top of page

Search Results

99 hasil ditemukan dengan carian kosong

  • Mengapa Kurang Pesawat Terbang merentasi pergunungan | Musafir Sedunia

    Mengapa Kurang Pesawat Terbang merentasi pergunungan | Why Are Fewer Airplanes Flying Over the Mountains? Info & Tips Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan Cabaran Penerbangan Merentasi Kawasan Pergunungan Radar penerbangan menunjukkan hampir tiada pesawat terbang merentasi Banjaran Himalaya. Kredit foto: Aviation Stack Exchange Oleh Team Musafir Sedunia 2 September 2024 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Banjaran Himalaya, yang menempatkan gunung tertinggi di dunia iaitu Gunung Everest, merupakan banjaran tertinggi di dunia dengan purata ketinggian sebanyak 6100m dan merangkumi keluasan sebanyak 970000 batu persegi dengan keluasan satu perempat daripada negara Amerika Syarikat. Bagi juruterbang pesawat, lokasi ini merupakan lokasi yang wajib dielakkan. Terbang merentasi kawasan pergunungan memberikan cabaran dan risiko untuk pesawat seterusnya mempengaruhi laluan penerbangan dan keputusan operasi yang dibuat oleh juruterbang dan syarikat penerbangan. Walaupun ada kemungkinan untuk pesawat terbang merentasi kawasan ini, beberapa faktor menyumbang kepada keutamaan untuk mengelakkan penerbangan di atas kawasan pergunungan ini . Berikut merupakan faktor yang boleh membahayakan pesawat sekiranya terbang merentasi banjaran ini: 1. Gelora Udara Gelora udara atau turbulence adalah salah satu risiko utama pesawat apabila terbang di atas kawasan pergunungan. Udara yang mengalir di sekitar pergunungan boleh mewujudkan zon gelora. Fenomena ini membawa kepada "gelombang gunung," di mana perubahan kedudukan altitud pesawat secara tiba-tiba boleh berlaku, menimbulkan risiko kepada kestabilan pesawat. Tambahan lagi, pemanasan di kawasan pergunungan boleh menghasilkan pergolakan terma, dengan kenaikan suhu udara yang boleh merumitkan lagi keadaan penerbangan dan pesawat. 2. Ketinggian Altitud Faktor altitud adalah kritikal untuk pesawat apabila terbang merentasi kawasan pergunungan. Juruterbang mesti mengekalkan tahap altitud yang selamat atas kawasan pergunungan, yang memerlukan navigasi berterusan bagi menjamin keselamatan pesawat. Selain itu, sekiranya berlaku kegagalan enjin, pendaratan kecemasan adalah sukar di atas pergunungan berbanding kawasan rata, di mana juruterbang biasanya mempunyai lebih banyak alternatif untuk mendaratkan pesawat dengan selamat. Baca: Terlepas Penerbangan - Apa yang anda perlu tahu Penerbangan di atas kawasan pergunungan mendedahkan kepada pelbagai risiko. Kredit foto: Airline Ratings 3. Perubahan Cuaca Pola cuaca di kawasan pergunungan sememangnya mencabar untuk pesawat dan penerbangan. Perubahan cuaca di kawasan pergunungan boleh berlaku secara mendadak yang boleh menjejaskan penglihatan dan kestabilan penerbangan. Awan tebal dan ribut yang kerap berlaku di zon udara atas kawasan pergunungan merumitkan perjalanan pesawat di kawasan berbahaya ini. 4. Regulasi Penerbangan Peraturan penerbangan mewajibkan altitud selamat minimum, di mana ia boleh menjadi lebih tinggi di kawasan pergunungan berbanding kawasan rata. Ini memerlukan pemantauan dan perancangan yang teliti bagi juruterbang untuk mematuhi peraturan ini. Tambahan lagi, keperluan peraturan khas yang perlu dipatuhi untuk pesawat mendarat di lapangan terbang di kawasan banjaran atau pergunungan sekiranya berlaku keperluan pendaratan kecemasan merumitkan urusan penerbangan pesawat merentasi banjaran atau kawasan pergunungan. 5. Laluan Penerbangan Alternatif Majoriti syarikat penerbangan kerap mereka memilih laluan alternatif selain banjaran gunung, memilih laluan yang lebih selamat dan lebih rata. Walaupun pesawat moden direka dan mempunyai teknologi untuk mengendalikan pergolakan udara dan ketinggian altitud yang berbeza-beza, risiko yang wujud yang berkaitan dengan kawasan pergunungan kekal sebagai pertimbangan penting dalam perancangan laluan penerbangan. Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: Negara Landlocked Pelancongan: Ingin melancong ke Jepun? Lihat promosi pakej pelancongan ke Jepun Tags missedflight terlepaspenerbangan flightdelay TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan

  • Pelancong China Buat perangai Di Jepun | Musafir Sedunia

    Pelancong China mengotorkan homestay Di Jepun | Chinese tourists defile homestay in Japan Berita Pelancong Dari China Timbulkan Kemarahan Selepas Menginap Di Sebuah Homestay Di Jepun Gambar media sosial menunjukkan kotoran yang ditinggal oleh pelancong yang didakwa di Jepun. Kredit foto: X/rocketdan2 Oleh Team Musafir Sedunia 8 Disember 2024 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Sekumpulan pelancong dari China telah menimbulkan kemarahan ramai di Jepun dan China selepas didapati mengotorkan rumah tamu sebuah rumah homestay di Osaka " selepas menginap selama tiga hari menurut laporan South China Morning Post . Pada 23 November, seorang blogger Jepun menggunakan nama @roketdan2 membuat hantaran di X bahawa lima pengembara dari China meninggalkan rumah tamu homestay yang disewa mereka itu dalam keadaan kucar-kacir antara 18 dan 21 November. Gambar yang dikongsi oleh penulis blog itu mendedahkan bungkusan makanan kosong dan serpihan lain yang bertaburan di seluruh homestay tiga bilik tidur yang dikenali sebagai Shirakabanoyado Mutsuki, atau White Birch House dalam bahasa Inggeris. Baca: 5 Taman Tema Paling Thrill Di Dunia Gambar media sosial menunjukkan kotoran yang ditinggal oleh pelancong yang didakwa di Jepun. Kredit foto: X/rocketdan2 Tangkapan skrin tempahan Airbnb menunjukkan bahawa seorang warga China bernama Wang Yu membuat tempahan penginapan tersebut untuk lima orang dewasa selama tiga hari. Menurut laman web syarikat pengurusan homestay Jepun, kos antara 5,000 dan 15,000 yen (AS$33 hingga AS$99) dibelanjakan untuk membersihkan hartanah secara menyeluruh. Hos rumah sewa mempunyai hak untuk menetapkan bayaran pembersihan mengikut budi bicara mereka, tetapi masih tidak jelas berapa banyak yang dicaj oleh hos kepada tetamu Cina ini. Kecuaian tetamu telah menjejaskan perniagaan hos dengan ketara, dengan beberapa platform tempahan perjalanan menunjukkan bahawa penginapan homestay tersebut tidak tersedia buat sementara waktu untuk tempahan. Booking.com menyenaraikan kadar setiap malam untuk tempat penginapan ini pada sekitar AS$400. Hantaran itu mendapat 3.6 juta tontonan di X, mencetuskan kemarahan dalam kalangan pengguna dalam talian di Jepun dan China. Di Jepun, tetamu dan penyewa homestay kebiasaannya akan membersihkan tempat penginapan dan memulihkannya kepada keadaan asal sebelum mendaftar keluar. Sesetengah homestay juga menguatkuasakan peraturan ketat mengenai pengasingan sampah. Penginap dinasihati supaya menghormati peraturan dan adat tempatan, berkomunikasi dengan hos, dan menyimpan bukti bergambar penginapan semasa daftar masuk dan daftar keluar untuk mengelakkan pertikaian. Sumber: South China Morning Post Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 7 fakta menarik mengenai negara Korea Selatan Pelancongan: Ingin melancong ke Jepun? Lihat promosi pakej pelancongan ke Jepun Tags homestay pelancong china TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan

  • 7 Tips Memilih Tempat duduk Pesawat | Musafir Sedunia

    7 Tips Memilih Tempat duduk Pesawat | 7 Tips for Choosing Airplane Seats Info & Tips Penerbangan 7 Tips Memilih Tempat Duduk dalam Pesawat Bagi Mendapatkan Lokasi Kerusi Pilihan Anda Susun atur kerusi pesawat di ruangan kabin ekonomi biasa. Kredit foto: USA Today Oleh Team Musafir Sedunia 7 Disember 2024 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Tempat duduk di dalam pesawat adalah antara perkara penting untuk setiap individu yang menaiki pesawat terutama untuk perjalanan ke luar negara yang memakan masa berjam lamanya. Faktor keselesaan, privasi, ingin bersama pasangan/anak/rakan antara kriteria utama yang digunakan oleh setiap individu dalam memilih tempat duduk di dalam pesawat. Setiap individu mempunyai pilihan kegemaran tersendiri sama ada ingin tempat duduk bersebelahan tingkap, bersebelahan lorong jalan atau di barisan hadapan untuk mendapat ruang luas bagi tempat duduk kelas ekonomi. Apapun pilihan anda, adalah penting untuk anda merancang bagi mengelakkan ketidakselesaan atau ketidakpuasan hati anda semasa penerbangan yang akan mengganggu keseronokan perjalanan anda. Berikut ialah beberapa tips untuk membantu anda mendapatkan tempat duduk terbaik dalam kapal terbang: 1. Tempah Awal Tip ini mungkin dianggap biasa tetapi amatlah penting sebagai langkah awal untuk mendapatkan tempat duduk pilihan. Lebih awal anda menempah tiket penerbangan anda, lebih banyak pilihan tempat duduk yang anda akan ada. Anda digalakkan untuk menempah awal sekiranya tarikh perjalanan anda melibatkan destinasi popular dan semasa waktu kemuncak percutian seperti musim panas pertengahan tahun atau musim cuti krismas dan tahun baru di akhir tahun. 2. Tentukan Pilihan Anda Tentukan pilihan tempat duduk anda jika anda lebih suka bersebelahan tingkap, lorong atau tempat duduk berhampiran pintu keluar. Faktor seperti ruang kaki, jarak dengan tandas, akses mudah untuk bergerak atau tidak mahu diganggu ketika tidur antara perkara yang diambil kira ketika memilih tempat duduk di dalam pesawat. Baca: Terlepas Penerbangan - Apa yang anda perlu tahu Setiap pesawat mempunyai aturan peta kedudukan kerusi penumpang di dalam kabin . Kredit foto: Executive Club Lounges 3. Pertimbangkan untuk Membayar Tempat Duduk Anda Jika mempunyai tempat duduk tertentu adalah penting bagi anda, mungkin berbaloi untuk membayar bagi pemilihan tempat duduk. Hampir kesemua syarikat penerbangan kini menawarkan pilihan tempat duduk dengan beberapa peringkat harga berdasarkan lokasi dan kedudukan kerusi. Ini adalah penting terutamanya untuk penerbangan jarak jauh atau bagi mereka yang tidak mahu diganggu sekiranya ingin tidur dengan lena di bahagian tingkap pesawat. 4. Ketahui Aturan Kerusi Pesawat Anda akan dipaparkan dengan peta kerusi di dalam pesawat semasa urusan tempahan tiket penerbangan anda untuk anda pilih dengan harga tertentu atau percuma bergantung kepada syarikat penerbangan. Sekiranya tiada maklumat yang anda peroleh semasa tempahan atau tempahan melalui ejen, anda boleh merujuk kepada laman web seatguru.com bagi mengetahui susunan kerusi penumpang pesawat yang anda bakal naiki dengan hanya memasukkan kod kapal terbang. 5. Daftar Masuk Awal Daftar masuk dalam talian biasanya dibuka 24-48 jam sebelum penerbangan. Mendaftar masuk awal boleh memberi anda akses kepada pilihan tempat duduk yang lebih baik yang mungkin masih kosong sekiranya anda memilih untuk tidak membayar untuk pilihan tempat duduk semasa tempahan atas talian. Sekiranya syarikat penerbangan tidak menawarkan pendaftaran masuk online, anda perlu hadir awal ke kaunter bagi mendapatkan tempat duduk pilihan anda. 6. Bersikap Ramah semasa Daftar Masuk Kadangkala, bersikap sopan dan mesra kepada kakitangan di kaunter semasa urusan daftar masuk bagasi boleh membantu anda mendapatkan tempat duduk yang lebih baik di dalam pesawat. Tidak salah untuk anda bertanya sama ada terdapat tempat duduk yang anda inginkan semasa urusan daftar masuk di kaunter terutama jika pesawat tidak penuh atau anda menaiki pesawat bukan pada musim kemuncak percutian. 7. Bertanya dengan pramugari ketika menaiki pesawat Jika semuanya gagal, anda sentiasa boleh bertanya kepada pramugari sebaik sahaja anda berada di dalam pesawat jika terdapat sebarang tempat duduk yang lebih baik. Kadangkala, mereka boleh memenuhi permintaan anda sekiranya terdapat kekosongan tempat duduk di lokasi yang menjadi pilihan anda. Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 7 negara selamat untuk pengembara solo Pelancongan: Ingin melancong ke Dubai? Lihat promosi pakej pelancongan ke Dubai Tags powerbank powerbankonflight peraturan TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan

  • Menara kawalan udara | Musafir Sedunia

    Menara kawalan udara | Air Trafic Control Info & Tips Penerbangan Menara Kawal Udara Di Lapangan Terbang Apakah Peranan Dan Fungsinya? Menara kawalan udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok, Thailand . Kredit foto: Seasia Oleh Team Musafir Sedunia 5 Disember 2024 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Setiap lapangan terbang mempunyai menara kawalan udara yang berfungsi untuk mengawal trafik penerbangan di lapangan terbang tersebut. Menara kawalan udara sememangnya jelas kelihatan di kawasan lapangan terbang berikutan tiada struktur tinggi berada dalam lingkungan yang terdekat menjadikan kawalan trafik pesawat lebih mudah. Jadi bagaimanakah menara kawalan udara ini berfungsi untuk memastikan trafik penerbangan menjadi lancar? Berikut adalah tugasan penting menara kawalan trafik: 1. Menguruskan Pergerakan Pesawat di Landasan Menara kawalan trafik mengawal pergerakan pesawat di landasan dan laluan teksi, memastikan operasi yang selamat dan cekap. Ia memastikan pergerakan pesawat mengikut aturan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kelewatan penerbangan dan tiada risiko perlanggaran di antara pesawat. 2. Proses Berlepas dan Mendarat Menara kawalan trafik udara memberi kebenaran untuk pelepasan dan pendaratan setiap pesawat selepas memastikan semua proses adalah lancar serta berkomunukasi dengan pihak approach controllers bagi mengurus aliran pelepasan dan pendaratan pesawat. 3. Memantau Ruang Udara Menara kawalan trafik semestinya memantau ruang udara di sekitar lapangan terbang, menggunakan radar dan pemerhatian visual untuk mengesan kedudukan pesawat dan memastikan jarak selamat dikekalkan. Arahan untuk mendarat atau melaksanakan go-around procedure adalah berdasarkan daripada pemantauan menara kawalan udara terhadap situasi semasa ruang udara lapangan terbang tersebut. Baca: Melancong Atau Mengembara Sendirian? Gambaran ruang operasi di dalam menara kawalan trafik udara . Kredit foto: Reddit 4. Komunikasi Menara kawalan udara mengekalkan komunikasi berterusan dengan juruterbang, memberikan maklumat penting seperti kemas kini cuaca, keadaan landasan dan sebarang perubahan dalam prosedur pelepasan atau pendaratan. 5. Pengendalian Kecemasan: Dalam kes kecemasan, pengawal menara menyelaraskan dengan perkhidmatan kecemasan dan memberi juruterbang bimbingan yang diperlukan untuk memastikan penyelesaian yang selamat. Pesawat yang berada dalam situasi kecemasan akan diutamakan untuk proses pendaratan berbanding pesawat lain. Semestinya tugas utama menara kawalan trafik udara adalah untuk mengekalkan keselamatan dan kecekapan operasi lapangan terbang. Ketepatan masa pesawat anda berlepas dan tiba di lapangan terbang melibatkan banyak proses kerja yang mana salah satunya merupakan tugasan menara kawalan trafik udara. Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 7 fakta menarik mengenai negara Korea Selatan Pelancongan: Ingin melancong ke Taiwan? Lihat promosi pakej pelancongan ke Taiwan Tags airtraficcontrol aircontroltower menarakawalanudara TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan

  • Tips | Musafir Sedunia

    Segala tips berkaitan pelancongan & pengembaraan | Tips Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Waktu Termurah Ke Jepun Tips Tiket Penerbangan dan Musim Bukan Puncak 5 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Berjimat Untuk Melancong 14 Februari 2025 Berjimat Untuk Melancong Terlepas Penerbangan 15 Februari 2025 Terlepas Penerbangan Berjimat Untuk Melancong 9 Februari 2025 Berjimat Untuk Melancong Lagi Tips

  • Tips Apabila Terlepas Penerbangan | Musafir Sedunia

    6 Perkara atau Tips yang perlu anda lakukan apabila terlepas penerbangan Tips Terlepas Penerbangan? 7 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Terlepas penerbangan adalah perkara terburuk yang dialami oleh seseorang individu. Kredit foto: iStock Oleh Team Musafir Sedunia 5 Januari 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Tiada sesiapa inginkan penerbangan mereka yang telah dijadualkan terlepas. Ini merupakan mimpi ngeri untuk setiap individu yang telah merancang untuk perjalanan kerja atau pelancongan mereka ke luar negara. Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan seseorang untuk terlepas penerbangan mereka sama ada berpunca dari faktor luar atau faktor individu itu sendiri. Berikut merupakan 7 perkara yang perlu dilakukan sekiranya seseorang penumpang terlepas penerbangan: Ketinggalan penerbangan boleh menimbulkan tekanan, tetapi terdapat langkah yang boleh anda ambil untuk menguruskan keadaan: 1. Kekal Tenang dan Sabar Ya. Situasi seperti ini sememangnya akan menimbulkan tekanan dan kegelisahan terutamanya jika anda berada di luar negara dan ingin kembali. Jika melibatkan kumpulan atau beberapa individu, elakkan menuding jari atau mencari kesalahan individu yang mungkin menyebabkan kumpulan anda terlepas penerbangan. Fokus perlu diberi kepada mencari penyelesaian dan cara untuk mendapatkan tempat duduk dalam penerbangan seterusnya. 2. Hubungi Syarikat Penerbangan Dengan Segera Hubungi syarikat penerbangan sebaik sahaja anda menyedari anda akan terlepas atau terlepas penerbangan anda. Setiap syarikat penerbangan mempunyai kaunter masing-masing di lapangan terbang dan adalah terbaik untuk anda terus berhubung dengan kakitangan syarikat penerbangan di sini daripada menggunakan telefon atau pesanan ringkas sms/whatsapp bagi mendapatkan tindak balas lebih pantas. Lebih cepat mereka tahu, lebih banyak pilihan yang mereka ada untuk membantu anda menempah semula penerbangan. Baca: Negara-negara yang memerlukan permohonan VISA khas untuk pemegang passport Malaysia Berada dalam keadaan tergesa-gesa untuk menaiki penerbangan bukanlah pengalaman yang diinginkan setiap individu. Kredit foto: Envato 3. Terangkan Situasi Anda Bersikap sopan dan terangkan sebab anda terlepas penerbangan. Sesetengan Syarikat penerbangan selalunya mempunyai ‘flat tire rule’ yang membenarkan tempahan semula tanpa caj tambahan jika anda mempunyai sebab yang sah, seperti kecemasan perubatan atau kemalangan jalan raya. Terdapat syarikat penerbangan yang menawarkan harga pakej premium ketika pembelian tiket penerbangan di mana terdapat pelbagai kelebihan kepada pembeli termasuk tiada caj penjadualan semula waktu penerbangan sekiranya pembeli terlepas penerbangan. 4. Tempahan Semula: Dapatkan maklumat untuk tempahan semula tiket penerbangan seterusnya sekiranya masih ada kekosongan daripada syarikat penerbangan yang sama.. Sesetengah syarikat penerbangan boleh menempah semula anda secara percuma atau dengan bayaran yang kecil, bergantung pada polisi syarikat penerbangan tersebut. Walaubagaimanapun, sekiranya syarikat menawarkan beberapa jenis pakej semasa proses pembelian kapal terbang, anda perlu membayar harga penuh atau separuh sekiranya anda tidak membeli pakej premium yang ditawarkan oleh syarikat tersebut. Anda perlu mencari syarikat lain atau memohon untuk berada dalam ‘Standby List’ sekiranya tiada kekosongan tempat duduk dalam masa terdekat. 5. Mohon Untuk Berada Dalam 'Standby List' Jika tiada tempat duduk yang masih kosong dalam pesawat syarikat yang sama, anda boleh minta untuk diletakkan dalam senarai siap sedia untuk penerbangan seterusnya. Dalam situasi ini, anda perlu tahu berkenaan tiada had tempoh masa menunggu untuk pesawat seterusnya. Sekiranya anda bertuah anda boleh mendapatkan tempat duduk dalam tempoh beberapa jam sahaja tetapi ada kemungkinan anda perlu menunggu sehingga beberapa Hari untuk mendapatkan tempat duduk kosong terutama ketika musim puncak pelancongan. Anda perlu menjadi sangat peka dan perlu sentiasa bertanya info terkini dengan kaunter syarikat penerbangan dari masa ke semasa. Penerbangan yang sentiasa penuh menyukarkan penumpang yang dalam senarai menunggu untuk mendapatkan tempat. Kredit Foto: Airlive 6. Wang Kecemasan Adalah penting untuk anda mempunyai wang kecemasan untuk digunakan sekiranya menghadapi kontigensi kecemasan semasa di luar negara termasuk situasi seperti ini. Kebarangkalian untuk anda perlu membayar semula tiket pada harga penuh atau lebih mahal adalah sangat tinggi jika menghadapi situasi seperti ini jadi penyediaan wang kecemasan amatlah membantu. 7. Berada di Lapangan Terbang Sepanjang masa Ini adalah penting untuk anda terus bertindak dan menaiki pesawat kerana kebiasaanya bagi individu yang telah berada dalam senarai ‘standby list’, mereka akan dimaklum pada saat-saat terakhir berkenaan kekosongan tempat duduk dalam pesawat. Anda juga boleh mendapatkan pengesahan daripada syarikat penerbangan sekiranya anda perlu berada di luar lapangan terbang dan mohon untuk pihak syarikat menghubungi anda jika anda secara terus melalui telefon. Penting untuk anda merancang perjalanan anda dengan teliti dan rapi sebelum hari perjalanan bagi mengelakkan kesulitan dan kerugian yang semestinya akan membebankan anda. Ketahui tips perancangan perjalanan yang berkesan pada link di bawah bagi membantu proses perjalanan anda menjadi lancar dan menyeronokkan. Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 7 fakta menarik mengenai negara Korea Selatan Pelancongan: Ingin melancong ke Korea Selatan? Lihat promosi pakej pelancongan ke Korea Selatan Tags missingflight waitinglist rebookflight rushingtoairport TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan

  • Pesawat A330neo Malaysia Airlines kembali | Musafir Sedunia

    Pesawat A330neo Malaysia Airlines kembali Berita Pesawat A330neo Malaysia Airlines Kembali Beroperasi Selepas 48 jam Dihentikan Operasi Akibat Kerosakan Komponen Pesawat Malaysia Airline A330neo. Sumber: Bernama Oleh Team Musafir Sedunia 26 Disember 2024 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Pesawat Airbus A330neo baru Malaysia Airlines Kembali beroperasi dengan penerbangan pertamanya ke Kuching, Sarawak yang berlepas dari Kuala Lumpur pada malam Krismas semalam. Pesawat dengan pendaftaran 9M-MNG berhenti beroperasi sejak Sabtu lalu untuk tempoh 48 jam selepas kembali ke Kuala Lumpur dari Melbourne, Australia. Pesawat A330neo tersebut juga meneruskan operasi seperti biasa dan terbang ke Melbourne hari ini, lapor Business Times. Agensi pengesanan pesawat FlightRadar24 menunjukkan bahawa pesawat A330neo mengendalikan penerbangan MH2528 ke Kuching dan berlepas dari KLIA pada pukul 7.28 petang 24 Disember. Baca: Tips Penting Packing Bagasi Pesawat Malaysia Airline A330neo semasa proses pembuatan. Sumber: Bernama Malaysia Airlines membatalkan Penerbangan pesawat tersebut ke Melbourne pada 21 Disember berikutan masalah teknikal komponen. Pesawat itu, yang dikuasakan oleh enjin Rolls-Royce Trent 7000, mengalami beberapa kerosakan teknikal berikutan penerbangan sulungnya dari Kuala Lumpur ke Melbourne pada 19 Disember. Rolls-Royce mengenal pasti komponen yang rosak sebagai punca masalah, dengan penggantian bahagian sedang berjalan, sementara Airbus juga menawarkan sokongan untuk masalah teknikal pesawat. Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 7 fakta menarik mengenai negara Korea Selatan Pelancongan: Ingin melancong ke Jepun? Lihat promosi pakej pelancongan ke Jepun TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025

  • Inflasi & Kejatuhan mata wang Turkiye | Musafir Sedunia

    Inflasi & Kejatuhan mata wang Turkiye | Inflation & Fall of Turkiye currency Informasi Inflasi Dan Kejatuhan Mata Wang Turkiye Memberi Impak Besar Kepada Industri Pelancongan Peningkatan kadar inflasi di Turkiye memberi kesan kepada penduduk tempatan dan pelancong. Kredit Foto: Bloomberg Oleh Team Musafir Sedunia 1 Januari 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Inflasi dan kejatuhan mata wang bukanlah sesuatu yang baru untuk Turkiye. Negara yang merupakan antara destinasi pelancongan popular dunia ini telah mengalami inflasi bermula dari tahun 2013 sehingga kini. Peningkatan inflasi sehingga angka dua digit dari tahun tersebut akibat dasar monetari dan fiskal yang longgar, serta penyusutan nilai mata wang yang tinggi. Menjelang 2022, Turkiye menghadapi salah satu daripada kadar inflasi tertinggi di dunia, didorong oleh pelonggaran dasar monetari yang agresif di tengah-tengah pengaruh politik ke atas pembuatan keputusan bank pusat. Inflasi harga pengguna di Turkiye berpurata 17.9% dalam tempoh sepuluh tahun hingga 2022, iaitu melebihi purata serantau Eropah Timur sebanyak 7.7%. Angka purata 2022 ialah 72.3% yang merupakan nilai inflasi tertinggi di dunia ketika itu dan yang tertinggi dalam tempoh 40 tahun. Sektor pengangkutan, makanan dan perumahan menyaksikan kenaikan harga terbesar dalam sejarah dengan kadar kenaikan tahunan mencecah 186.27%. Bagi tahun 2024, Turkiye mencatatkan kadar purata inflasi sebanyak 69.13% dengan kadar tertinggi mencapai sehingga 75.45% padfa bulan Mei 2024 melibatkan sektor-sektor yang sama. Baca: Kuota jemaah haji seluruh dunia - Bagaimana ia ditentukan? Grand Bazaar di Istanbul, Turkiye . Kredit foto: Travel News Turun naik dalam inflasi ini boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuk dasar kewangan, gangguan rantaian bekalan dan keadaan ekonomi. Dasar kewangan Turkiye yang secara berterusan menurunkan kadar faedah kewangan menyebabkan penurunan nilai matawang Lira yang secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan drastik inflasi. Ditambah dengan fakta di mana Turkiye bergantung kepada barangan import terutama barangan keperluan harian seperti bahan masakan dan makanan turut mencatatkan peningkatan harga yang menjurus kepada inflasi. Semestinya kesan inflasi di Turkiye ini sedikit sebanyak menjejaskan perbelanjaan pelancong di negara terbabit. Turkiye yang sememangnya merupakan destinasi pelancongan popular di dunia, tetap menerima kunjungan pelancong dari seluruh dunia berikutan tarikan sejarah dan kebudayaaanya tetapi peningkatan harga makanan dan perkhidmatan menjadi isu utama di kalangan pengunjung. Harga makanan di tempat-tempat popular pelancongan mencatatkan harga yang agak tinggi setanding bandar eropah yang lain. Sesetengah premis, pusat pelancongan dan restoran menggunapakai mata wang Euro berbanding Lira seterusnya menjadikan harga jualan semakin tinggi. Haghia Sofia merupakan ikon pelancongan paling popular di Turkiye. Kredit Foto: Istanbul Tour Studio Walaubagaimanapun, Turkiye masih berbaloi untuk dikunjungi oleh rakyat Malaysia berikutan keunikan dan kepelbagaian makanan halal yang mudah didapati di sana. Pengurusan kewangan serta perancangan perjalanan yang rapi perlu dibuat bagi mengelakkan anda berbelanja lebih tinggi daripada sepatutnya dan mendapat pulangan berbaloi daripada kunjungan anda ke sana. Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 7 fakta menarik mengenai negara Korea Selatan Pelancongan: Ingin melancong ke Turkiye? Lihat promosi pakej pelancongan ke Turkiye Tags Backpacker Persepsi Solotraveler Backpack Hostel TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan

  • China Dilanda wabak virus HMPV | Musafir Sedunia

    Perlaksanaan Sistem Kod QR oleh Jabatan Imigresen Malaysia | China hit by HMPV virus outbreak Berita Sistem Kod QR Baharu MyBorderPass Diperkenalkan Memperkemaskan proses imigresen di KLIA untuk rakyat Malaysia Contoh Kod QR pada aplikasi MyBorderPass selepas pendaftaran dibuat. Oleh Team Musafir Sedunia 4 Januari 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah memulakan penggunaan sistem Kod Respons Pantas (QR) yang inovatif untuk melancarkan proses imigresen bagi pelancong Malaysia, mengurangkan masa menunggu dengan ketara sambil memastikan langkah keselamatan tetap dipantau. Pelaksanaan sistem ini adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Dalam Negeri untuk menangani kesesakan yang sering dialami di pintu masuk semasa waktu puncak dan musim perayaan. Menurut Jabatan Imigresen, rakyat Malaysia dikehendaki memuat turun aplikasi MyBorderPass untuk mendaftarkan butiran perjalanan mereka sebelum menggunakan sistem kod QR baharu. Setelah aplikasi dipasang, pengguna perlu mengesahkan wajah mereka untuk proses pengesahan, sama ada sebelum perjalanan atau semasa ketibaan. Proses ini berkuatkuasa dilaksanakan untuk warga Malaysia bermula pada bulan Januari 2025. Baca: Tips Penting Packing Bagasi Poster mengenai langkah muat turun dan mendaftar aplikasi MyBorderPass oleh Kementerian Dalam Negeri. Kredit Foto: KDN Percubaan sistem kod QR beroperasi di 40 lorong autogate khusus di Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA, membolehkan pelepasan imigresen hanya dalam masa lima hingga tujuh saat-jauh lebih pantas daripada 15 hingga 25 saat yang diperlukan dengan pintu automatik tradisional. Proses pantas ini direka untuk meningkatkan kelancaran proses semakan imigresen dan mengurangkan kelewatan. Selain memudahkan operasi yang lebih lancar, Jabatan Imigresen telah melaksanakan langkah-langkah pemantauan untuk pelawat asing, terutamanya dari negara-negara seperti China dan India, memastikan keselamatan yang dipertingkatkan di kawasan lalu lintas tinggi. Pengunjung juga dikehendaki menunjukkan tiket pulang dan bukti penginapan yang sah, seperti tempahan hotel yang disahkan. Penggunaan teknologi canggih ini memastikan urusan yang pantas serta lancar tanpa menjejaskan keselamatan dan pemantauan yang diperlukan pihak berkuasa. Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 7 fakta menarik mengenai negara Korea Selatan Pelancongan: Ingin melancong ke Jepun? Lihat promosi pakej pelancongan ke Jepun TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025

  • China Dilanda wabak virus HMPV | Musafir Sedunia

    China Dilanda wabak virus HMPV | China hit by HMPV virus outbreak Berita China Dilanda Wabak Virus HMPV Menyebabkan Gejala Seperti Selsema Dan Masalah Pernafasan Teruk Peningkatan jangkitan wabak Human Metapneumovirus (HMPV) di China menimbulkan kebimbangan . Kredit Foto: Mint Oleh Team Musafir Sedunia 3 Januari 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel China dilaporkan sedang berhadapan dengan wabak Human Metapneumovirus (HMPV), lima tahun selepas pandemik Covid-19 menurut laporan NDTV. Laporan dan catatan media sosial menunjukkan bahawa virus itu tersebar dengan cepat dan mendakwa bahawa hospital dan pusat kesihatan dibanjiri ramai pesakit. Video yang dikongsi dalam talian menunjukkan hospital yang sesak, dengan beberapa pengguna media sosial mengatakan bahawa banyak virus, termasuk influenza A, HMPV, Mycoplasma pneumoniae, dan Covid-19 merebak di kalangan ramai individu. Malah ada dakwaan bahawa China telah mengisytiharkan keadaan kecemasan, walaupun ini belum disahkan. HMPV diketahui menyebabkan gejala seperti selesema dan juga boleh menunjukkan gejala yang serupa dengan Covid-19. Pegawai kesihatan dilaporkan sedang memantau keadaan dengan teliti berkaitan virus yang sedang merebak pantas. Satu catatan media sosial oleh akaun X (Twitter) yang dikenali sebagai 'SARS-Cov-2 (Covid-19)' menulis dalam satu catatan: "China melaporkan lonjakan jangkitan pelbagai virus, termasuk Influenza A, HMPV, Mycoplasma pneumoniae, dan Covid-19. Hospital Kanak-kanak dibanjiri pesakit berikutan peningkatan radang paru-paru dan kes "paru-paru putih"." Baca: Tips Penting Packing Bagasi Hantaran akaun X Sars-CoV-2 (Covid-19) berkaitan kesesakan hospital akibat epidemik jangkitan virus yang menular secara besar-besaran. Kredit Foto: Sars-CoV-2 (Covid-19 ) / X Sementara itu, laporan berita Reuters melaporkan bahawa pihak berkuasa kawalan penyakit China mengatakan pada hari Jumaat bahawa ia sedang menguji sistem pemantauan untuk radang paru-paru yang tidak diketahui asal usulnya, dengan kes berkaitan penyakit pernafasan dijangka meningkat sepanjang musim sejuk. Langkah untuk mewujudkan sistem khusus bertujuan untuk membantu pihak berkuasa mengatur protokol untuk menangani patogen yang tidak diketahui, berbeza dengan tahap kesiapsiagaan yang lebih rendah lima tahun yang lalu ketika jangkitan coronavirus yang menyebabkan Covid-19 pertama kali muncul. Pentadbiran Kawalan dan Pencegahan Penyakit Kebangsaan China akan menetapkan prosedur untuk makmal melaporkan dan untuk agensi kawalan dan Pencegahan Penyakit untuk mengesahkan dan menangani kes, lapor penyiar negara CCTV, memetik seorang pegawai pentadbiran pada sidang media. Data untuk penyakit pernafasan akut menunjukkan trend peningkatan jangkitan keseluruhan pada minggu 16 hingga 22 Disember, menurut pernyataan rasmi yang dikeluarkan pada hari Khamis. China mungkin akan melaporkan pelbagai penyakit berjangkit pernafasan pada musim sejuk dan musim bunga, Kan Biao, seorang pegawai lain, berkata pada sidang akhbar itu. Beliau berkata tanpa menjelaskan jumlah keseluruhan kes tahun ini akan lebih kecil berbanding tahun lepas. Kes-kes baru-baru ini yang dikesan termasuk patogen seperti Rhinovirus dan HMPV, dengan kes HMPV di kalangan individu di bawah umur 14 tahun menunjukkan trend menaik, terutamanya di wilayah utara China. Sumber: NDTV World Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 7 fakta menarik mengenai negara Korea Selatan Pelancongan: Ingin melancong ke Jepun? Lihat promosi pakej pelancongan ke Jepun TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025

Musafir Sedunia.jpg

Ikuti Kami

  • Facebook
  • X
  • Instagram

INFO, TIPS & BERITA PELANCONGAN / TRAVEL

 

© 2024 by Musafir Sedunia. All Rights Reserved.

Daftar Untuk Langgan Info Terkini di Email

Terima Kasih Kerana Melanggan!

bottom of page