Dunia Roller Coaster di Taman Tema Six Flags Magic Mountain, Valencia, California merupakan antara roller coaster paling mendebarkan di dunia. Kredit Foto: KTLA Oleh Team Musafir Sedunia 6 Januari 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Taman tema merupakan antara salah satu pusat tarikan pilihan kebanyakan pelancong sekiranya ke sesuatu destinasi. Kebanyakan bandar-bandar besar seluruh dunia mempunyai taman tema tersendiri yang mampu memenuhi keinginan mereka yang gemarkan hiburan dan aksi mendebarkan seperti 'roller coaster' atau permainan taman tema yang mengujakan. Apa yang pasti, setiap taman tema menyediakan rekreasi atau pengalaman berbeza serta mengujakan kepada pengunjung-pengunjung mereka. Berikut ialah pandangan lebih dekat pada beberapa taman tema paling 'thrill' atau paling mendebarkan yang wajib untuk dilawati bagi penggemar taman tema dan 'roller coaster'. 1. Cedar Point (Sandusky, Ohio, Amerika Syarikat) Dikenali sebagai "Ibukota Roller Coaster Dunia," Cedar Point adalah taman tema yang wajib dikunjungi oleh mana-mana peminat 'roller coaster'. Dibina pada tahun 1870, ia merupakan salah satu taman hiburan yang beroperasi tertua di Amerika Syarikat, seluas 364 ekar dengan 71 permainan taman tema yang menyeronokkan, termasuk 17 'roller coaster'. Taman ini adalah pusat kepada roller coaster yang terkenal di dunia seperti Millenium Force dan Steel Vengeance, yang memberikan pengalaman mengujakan dan mendebarkan kepada pengunjungnya. Sebuah roller coaster yang dikenali sebagai Siren's Curse, yang akan dijangka mula beroperasi pada tahun 2025, akan menjadi roller coaster paling tinggi, laju dan tergantung di dunia. Baca: 5 Persepsi Umum Terhadap Backpackers Siren's Curse, roller coaster paling tergantung di dunia dijangka beroperasi pada 2025 di Taman Tema Cedar Point. Kredit foto: Getty 2. Universal's Islands of Adventure (Orlando, Florida, Amerika Syarikat) Universal's Islands of Adventure, yang merupakan sala satu siri taman tema Universal Orlando Resort, dibuka pada tahun 1999 dan sememangnya terkenal dengan permainan taman tema yang menarik dan mengujakan. Taman ini termasuk Wizarding World of Harry Potter, di mana pengunjung boleh meneroka bangunan dan bandar ikonik dari siri yang digemari. Tarikan taman tema yang popular, VelociCoaster, permainan roller coaster bertemakan Jurassic World, menonjol sebagai salah satu roller coaster terpantas di dunia. Terdapat 6 roller coaster lain yang turut memberi pengalaman mendebarkan dan mengujakan di taman tema ini. 3. Six Flags Magic Mountain (Valencia, California, Amerika Syarikat) Mempunyai roller coaster yang terbanyak dalam satu taman tema iaitu sebanyak 20 roller coaster, Six Flags Magic Mountain ialah syurga bagi mereka yang penggemar roller coaster yang ingin mencari keseronokan. Terletak berhampiran Los Angeles, ia merupakan antara taman tema dengan tarikan roller coaster paling popular di dunia. Taman tema Six Flag mempunyai 27 taman tema di seluruh dunia kebanyakannya di Amerika Syarikat dan Canada. 4. Ferrari World (Abu Dhabi, UAE) Ferrari World, dibuka pada 2010, ialah taman tema berjenama Ferrari pertama di dunia dan menggabungkan keseronokan roller coaster berkelajuan tinggi dengan pelbagai tarikan permaina yang mesra keluarga. Formula Rossa, roller coaster terpantas di dunia, berada di taman tema ini yang mana membolehkan pengunjung mengalami pecutan sehingga 240 km/j (149 mph) dalam beberapa saat sahaja. Di sebalik permainan roller coaster ini, pengunjung boleh menerokai pameran menarik yang mempamerkan sejarah automotif Ferrari, menjadikan taman tema ini gabungan unik hiburan dan pendidikan. Velocicoaster di Universal's Island of Adventure, Florida, Amerika Syarikat. Kredit Foto: Orlando Informer 5. Europa-Park (Rust, Jerman) Sebagai taman tema terbesar di Jerman, Europa-Park terkenal dengan tarikan berkualiti tinggi dan taman tema yang menghiburkan. Taman tema ini merangkumi 15 kawasan yang bertema Eropah, menawarkan peluang kepada pengunjung untuk mengalami pelbagai budaya di samping tunggangan yang mendebarkan. Tarikan terkenal termasuk Silver Star, salah satu roller coaster tertinggi dan terpantas di Eropah, yang mencapai kelajuan 130 km/j (81 mph). Europa-Park menawarkan perincian dan persekitaran yang mengujakan menjadikannya destinasi yang popular untuk mereka yang mencari keseronokan. Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 7 fakta menarik mengenai negara Korea Selatan Pelancongan: Ingin melancong ke Taiwan? Lihat promosi pakej pelancongan ke Taiwan Tags rollercoaster themepark thrill tamantema TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan

  • Melancong atau mengembara sendirian | Musafir Sedunia

    Melancong atau mengembara sendirian?Mana satu pilihan anda? | Traveling or traveling alone? Which one do you prefer? Informasi Melancong Atau Mengembara Sendirian Kebebasan Atau Tiada Pilihan? Mengembara solo merupakan satu kebiasaan pada masa kini. Kredit foto: Quora Oleh Team Musafir Sedunia 6 Januari 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Solo traveler atau pengembara solo, merupakan individu yang bergerak atau bermusafir secara berseorangan tanpa ditemani oleh individu lain. Perjalanan secara solo biasanya dibuat oleh individu ke destinasi di atas urusan kerja, pembelajaran atau keluarga tetapi untuk bergerak secara solo bagi urusan melancong terutama ke luar negara, ianya bukan sesuatu yang dianggap biasa bagi masyarakat di negara ini. Apabila pengembara solo kali pertama mengumumkan hasrat mereka untuk mengembara sendirian, mereka sering menghadapi banyak soalan daripada keluarga dan rakan-rakan. Perkara utama ialah, "mengapa"? Persepsi masyarakat yang menganggap mengembara secara solo sebagai sesuatu yang tidak normal semestinya tidak membantu bagi individu yang ingin mencari kelainan atau kepuasan dalam melancong atau mengembara terutamanya di destinasi yang tidak pernah dijejaki. Mungkin bagi kebanyakan orang, bergerak secara berseorangan memberi tanggapan buruk terhadap individu tersebut seperti seorang yang ‘introvert’, tiada teman atau pentingkan diri. Pemikiran negatif lain seperti risau merasa sunyi jika keseorangan, sentiasa memerlukan orang lain dalam pelbagai keadaan dan tiada keyakinan diri turut menyumbang kepada anggapan tidak normal untuk mengembara secara solo. Baca: 7 negara yang selamat untuk dilawati oleh solo traveler Mengembara tanpa had antara kelebihan pengembaraan solo. Kredit foto: Eviva Tour Mengembara secara solo ternyata merupakan sesuatu yang menyeronokkan dan menjanjikan pengalaman yang lain berbanding mengembara secara berkumpulan atau bersama individu lain. Berikut antara sebab dan kelebihan mengembara secara solo: 1) Kebebasan Anda mempunyai kawalan penuh ke atas jadual perjalanan anda. Nak tukar pelan last minute? Perlu ke lokasi yang tidak begitu diminati?Majoriti ingin makan di restoran dengan menu yang tidak menepati citarasa anda? Perlu mengikut ahli kumpulan lain untuk shopping berjam lamanya? Anda dapat elakkan semua ini dengan kebebasan sebagai pengembara solo. Mengapa perlu terikat sedangkan anda sudah menghabiskan ribuan duit anda untuk ke destinasi pilihan anda? 2) Potensi Diri Perjalanan solo membolehkan anda mengetahui lebih lanjut tentang diri anda. Anda akan menghadapi cabaran, perlu membuat keputusan dan berhadapan perkara yang tidak dijangka. Anda akan dapati anda adalah lebih baik daripada apa yang anda fikir seterusnya menjadikan anda seorang yang lebih berpengalaman dan tidak panik dalam pelbagai situasi atau keadaan di masa kan datang. 3) Bertemu Orang Baru Apabila anda bersendirian, adalah lebih mudah untuk anda bertegur sapa dengan individu lain. Anda akan bertemu rakan pengembara, penduduk tempatan dan pekerja di premis yang anda lawati. Bertanya arah, maklumat, cadangan atau meminta bantuan untuk mengambil foto anda daripada individu lain dapat membiasakan diri anda dengan persekitaran di lokasi destinasi anda. Jika anda bertuah, anda dapat berkenalan dengan individu tempatan atau pengembara asing seterusnya meluaskan ‘networking ’ anda. Penginapan hostel antara pilihan utama penginapan pengembara solo. Kredit Foto: The Packable Life 4) Lawatan lebih komprehensif Perjalanan solo membuatkan anda mampu untuk melawat ke banyak tempat dalam sesuatu masa seterusnya menjadikan perjalanan anda lebih berbaloi tanpa terikat dengan kelewatan masa yang disebabkan oleh individu lain. Penjimatan masa semestinya sangat berharga untuk pengembara solo. 5) Penjimatan Kos Disebabkan semuanya dirancang oleh anda sendiri, anda mampu menjimatkan kos perjalanan anda untuk penginapan, pengangkutan, makanan serta perbelanjaan di lokasi pelancongan. Berdasarkan semua kelebihan di atas, semestinya mengembara secara solo untuk melancong adalah sesuatu yang menarik dan berbaloi. Seperti kebanyakan perkara, perancangan dan penelitian perlu dibuat sebelum anda merancang untuk mengembara atau melancong. Faktor kewangan, keselamatan negara destinasi, kesihatan diri dan banyak lagi perlu diambil kira untuk bermusafir secara solo. Ada pengalaman atau kenangan manis mengembara secara solo? Berikan komen anda pada ruangan komen Facebook atau X kami. Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 7 fakta menarik mengenai negara Korea Selatan Pelancongan: Ingin melancong ke Jepun? Lihat promosi pakej pelancongan ke Jepun Tags Backpacker pengembarasolo Solotraveler Backpack Hostel TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025

  • Negara Superpower | Musafir Sedunia

    Negara Superpower | Superpower Countries Informasi Negara Superpower Mengapa Kebanyakan Mempunyai Daratan Yang Luas? Negara-negara kuasa besar mempunyai satu persamaan, daratan yang luas. Kredit Foto: World Atlas Oleh Team Musafir Sedunia 3 Januari 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Negara-negara kuasa besar atau lebih popular dikenali dengan panggilan superpower countries , merupakan negara yang mempunyai pengaruh signifikan dan kuasa pada skala global, atas faktor kekuatan ekonomi, kekuatan ketenteraan, pengaruh politik dan impak kebudayaan. Jika dilihat dari segi geografi, kebanyakan negara kuasa besar mempunyai keluasan daratan yang besar sehingga membentuk sebuah benua yang tersendiri. Adakah faktor keluasan daratan ini memberi kelebihan kepada negara-negara ini dari pelbagai segi sehingga mampu menjadi salah satu negara kuasa besar? Negara berkeluasan besar mempunyai beberapa kelebihan yang boleh membantu mereka menjadi kuasa besar. Berikut adalah beberapa faktor utama: 1) Populasi Besar Populasi yang lebih besar boleh menyediakan tenaga kerja yang lebih besar, yang meningkatkan produktiviti ekonomi dan inovasi. Ia juga bermaksud pasaran domestik yang lebih besar untuk barangan dan perkhidmatan. Ini dapat dilihat pada negara China yang merupakan negara pengeluar, pembuatan dan pengeksport barangan terbesar di dunia. 2) Sumber Asli yang Melimpah Negara yang besar kebanyakannya mempunyai banyak hasil sumber semula jadi, seperti galian, minyak, dan tanah yang boleh diusahakan. Sumber-sumber ini sangat penting untuk pembangunan ekonomi dan penerokaan teknologi dalam pelbagai sektor. Menurut fakta dari Statista, Russia, negara terbesar di dunia merupakan negara yang paling banyak sumber asli seperti minyak, kobalt, emas, tembaga, tungsten dan banyak lagi yang dianggarkan bernilai 75 Trillion Dollar. Baca: Pemulangan cukai tempatan (Local Tax Refund ) semasa melancong China merupakan pengilang dan pengeksport barangan terbesar di dunia. Kredit foto: Kickcrate 3) Pengaruh Geopolitik Negara-negara besar boleh memberikan pengaruh yang ketara kepada negara lain di dunia dan secara global. Kebiasaannya mereka mempunyai proksi politik, kuasa ketenteraan dan ekonomi untuk membentuk dasar dan pakatan antarabangsa. Ini dapat dilihat bagaimana negara besar dunia seperti Amerika Syarikat yang mempunyai gabungan negara seperti G7 (7 negara yang bersekutu berdasarkan kemajuan ekonomi) serta NATO yang dianggotai oleh 2 negara dari benua Amerika Utara dan 32 negara Eropah yang merupakan gabungan ketenteraan. 4) Skala Ekonomi Semestinya negara besar mendapat mendapat manfaat daripada skala ekonomi, menjadikannya lebih murah untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan berikutan permintaan yang tinggi. Ini boleh industri menjadi lebih berdaya saing dan menyebabkan pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh. Hasil keluaran negara menjana pendapatan kepada negara bukan sahaja untuk kegunaan domestik malahan dieksport ke seluruh dunia. China merupakan contoh negara besar yang memanfaatkan kelebihan sebagai pengeluar dan pengeksport barangan terbesar di dunia. 5) Kemajuan Teknologi Negara-negara besar sering melabur dengan banyak dalam penyelidikan dan pembangunan, yang membawa kepada inovasi teknologi yang boleh meningkatkan kedudukan global mereka. Sumber kewangan yang banyak ditambah dengan pelaburan oleh syarikat teknologi terkemuka yang berpengkalan di negara-negara ini sudah pasti membantu negara tersebut untuk menjadi pelopor teknologi dalam pelbagai bidang seperti telekomunikasi, ketenteraan, Artificial Intelligence dan Aeroangkasa. Amerika Syarikat dan China antara negara yang mempunyai kemajuan teknologi yang jauh lebih ke hadapan berbanding negara-negara lain di dunia. Kekuatan ketenteraan adalah sinonim dengan negara besar superpower . Kredit Foto: CNET Kekuatan Tentera Populasi dan ekonomi yang besar semestinya akan menyokong pembentukan kuasa tentera yang kuat, yang merupakan komponen utama status kuasa besar. Kekuatan tentera boleh menghalang pencerobohan dan mengunjurkan kuasa secara global. Negara sepeti Amerika Syarikat dan Russia mempunyai kuasa ketenteraan yang besar ditambah dengan teknologi ketenteraan yang dimiliki. Pengaruh Budaya Negara besar selalunya mempunyai pengaruh budaya yang ketara yang disebarkan melalui media sosial, pendidikan dan pelancongan. Pengaruh kebudayaan atau cara hidup yang sering didambakan oleh golongan muda berdasarkan pengaruh budaya negara besar seperti Amerika Syarikat bukanlah sesuatu yang baru. Ini termasuk pengaruh musik, aktiviti di media sosial dan ideologi seperti gerakan LGBTQ yang berakar dari negara-negara kuasa besar bertsatus moden. Kestabilan Politik Tadbir urus yang berkesan dan kestabilan politik antara faktor kekuatan negara besar. Negara yang mempunyai sistem politik yang stabil boleh melaksanakan strategi jangka panjang untuk pertumbuhan dan pengaruh. China dan Russia merupakan antara negara yang mempunyai kestabilan politik yang kuat seterusnya menjadi tunjang kepada kekuatan negara tersebut dari segi ekonomi, industri, teknologi serta ketenteraan. Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 7 fakta menarik mengenai negara Korea Selatan Pelancongan: Ingin melancong ke Taiwan? Lihat promosi pakej pelancongan ke Taiwan Tags superpower russia bigcountries TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025

  • Destinasi | Musafir Sedunia

    Segalanya berkenaan destinasi pelancongan di seluruh dunia | Everything about tourist destinations around the world Destinasi 5 Taman Tema Paling Thrill Di Dunia 6 Januari 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 6 Sebab Selatan Thailand Popular Di Kalangan Rakyat Malaysia 8 Februari 2025 7 Negara Selamat Untuk Pengembara Solo 10 Februari 2025 Gunung Fuji 6 Februari 2025 Lagi Destinasi

  • Faktor mempengaruhi ranking Syarikat Penerbangan | Musafir Sedunia

    Faktor mempengaruhi ranking Syarikat Penerbangan | Factors affecting Airline ranking Info & Tips Penerbangan Faktor Mempengaruhi Ranking Syarikat Penerbangan Pelbagai Aspek Dan Faktor Diambilkira Lapangan terbang dan perkhidmatan syarikat penerbangan antara faktor penting yang dinilai. Kredit Foto: HKFP Oleh Team Musafir Sedunia 6 Disember 2024 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Ranking Syarikat Penerbangan merupakan salah satu faktor yang menjadi rujukan para pelancong atau pengembara untuk memilih bagi perjalanan mereka. Beberapa badan atau laman web popular yang membuat penilaian mengenai syarikat penerbangan adalah seperti Skytrax, Nerdwallet, AQR di mana masing-masing mempunyai kaedah penilaian yang tersendiri dalam menentukan senarai ranking syarikat penerbangan mengikut tahun semasa. Kedudukan syarikat penerbangan ditentukan melalui penilaian rapi oleh pakar industri. Berikut adalah beberapa kaedah yang digunakan: 1. Penilaian Bintang Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax Skytrax menilai syarikat penerbangan berdasarkan analisis ke atas 500 hingga 800 aspek untuk produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat penerbangan tersebut. Penilaian turut mengambilkira kedua-dua perkhidmatan lapangan terbang di hab syarikat penerbangan dan kualiti keselesaan di dalam kabin penerbangan merentas semua jenis kabin. Mereka menggunakan skala kualiti daripada 1-Bintang kepada anugerah Syarikat Penerbangan 5-Bintang yang eksklusif. Penilaian ini adalah berdasarkan penilaian standard produk dan perkhidmatan untuk kedua-dua persekitaran dalam kapal dan lapangan terbang, menggunakan sistem penilaian yang bersatu dan konsisten. Penilaian oleh Skytrax ini merupakan penilaian tanpa dipengaruhi oleh kajian kepuasan pengguna atau syarikat-syarikat penerbangan yang dinilai. Baca: Ranking Syarikat Penerbangan Dunia untuk tahun 2024 oleh Skytrax Pengalaman menaiki pesawat dengan perkhidmatan yang terbaik adalah penting untuk kepuasan penumpang . Kredit foto: Shutterstock 2. Penilaian Ranking Penerbangan dan Lapangan Terbang Flight-Report Flight-Report menilai penilaian daripada beribu-ribu ulasan dan maklumbalas syarikat penerbangan, lapangan terbang dan ruang rehat yang ditulis oleh pengguna atau penganalisis professional. Ranking adalah berdasarkan ulasan yang disiarkan dalam tempoh dua tahun yang lalu yang mana senarai ranking mengikut ulasan yang dikemaskini. Laman ini juga membuat penilaian ranking ke atas perkhidmatan lapangan terbang di seluruh dunia. 3. Ranking Syarikat Penerbangan di Amerika Syarikat oleh AirAdvisor Air Advisor menyusun data mengenai pelbagai kategori penilaian secara terperinci untuk menentukan kedudukan syarikat penerbangan. Walaupun tumpuan mereka tertumpu pada syarikat penerbangan di AS, metodologi mereka yang mengambilkira aspek kebolehpercayaan pengguna, keselesaan perjalanan dan haiwan peliharaan, polisi penerbangan, harga, maklumbalas pengguna, perkhidmatan ruang rehat ‘lounge’ yang disediakan serta penilaian pakar professional yang dibuat secara berteusan dan dikemaskini dari masa ke semasa menjadikan penilaian ranking syarikat ini sememangnya tepat dan boleh dipercayai. Ranking syarikat penerbangan di atas boleh dijadikan sebagai rujukan untuk anda bagi memilih syarikat penerbangan yang sesuai dengan destinasi dan bajet anda. Semestinya keselesaan dan pengiktirafan adalah penting dalam memilih syarikat penerbangan, tetapi faktor bajet perlu diambilkira selain masa perjalanan serta tempoh percutian yang diambil. Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 11 Tips Untuk Lancarkan Penerbangan Anda Pelancongan: Ingin melancong ke Jepun? Lihat promosi pakej pelancongan ke Jepun Tags airlineranking skytrax airlinelist TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan

  • Gunung Fuji - Gunung Paling Popular | Musafir Sedunia

    Gunung Fuji - Gunung paling popular di dunia? Destinasi Gunung Fuji Di Jepun Gunung Paling Popular Di Dunia? Permandangan Gunung Fuji dan Tasik Kawaguchigo dari Teres Fujiyama di Yamanashi. Kredit foto: Asahi Oleh Team Musafir Sedunia 4 Januari 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Sebut sahaja negara Jepun, pasti pelbagai perkara yang hadir di minda anda. Jika perkara berkaitan pelancongan ke Jepun, destinasi yang menjadi pilihan paling utama oleh setiap pengunjung ke Jepun adalah Gunung Fuji. Gunung Fuji merupakan gunung yang terletak dalam 100km dari bandaraya Tokyo dan jelas kelihatan dari bandar ini pada cuaca panas tanpa kabus. Merupakan gunung yang tertinggi di Jepun dengan ketinggian 3776 meter, gunung fuji mencatatkan bilangan pendaki melebihi 300,000 orang pada tahun 2023, peningkatan mendadak selepas musim wabak Covid-19 dan lebih tinggi daripada bilangan ketika sebelum musim Covid-19. Gunung Fuji dari Chureito Pagoda pada musim bunga sakura. Kredit foto: Pinterest Baca: Tips Penting Packing Bagasi Gunung Fuji mempunyai keunikan dan tarikan yang tersendiri menjadikan ia antara gunung yang popular di dunia. Daya tarikan Gunung Fuji terletak pada beberapa faktor: 1. Ikon Unik Di Puncak Gunung Gunung Fuji yang sememangnya merupakan ikon kebanggaan Jepun mempunyai bentuk kon simetri yang diselimuti salji di puncaknya pada musim sejuk dan bunga seterusnya menawarkan panorama indah dan unik bagi pengunjung dari sekitar kawasan pegunungan. 2. Kepentingan Budaya Fuji ialah gunung suci dalam kepercayaan Shinto Jepun. Terdapat ramai pengunjung dan pelancong di kalangan warga tempatan atau luar negara yang melawat ke kawasan pegunungan ini atas faktor hubungan rohani dan spiritual. 3. Pengalaman Mendaki Mendaki Gunung Fuji ialah salah satu aktiviti wajib buat bagi penggemar aktiviti lasak apatah lagi pendaki tegar. Aktiviti mendaki terutamanya semasa musim panas, menarik ratusan ribu pengunjung untuk aktiviti ini apabila laluan pendakian dibuka. 4. Pandangan Bergambar Dari Puncak Semestinya bagi pendaki yang berjaya berada di puncak gunung, mereka berpeluang untuk menyaksikan panorama yang tidak ternilai termasuk tasik, hutan dan bandar di sekitar kawasan pegunungan. 5. Latar Belakang Foto Ini merupakan faktor paling penting bagi kebanyakan pelawat yang berada di sekitar kawasan Gunung Fuji. Adalah menjadi satu kewajiban bagi setiap pengunjung ke Tokyo untuk bergambar berlatarbelakangkan Gunung Fuji bagi tujuan peribadi atau muatnaik ke laman media sosial masing-masing. Ditambah dengan kehadiran daun pohon-pohon sakura di musim bunga menjadikan permandangan Gunung Fuji sangat eksotik dan tidak ternilai keindahannya. Sebagai destinasi utama pelancong ke Jepun, Gunung Fuji menjadi salah satu faktor tarikan pelancong ke negara matahari terbit tersebut selain membantu menjana ekonomi setempat selain Bandar Tokyo🗻🌸 . Ingin berkongsi pengalaman menarik atau kenangan manis berkunjung ke Gunung Fuji atau ke Jepun? Berikan komen anda di ruangan komen Facebook atau X kami. Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: Cara melihat Papan Pertukaran Mata Wang Asing Pelancongan: Ingin melancong ke Jepun? Lihat promosi pakej Tags mountfuji sakura japan tokyo lakekawaguchigo TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan

  • Filem Porno Ditayang di dalam pesawat | Musafir Sedunia

    Filem Porno Ditayang di dalam pesawat Berita Tayang Filem Tidak Senonoh Syarikat Penerbangan Mohon Maaf Contoh skrin infotainment dalam kabin penerbangan ekonomi biasa. Sumber: Simple Flying Oleh Team Musafir Sedunia 4 Disember 2024 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Penumpang dalam sebuah penerbangan ke Tokyo pada minggu lalu mendapat hiburan 'istimewa' dalam penerbangan daripada apa yang ditawarkan apabila filem eksplisit yang memaparkan adegan dan imej eksplisit disiarkan ke setiap skrin. Masalah teknikal yang berlaku menyebabkan penumpang tidak boleh memilih siaran pilihan mereka, dalam sebuah penerbangan dari Sydney, Australia ke Tokyo, Jepun, menyebabkan kru penerbangan memilih satu filem untuk disiarkan ke seluruh kabin. Pemilihan filem "Daddio" lakonan Dakota Johnson dan Sean Penn mengejutkan ramai pihak, dan syarikat penerbangan itu, telah membuat permohonan maaf berkenaan insiden memalukan itu. Menurut satu ulasan, filem itu memaparkan "adegan dan foto yang tidak senonoh, gambar payudara wanita serta dialog dan teks yang berkaitan seks secara eksplisit." Baca: 11 Tips Untuk Lancarkan Penerbangan Anda Pilihan filem pada skrin infotainment penumpang ekonomi. Sumber: The Weekly Departure Jurucakap syarikat penerbangan berkata: "Filem itu jelas tidak sesuai untuk dimainkan sepanjang penerbangan dan kami memohon maaf kepada pelanggan atas pengalaman ini." Setelah kesilapan itu berlaku, "semua skrin ditukar kepada filem mesra keluarga untuk sepanjang penerbangan," tambahnya. "Kami sedang mengkaji bagaimana filem tersebut dipilih." Sumber: AFP, CNN, CBS News Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 7 fakta menarik mengenai negara Korea Selatan Pelancongan: Ingin melancong ke Jepun? Lihat promosi pakej pelancongan ke Jepun Tags penerbangan censored filemtidaksenonoh TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan

Musafir Sedunia.jpg

Ikuti Kami

  • Facebook
  • X
  • Instagram

INFO, TIPS & BERITA PELANCONGAN / TRAVEL

 

© 2024 by Musafir Sedunia. All Rights Reserved.

Daftar Untuk Langgan Info Terkini di Email

Terima Kasih Kerana Melanggan!

bottom of page