Search Results
99 hasil ditemukan dengan carian kosong
- Pesawat Baru MAS A330-900neo | Musafir Sedunia
Syarikat penerbangan melarang dua barang di atas pesawat | Airlines prohibit two items on board Berita Pesawat Baru MAS A330-900neo Menghadapi Masalah Teknikal Operasi Penerbangan Pesawat Dihenti Serta-merta Pesawat Malaysia Airline A330-900neo. Sumber: Bernama Oleh Team Musafir Sedunia 24 Disember 2024 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Dalam satu insiden yang melibatkan Malaysia Airlines dan Airbus, syarikat penerbangan Malaysia tersebut telah menghentikan sementara Airbus A330-900neo yang baru diperolehnya selepas hanya digunapakai untuk dua penerbangan pulang. Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Kuala Lumpur itu melaporkan masalah teknikal berkaitan pesawat menyebabkan ia diberhentikan daripada perkhidmatan buat sementara waktu atas faktor keselamatan sehingga semua isu diselesaikan. Pesawat yang didaftarkan sebagai 9M-MNG, telah diserahkan kepada Malaysia Airlines dari Toulouse pada 29 November 2024, dan dirasmikan dalam satu upacara di lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 19 Disember 2024. Pesawat ini dirancang untuk beroperasi bagi laluan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Melbourne sehingga penghantaran A330neo kedua. Baca: 7 Negara Selamat Untuk Pengembara Solo Proses pemasangan pesawat MAS Airbus A330-900neo . Sumber: Bernama Berikutan penerbangan komersial pertamanya ke Melbourne, pesawat itu dilaporkan menghadapi beberapa komplikasi teknikal. Syarikat penerbangan itu melaporkan terdapat masalah pada enjin dan sistem hidraulik semasa penerbangan pertama MH 149, mengakibatkan pesawat itu dihentikan apabila kembali ke Kuala Lumpur. Walaupun pesawat tersebut berjaya menyelesaikan perjalanan pulang kedua pada hari berikutnya, masalah teknikal tambahan timbul, mendorong Malaysia Airlines untuk mendapatkan khidmat jurutera pakar dari Airbus dan Rolls-Royce untuk membantu jurutera syarikat tersebut bagi mengenalpasti masalah yang berlaku. Penerbangan seterusnya ke destinasi dibatalkan berikutan isu-isu yang timbul. Pesawat MAS A330-900neo direka untuk membawa 297 penumpang, menampilkan 28 tempat duduk kelas perniagaan dan 269 tempat duduk kelas ekonomi, termasuk 24 dengan ruang kaki tambahan. Kabin kelas perniagaan pesawat dilengkapi dengan kerusi ketinggian Collins Aerospace yang disusun dalam susun atur herringbone 1-2-1 yang selesa, lengkap dengan pintu suite peribadi. Pesawat ini adalah yang pertama dari 20 A330-900neos yang dipesan oleh Malaysia Airlines untuk menggantikan A330-300 yang sudah lama, seiring dengan objektif Syarikat tersebut untuk proses pengembangan laluan penerbangan pada masa depan. Sumber: Aerotime Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 7 fakta menarik mengenai negara Korea Selatan Pelancongan: Ingin melancong ke Dubai? Lihat promosi pakej pelancongan ke Dubai Tags prohibiteditems barangdilarang bagasi Backpack imigresen TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan
- The Mukaab | Musafir Sedunia
Pembinaan Mukaab bangunan terbesar di dunia bermula | Construction of The Mukaab, world's largest building begins Berita Arab Saudi Memulakan Pembinaan 'Bangunan Terbesar' Di Dunia Bakal Menjadi Ikon Timur Tengah The Mukaab, bangunan bersaiz besar dan unik yang sedang dibina Arab Saudi. Sumber: Radangtangsel Oleh Team Musafir Sedunia 6 Disember 2024 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Arab Saudi secara rasminya telah memulakan pembinaan The Mukaab , sebuah bangunan berbentuk kiub monumental dengan ketinggian 400 meter serta mempunyai rekabentuk mengagumkan. Jika siap dibina, The Mukaab akan menjadi struktur terbesar di dunia yang pernah dibina. Terletak di ibu kota Riyadh, pencakar langit ini akan merangkumi dua juta meter persegi ruang lantai yang menakjubkan, bersamaan dengan dua puluh kali ganda bangunan Empire State yang ikonik di New York seterusnya mampu memuatkan sejumlah bangunan tersebut di dalamnya. Baca: Ranking Syarikat Penerbangan Skytrax 2024 Konsep cadangan ruang dalaman The Mukaab. Sumber: New Murabba The Mukaab diunjurkan menelan perbelanja sekitar AS $50 bilion dan akan berfungsi sebagai pusat daerah bandar baharu yang dikenali sebagai New Murabba . Kawasan yang luas ini akan menampilkan lebih 25 juta meter persegi ruang lantai, termasuk rancangan untuk 104,000 rumah. Pembangunan ini bertujuan untuk menyediakan gabungan unik pengalaman membeli-belah, korporat dan budaya, menjadikannya hab perniagaan, pelancongan dan keluarga. Direka bentuk sebagai "destinasi hospitaliti premium," The Mukaab akan mempunyai ruang atrium pusat seterusnya memberikan pengalaman menarik untuk pengunjung dan penduduk. Reka bentuk unik pelbagai rupa bangunan ini dijangka akan menjadi pusat untuk pelbagai sektor perniagaan, memastikan ia menjadi tumpuan untuk pelawat tempatan dan antarabangsa. Sumber: Hindustan Times Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 7 Negara Selamat Untuk Pengembara Solo Pelancongan: Ingin melancong ke Taiwan? Lihat promosi pakej pelancongan ke Taiwan Tags mukaab newmubadala saudiarabia jeddah icon TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan
- Blackbox - Kotak yang merungkai segalanya | Musafir Sedunia
Blackbox - Kotak yang merungkai segalanya | Blackbox - The box that breaks everything down Info & Tips Penerbangan Kotak Hitam Pesawat Kotak Yang Merungkai Segalanya? Kotak hitam atau blackbox dalam pesawat penerbangan komersial. Kredit foto: Vajiram & Ravi Oleh Team Musafir Sedunia 3 Disember 2024 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Anda pasti pernah membaca atau menonton berita mengenai pesawat terhempas dan antara perkara utama yang diberi perhatian adalah pencarian kotak hitam pesawat malang tersebut. Kotak hitam daripada pesawat akan diambil dan diserahkan kepada pihak berkuasa penerbangan untuk siasatan dan analisa lanjut bagi mengetahui punca kemalangan yang berlaku. Adakah anda tahu atau mempunyai idea mengenai kotak hitam pesawat dan fungsinya secara terperinci?Di sini kami akan menguraikan dan memudahkan pemahaman anda mengenai kotak hitam pesawat. Kotak hitam (bahasa Inggeris: black box, flight recorder ) adalah sebuah alat perakam penerbangan yang digunakan dalam bidang pengangkutan terutamanya penerbangan dan merupakan komponen penting untuk sesebuah kapal terbang. Kotak hitam secara umumnya mengandungi dua komponen utama iaitu: Baca: Berjimat Untuk Melancong - Sebelum, Semasa dan Selepas Melancong Bahagian dan komponen kotak hitam pesawat . Kredit foto: NewsBytes Perakam Data Penerbangan (Flight Data Recorder - FDR): Merakam data penerbangan seperti altitude ketinggian, kelajuan, lokasi dan arah penerbangan. Perakam Suara Kokpit (Cockpit Voice Recorder - CVR): Merekam percakapan antara pilot dengan pemandu lalu lintas udara (ATC). Lokasi kotak hitam di dalam pesawat komersial. Kredit foto: Quora Kedua-dua komponen kotak hitam ini berada di bahagian ekor setiap pesawat dan dilindungi oleh rangka kalis api dan tahan gegaran supaya ia boleh bertahan dalam apa situasi sekiranya berlaku nahas ketika penerbangan. Data yang direkodkan dalam kotak hitam adalah sangat penting untuk membantu siasatan nahas pesawat dan meningkatkan keselamatan penerbangan. Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang kotak hitam: Kotak hitam sebenarnya bukan hitam, tetapi oren terang untuk memudahkan pencarian komponen-komponen ini dalam apa jua keadaan dan situasi Kotak hitam boleh menahan suhu sehingga 1,100 darjah Celsius dan tekanan sehingga 5,000 psi. Kotak hitam dilengkapi dengan suar pencari bawah air (ULB) yang boleh menghantar isyarat selama 30 hari. Data yang direkodkan dalam kotak hitam boleh dimuat turun dan dianalisis menggunakan perisian khas. Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: Cabaran Penerbangan Merentasi Kawasan Pergunungan Pelancongan: Ingin melancong ke Taiwan? Lihat promosi pakej pelancongan ke Taiwan Tags blackbox kotakhitam flightrecorder TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan
- Syarikat penerbangan melarang dua barang | Musafir Sedunia
Syarikat penerbangan melarang dua barang di atas pesawat | Airlines prohibit two items on board Berita Syarikat Penerbangan Melarang Dua Barang Dibawa Dalam Bagasi Di Tengah-Tengah Konflik Di Timur Tengah Pesawat Emirates di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai. Sumber: Rappler Oleh Team Musafir Sedunia 1 Disember 2024 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Syarikat penerbangan melarang dua barang daripada bagasi di tengah-tengah konflik di Timur Tengah. Syarikat penerbangan Emirates yang berpengkalan di Dubai telah melarang penumpang daripada membawa pager atau walkie-talkie dalam bagasi tangan atau simpanan mereka berikutan letupan peranti di Lebanon dan Syria bulan lalu. Emirates Airlines mengumumkan bahawa kedua-dua item tersebut dilarang daripada dibawa dalam penerbangan ke, dari atau yang memerlukan transit di Dubai. Kenyataan di laman web syarikat penerbangan itu berkata: “Semua penumpang yang melancong dalam penerbangan ke, dari atau melalui Dubai dilarang daripada mengangkut pager dan walkie-talkie dalam bagasi daftar masuk atau bagasi kabin." Ia menambah: “Item sebegini yang ditemui dalam bagasi tangan penumpang atau bagasi daftar masuk akan dirampas oleh Polis Dubai.” Baca: 7 Negara Selamat Untuk Pengembara Solo Gambaran pager yang menimbulkan kontroversi akibat letupan . Sumber: France24 Pengumuman ini datang beberapa minggu selepas serangan ke atas peranti Hezbollah - sebuah kumpulan Lebanon yang disokong oleh Iran dan bersekutu dengan Hamas - berkaitan dengan perang di Gaza selepas hampir setahun bertukar tembakan roket dengan Israel merentasi sempadan. Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh dan 3,000 cedera pada 17 dan 18 September selepas pager elektronik yang digunakan oleh Hezbollah untuk berkomunikasi meletup serentak di Beirut dan Damsyik. Hezbollah dan kerajaan Lebanon menyalahkan Israel untuk serangan itu, namun tentera tersebut tidak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan komunikasi tersebut. Selepas letupan yang mematikan itu, pihak berkuasa Lebanon melarang pager elektronik dan walkie-talkie daripada dibawa atau dihantar dengan semua syarikat penerbangan yang berlepas dari Lapangan Terbang Beirut sehingga diberitahu kelak. Penyedia syarikat penerbangan terbesar di Timur Tengah itu juga mengumumkan bahawa, sementara penerbangan Emirates ke Amman di Jordan disambung semula pada 6 Oktober, penerbangan ke dan dari Iraq, Iran dan Lebanon masih ditangguhkan di tengah-tengah serangan peluru berpandu yang berterusan. “Kami terus memantau dengan teliti situasi di rantau ini dan berhubung dengan pihak berkuasa yang relevan mengenai perkembangan yang berlaku,” kata Emirates. Nasihat perjalanan semasa Pejabat Luar bagi pelancong yang melawat Qatar, Oman dan UAE memberi amaran bahawa "Persengketaan yang berterusan antara Israel dan Lebanon boleh meningkat dengan cepat dan boleh menimbulkan risiko kepada seluruh rantau ini." Sumber: The Independent, Fortune Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 7 fakta menarik mengenai negara Korea Selatan Pelancongan: Ingin melancong ke Dubai? Lihat promosi pakej pelancongan ke Dubai Tags prohibiteditems barangdilarang bagasi Backpack imigresen TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan
- Jeddah Tower - Bangunan Tertinggi Di Dunia | Musafir Sedunia
Bakal bangunan tertinggi di dunia | The tallest building in the world in the future Destinasi Jeddah Tower Di Arab Saudi Bakal Menjadi Bangunan Tertinggi Di Dunia? Perbandingan Ketinggian Menara Jeddah dengan bangunan pencakar langit yang lain. Kredit foto: Green Prophet Oleh Team Musafir Sedunia 3 Januari 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Umum mengetahui Burj Khalifa di Dubai merupakan bangunan tertinggi di dunia ketika ini dari tahun 2010 dengan ketinggian 830m. Namun kedudukan ini akan berubah apabila sebuah bangunan baru yang lebih tinggi yang kini dalam proses pembinaan dijangka akan siap pada tahun 2028 atau 2029. Menara Jeddah, juga dikenali sebagai Burj Jeddah, adalah satu senibina baru yang bakal menonjol sebagai simbol cita-cita kejuruteraan moden dan inovasi. Terletak di Jeddah, Arab Saudi, pencakar langit ini dijangka akan mengubah rupa langit dan mencipta rekod baru sebagai bangunan tertinggi di dunia. Menara Jeddah yang kini dalam proses pembinaan. Kredit Foto: Thornton Tomasetti Baca: Korea Utara - Bolehkah Anda Melancong Ke Sana? Gambaran Projek Menara Jeddah direka untuk mencapai ketinggian menakjubkan 1,008 meter (3,307 kaki), menjadikannya bangunan pertama yang melebihi ketinggian 1 kilometer. Visi di sebalik reka bentuk monumental ini ialah arkitek terkenal Adrian Smith, yang telah mencipta struktur berlapis kaca yang ramping dengan asas segi tiga dan lekuk seperti sirip di sisi. Apabila siap, menara ini akan menempatkan hotel Four Seasons, apartmen kediaman, ruang pejabat, dan dek pemerhatian tertinggi di dunia, menjanjikan pengalaman yang tiada tandingan bagi penghuninya dan pelawatnya. Status Semasa Pembinaan Menara Jeddah . Walau bagaimanapun, projek ini menghadapi beberapa cabaran, termasuk isu tenaga kerja dan buruh yang menyebabkan proses pembinaan terhenti pada tahun 2018. Pembinaan disambung semula pada September 2023, dan menara kini telah mencapai tingkat ke-63, kira-kira satu pertiga daripada ketinggian yang dirancang. Projek ini dijangka siap pada 2029. Gambaran bahagian menara yang dalam proses pembinaan berbanding lakaran menara sebenar . Sumber: Thornton Tomasetti Butiran Penting Projek Pemilik: Projek ini diketuai oleh Syarikat Ekonomi Jeddah, dengan Putera Saudi, Al-Waleed bin Talal sebagai pengerusi. Butiran Teknikal: Menara ini akan mempunyai 165 tingkat di atas tanah, 59 lif (55 dek tunggal dan 4 dek berganda), dan kawasan lantai seluas 243,866 meter persegi (2,624,950 kaki persegi). Kos: Anggaran kos projek ini adalah sekitar SR 4.45 bilion (US$1.23 bilion). Menara Jeddah bukan sekadar pencakar langit; ia adalah satu kenyataan tentang cita-cita dan kepintaran manusia. Sebagai sebahagian daripada projek Jeddah Economic City yang lebih besar, ia bertujuan untuk mewujudkan hab untuk bangunan kediaman dan komersial, mengukuhkan status Jeddah sebagai sebuah bandar global. Ketika menara ini terus dalam proses pembinaan, ia menjanjikan untuk menjadi mercu tanda baru bagi rantau ini dan simbol kemajuan dan visi Arab Saudi untuk masa depan. Menara Jeddah adalah contoh cemerlang bagaimana seni bina moden boleh menolak batasan yang mungkin, mencapai ketinggian baru—secara literal dan kiasan. Rujukan: CNN , Dezeen , thorntontomasetti Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 30 destinasi wajib dilawati dalam tempoh hayat anda Pelancongan: Ingin melancong ke Taiwan? Lihat promosi pakej ke Taiwan Tags korea southkorea seoul nami kekorea TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan
- Pencarian MH370 Disambung Semula | MH370 Flight Search Restarted
Pencarian MH370 disambung semula di Lautan Hindi oleh Ocean Infinity dengan teknologi terkini. Bukti baharu memberikan harapan kepada keluarga mangsa dan dunia untuk merungkai misteri penerbangan yang telah berlarutan selama lebih sedekad | The search for MH370 resumes in the Indian Ocean, led by Ocean Infinity using advanced technology. New evidence brings hope to victims' families and the world in uncovering the aviation mystery that has lasted over a decade. Berita Selepas 10 Tahun Kehilangan MH370 Pencarian Disambung Semula di Lautan Hindi Salah sebuah model pesawat Malaysia Airlines. Kredit Foto: MAS Oleh Team Musafir Sedunia 25 Februari 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Selepas hampir sebelas tahun sejak kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, pencarian baharu akan dimulakan di Lautan Hindi dalam usaha untuk akhirnya merungkai misteri tragedi ini. Syarikat penerokaan laut dalam, Ocean Infinity, telah diberi mandat untuk mengetuai operasi pencarian ini dengan menggunakan teknologi terkini. Latar Belakang Tragedi Pesawat MH370, yang berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac 2014, hilang dari radar beberapa jam selepas penerbangan. Kehilangan pesawat ini telah mencetuskan operasi pencarian terbesar dalam sejarah penerbangan moden, melibatkan pelbagai negara dan teknologi canggih. Walau bagaimanapun, usaha pencarian sebelum ini gagal menemui bangkai utama pesawat, dengan hanya beberapa serpihan disahkan berasal daripada MH370 ditemukan di sekitar pantai Lautan Hindi. Pencarian Baharu dengan Teknologi Terkini Pada Disember 2024, kerajaan Malaysia mengumumkan hasrat untuk menyambung semula pencarian MH370 setelah menerima bukti baharu yang dipercayai dapat membantu mengenal pasti lokasi sebenar pesawat tersebut. Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke, mengesahkan bahawa Ocean Infinity akan memulakan pencarian dalam kawasan seluas 15,000 kilometer persegi yang dikenal pasti berdasarkan data dan analisis terkini. Operasi ini akan menggunakan kapal pencarian utama bernama Armada, yang dilengkapi dengan Kenderaan Bawah Air Autonomi (AUV). Peralatan canggih ini mampu mengesan dan memetakan dasar laut dengan resolusi tinggi walaupun pada kedalaman ekstrem. Teknologi ini diharapkan dapat memberikan petunjuk kepada misteri yang sudah berlarutan selama lebih sedekad. Baca: Segalanya mengenai kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026) Pesawat malang MH370 dilaporkan terhempas di Lautan Hindi walaupun tiada bukti yang menyokong kenyataan tersebut . Sumber: Unsplash Bukti Baharu dan Harapan Keluarga Mangsa Analisis terkini yang dikemukakan oleh jurutera Richard Godfrey menggunakan teknologi pengesanan isyarat gelombang radio bersejarah telah memberikan petunjuk baharu tentang kemungkinan lokasi MH370. Penemuan ini telah memberikan keyakinan kepada pihak berkuasa bahawa pesawat mungkin berada dalam lingkungan kawasan pencarian yang akan diterokai oleh Ocean Infinity. Bagi keluarga 239 penumpang dan kru yang berada dalam pesawat tersebut, pengumuman ini membawa sinar harapan setelah bertahun-tahun menunggu jawapan. Mereka berharap pencarian kali ini akan memberikan penutupan yang mereka perlukan serta mendedahkan kebenaran mengenai nasib sebenar MH370. Gambar contoh serpihan pesawat terapung di udara. Kredit foto: CGTN Misi Berasaskan 'No Find, No Fee' Sama seperti pencarian terdahulu oleh Ocean Infinity pada 2018, operasi kali ini juga berdasarkan konsep "no find, no fee". Ini bermakna syarikat hanya akan dibayar oleh kerajaan Malaysia jika mereka berjaya menemui bangkai pesawat. Perjanjian ini menunjukkan komitmen tinggi Ocean Infinity dalam menyelesaikan salah satu misteri penerbangan paling rumit dalam sejarah moden. Dengan teknologi yang lebih maju dan bukti baharu yang lebih kukuh, pencarian yang akan bermula pada penghujung Februari 2025 ini memberi harapan baharu kepada dunia untuk akhirnya merungkai kehilangan tragis pesawat MH370. Sumber: npr Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: Info berkaitan MyBorderPass QR Code Pelancongan: Ingin melancong ke Dubai? Lihat promosi pakej pelancongan ke Dubai Tags MAS MH370 flight berita terkini TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan
- 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan | Musafir Sedunia
Fakta menarik mengenai korea Selatan. Pelancongan ke Korea Selatan Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Terdapat Satu-satunya Taman Berkaitan Kesuburan Di Dunia Panorama bandaraya Seoul di Korea Selatan. Kredit foto: TEC Taiwan Oleh Team Musafir Sedunia 7 Februari 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Korea Selatan merupakan salah satu destinasi kegemaran rakyat Malaysia untuk melancong ke luar negara. Faktor sejarah & kebudayaan, pengaruh industri drama & muzik K-Pop, makanan eksotik serta cuaca 4 musim antara faktor penyebab korea popular di kalangan rakyat Malaysia. Di sebalik kesemua tarikan serta faktor di atas, terdapat beberapa fakta unik berkenaan Korea yang mungkin anda belum tahu yang berbeza dengan destinasi pelancongan lain. Berikut adalah di antara beberapa fakta unik berkenaan Korea: Istana Gyeongbokgung merupakan istana diraja utama Dinasti Joseon (1392 - 1897). Kredit foto: US Travel News Baca: Inflasi Dan Pelancongan 1. Sejarah Dinasti Diraja : Seperti kebanyakan negara dan wilayah lain di dunia, Korea pernah ditadbir oleh dinasti diraja selama ribuan tahun bermula dengan dinasti Gojoseon (2333 Sebelum Masihi) dan yang terakhir Empayar Korea sehingga tahun 1910 sebelum penaklukan oleh Empayar Jepun. 2. Asal-usul Nama : Nama "Korea" berasal daripada "Goryeo," iaitu nama salah satu dinasti yang ditubuhkan pada tahun 918. Ia bermaksud "tinggi dan jelas." Tafsiran puitis termasuk "Tanah Pergunungan Tinggi dan Aliran Berkilauan" dan "Tanah Tenang Pagi" . 3. Tiada larangan minum minuman alkohol di tempat awam: Tiada kesalahan bagi seorang individu untuk minum alkohol di khalayak ramai. Orang Korea Selatan boleh membawa bekas terbuka minuman kegemaran mereka tanpa ditahan oleh pihak berkuasa . 4. Obsesi Kosmetik : Sebagai pusat destinasi kosmetik paling popular di dunia, lelaki dan wanita Korea Selatan gemar menggunakan peralatan mekap, di mana jumlah keseluruhan perbelanjaan daripada golongan lelaki adalah hampir AS$900 juta setahun, atau satu perempat daripada kosmetik lelaki di dunia. 20% daripada populasi lelaki Korea dilaporkan kerap menggunakan alat solek . Taman Zakar yang terkenal di Wilayah Gangwon . Sumber: Theworld.org 5. Taman Zakar : Terdapat sebuah Taman di Haesindang yang penuh dengan patung zakar, dan restoran bertemakan zakar di Deulmusae. Wanita yang baru berkahwin percaya menyentuh hidung patung membawa kesuburan . Taman ini merupakan satu-satunya taman bertemakan zakar di dunia. 6. Lakonan Semula Kejadian Jenayah: Korea Selatan mengamalkan "lakonan semula jenayah" di mana Suspek dibawa ke tempat kejadian dalam keadaan bergari untuk melakonkan semula jenayah secara terbuka, dan mendapat liputan media pada masa yang sama . 7. Jjimjilbang: Gelaran untuk rumah mandian awam ini menawarkan pengalaman bersantai yang unik dengan pelbagai sauna, tab mandi panas dan ruang tidur . Di sini pengunjung akan mandi secara campuran di kolam yang disediakan tanpa mengenakan sebarang pakaian. Rujukan: britannica.com , factretriever.com , facts.net Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 6 Sebab Selatan Thailand Jadi Tumpuan Rakyat Malaysia Pelancongan: Ingin melancong ke Korea Selatan? Lihat promosi pakej Tags korea southkorea seoul nami kekorea TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan
- Larangan Smart Luggage Scooter | Musafir Sedunia
Berita Larangan Penggunaan Skuter Bagasi Atas Faktor Keselamatan Bagasi pintar atau skuter bagasi. Kredit foto: One2world Oleh Team Musafir Sedunia 17 Disember 2024 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah mengeluarkan arahan keselamatan yang melarang penggunaan bagasi pintar yang boleh dinaiki, atau skuter, di kawasan apron lapangan terbang. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Capt Norazman Mahmud, dalam kenyataan keselamatan bertarikh 15 November, walaupun bagasi pintar yang boleh dinaiki memberi kemudahan kepada penumpang, penggunaan dalam kawasan terhad seperti apron boleh menimbulkan risiko keselamatan yang serius. Apron merupakan kawasan yang kompleks dengan kehadiran jentera berat, pesawat bergerak, kenderaan perkhidmatan darat, dan kakitangan, yang memerlukan pematuhan ketat terhadap peraturan keselamatan untuk mengelakkan kemalangan dan kerosakan. Baca: 5 Taman Tema Paling Thrill Di Dunia Skuter Bagasi memudahkan pergerakan pengguna di lapangan terbang. Kredit foto: ABC News Bagi meningkatkan keselamatan di lapangan terbang, CAAM menekankan kepentingan melarang penggunaan bagasi pintar di kawasan terhad, menetapkan had kelajuan dalam zon yang dibenarkan, serta mendidik penumpang dan kakitangan darat mengenai amalan penggunaan yang selamat. Norazman menegaskan bahawa bagasi pintar yang boleh dinaiki hanya boleh digunakan di kawasan yang ditetapkan seperti ruang legar terminal dan zon menunggu, dengan papan tanda jelas menunjukkan larangan ini. Di samping itu, bagasi pintar dengan motor elektrik perlu dimatikan dan bateri perlu dinyahaktifkan sebelum memasuki apron. Kakitangan darat perlu diberikan latihan untuk mengenal pasti bagasi pintar yang boleh dinaiki dan mengikuti protokol keselamatan, termasuk melaporkan dengan segera sebarang kejadian penggunaannya di apron kepada pengendali lapangan terbang atau kakitangan keselamatan. Penyedia Perkhidmatan Pengendalian Darat mesti memastikan setiap kakitangan memahami prosedur yang betul untuk mengendalikan, menyimpan, dan mengangkut bagasi pintar, terutama jika mengandungi bateri litium atau komponen elektrik lain yang berisiko. Syarikat penerbangan dan pengendali lapangan terbang juga disarankan untuk menyertakan amaran dalam komunikasi pra-penerbangan bagi memaklumkan penumpang tentang sekatan ini. Sumber: Bernama Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: Arab Saudi Memulakan Pembinaan 'Bangunan Terbesar' Di Dunia Pelancongan: Ingin melancong ke Dubai? Lihat promosi pakej pelancongan ke Dubai Tags bagasi airport caam skuterbagasi klia TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan
- 270225 Pantai Paling Bersih Di Dunia | Musafir Sedunia
Taman tema paling mendebarkan di dunia | 5 most thrilled theme park in the world Informasi 5 Taman Tema Utama Paling Thrill Di Dunia Roller Coaster di Taman Tema Six Flags Magic Mountain, Valencia, California merupakan antara roller coaster paling mendebarkan di dunia. Kredit Foto: KTLA Oleh Team Musafir Sedunia 6 Januari 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Taman tema merupakan antara salah satu pusat tarikan pilihan kebanyakan pelancong sekiranya ke sesuatu destinasi. Kebanyakan bandar-bandar besar seluruh dunia mempunyai taman tema tersendiri yang mampu memenuhi keinginan mereka yang gemarkan hiburan dan aksi mendebarkan seperti 'roller coaster' atau permainan taman tema yang mengujakan. Apa yang pasti, setiap taman tema menyediakan rekreasi atau pengalaman berbeza serta mengujakan kepada pengunjung-pengunjung mereka. Berikut ialah pandangan lebih dekat pada beberapa taman tema paling 'thrill' atau paling mendebarkan yang wajib untuk dilawati bagi penggemar taman tema dan 'roller coaster'. 1. Cedar Point (Sandusky, Ohio, Amerika Syarikat) Dikenali sebagai "Ibukota Roller Coaster Dunia," Cedar Point adalah taman tema yang wajib dikunjungi oleh mana-mana peminat 'roller coaster'. Dibina pada tahun 1870, ia merupakan salah satu taman hiburan yang beroperasi tertua di Amerika Syarikat, seluas 364 ekar dengan 71 permainan taman tema yang menyeronokkan, termasuk 17 'roller coaster'. Taman ini adalah pusat kepada roller coaster yang terkenal di dunia seperti Millenium Force dan Steel Vengeance, yang memberikan pengalaman mengujakan dan mendebarkan kepada pengunjungnya. Sebuah roller coaster yang dikenali sebagai Siren's Curse, yang akan dijangka mula beroperasi pada tahun 2025, akan menjadi roller coaster paling tinggi, laju dan tergantung di dunia. Baca: 5 Persepsi Umum Terhadap Backpackers Siren's Curse, roller coaster paling tergantung di dunia dijangka beroperasi pada 2025 di Taman Tema Cedar Point. Kredit foto: Getty 2. Universal's Islands of Adventure (Orlando, Florida, Amerika Syarikat) Universal's Islands of Adventure, yang merupakan sala satu siri taman tema Universal Orlando Resort, dibuka pada tahun 1999 dan sememangnya terkenal dengan permainan taman tema yang menarik dan mengujakan. Taman ini termasuk Wizarding World of Harry Potter, di mana pengunjung boleh meneroka bangunan dan bandar ikonik dari siri yang digemari. Tarikan taman tema yang popular, VelociCoaster, permainan roller coaster bertemakan Jurassic World, menonjol sebagai salah satu roller coaster terpantas di dunia. Terdapat 6 roller coaster lain yang turut memberi pengalaman mendebarkan dan mengujakan di taman tema ini. 3. Six Flags Magic Mountain (Valencia, California, Amerika Syarikat) Mempunyai roller coaster yang terbanyak dalam satu taman tema iaitu sebanyak 20 roller coaster, Six Flags Magic Mountain ialah syurga bagi mereka yang penggemar roller coaster yang ingin mencari keseronokan. Terletak berhampiran Los Angeles, ia merupakan antara taman tema dengan tarikan roller coaster paling popular di dunia. Taman tema Six Flag mempunyai 27 taman tema di seluruh dunia kebanyakannya di Amerika Syarikat dan Canada. 4. Ferrari World (Abu Dhabi, UAE) Ferrari World, dibuka pada 2010, ialah taman tema berjenama Ferrari pertama di dunia dan menggabungkan keseronokan roller coaster berkelajuan tinggi dengan pelbagai tarikan permaina yang mesra keluarga. Formula Rossa, roller coaster terpantas di dunia, berada di taman tema ini yang mana membolehkan pengunjung mengalami pecutan sehingga 240 km/j (149 mph) dalam beberapa saat sahaja. Di sebalik permainan roller coaster ini, pengunjung boleh menerokai pameran menarik yang mempamerkan sejarah automotif Ferrari, menjadikan taman tema ini gabungan unik hiburan dan pendidikan. Velocicoaster di Universal's Island of Adventure, Florida, Amerika Syarikat. Kredit Foto: Orlando Informer 5. Europa-Park (Rust, Jerman) Sebagai taman tema terbesar di Jerman, Europa-Park terkenal dengan tarikan berkualiti tinggi dan taman tema yang menghiburkan. Taman tema ini merangkumi 15 kawasan yang bertema Eropah, menawarkan peluang kepada pengunjung untuk mengalami pelbagai budaya di samping tunggangan yang mendebarkan. Tarikan terkenal termasuk Silver Star, salah satu roller coaster tertinggi dan terpantas di Eropah, yang mencapai kelajuan 130 km/j (81 mph). Europa-Park menawarkan perincian dan persekitaran yang mengujakan menjadikannya destinasi yang popular untuk mereka yang mencari keseronokan. Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 7 fakta menarik mengenai negara Korea Selatan Pelancongan: Ingin melancong ke Taiwan? Lihat promosi pakej pelancongan ke Taiwan Tags rollercoaster themepark thrill tamantema TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025 Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan
- Melancong atau mengembara sendirian | Musafir Sedunia
Melancong atau mengembara sendirian?Mana satu pilihan anda? | Traveling or traveling alone? Which one do you prefer? Informasi Melancong Atau Mengembara Sendirian Kebebasan Atau Tiada Pilihan? Mengembara solo merupakan satu kebiasaan pada masa kini. Kredit foto: Quora Oleh Team Musafir Sedunia 6 Januari 2025 Facebook X (Twitter) WhatsApp Salin Pautan Kongsi Artikel Solo traveler atau pengembara solo, merupakan individu yang bergerak atau bermusafir secara berseorangan tanpa ditemani oleh individu lain. Perjalanan secara solo biasanya dibuat oleh individu ke destinasi di atas urusan kerja, pembelajaran atau keluarga tetapi untuk bergerak secara solo bagi urusan melancong terutama ke luar negara, ianya bukan sesuatu yang dianggap biasa bagi masyarakat di negara ini. Apabila pengembara solo kali pertama mengumumkan hasrat mereka untuk mengembara sendirian, mereka sering menghadapi banyak soalan daripada keluarga dan rakan-rakan. Perkara utama ialah, "mengapa"? Persepsi masyarakat yang menganggap mengembara secara solo sebagai sesuatu yang tidak normal semestinya tidak membantu bagi individu yang ingin mencari kelainan atau kepuasan dalam melancong atau mengembara terutamanya di destinasi yang tidak pernah dijejaki. Mungkin bagi kebanyakan orang, bergerak secara berseorangan memberi tanggapan buruk terhadap individu tersebut seperti seorang yang ‘introvert’, tiada teman atau pentingkan diri. Pemikiran negatif lain seperti risau merasa sunyi jika keseorangan, sentiasa memerlukan orang lain dalam pelbagai keadaan dan tiada keyakinan diri turut menyumbang kepada anggapan tidak normal untuk mengembara secara solo. Baca: 7 negara yang selamat untuk dilawati oleh solo traveler Mengembara tanpa had antara kelebihan pengembaraan solo. Kredit foto: Eviva Tour Mengembara secara solo ternyata merupakan sesuatu yang menyeronokkan dan menjanjikan pengalaman yang lain berbanding mengembara secara berkumpulan atau bersama individu lain. Berikut antara sebab dan kelebihan mengembara secara solo: 1) Kebebasan Anda mempunyai kawalan penuh ke atas jadual perjalanan anda. Nak tukar pelan last minute? Perlu ke lokasi yang tidak begitu diminati?Majoriti ingin makan di restoran dengan menu yang tidak menepati citarasa anda? Perlu mengikut ahli kumpulan lain untuk shopping berjam lamanya? Anda dapat elakkan semua ini dengan kebebasan sebagai pengembara solo. Mengapa perlu terikat sedangkan anda sudah menghabiskan ribuan duit anda untuk ke destinasi pilihan anda? 2) Potensi Diri Perjalanan solo membolehkan anda mengetahui lebih lanjut tentang diri anda. Anda akan menghadapi cabaran, perlu membuat keputusan dan berhadapan perkara yang tidak dijangka. Anda akan dapati anda adalah lebih baik daripada apa yang anda fikir seterusnya menjadikan anda seorang yang lebih berpengalaman dan tidak panik dalam pelbagai situasi atau keadaan di masa kan datang. 3) Bertemu Orang Baru Apabila anda bersendirian, adalah lebih mudah untuk anda bertegur sapa dengan individu lain. Anda akan bertemu rakan pengembara, penduduk tempatan dan pekerja di premis yang anda lawati. Bertanya arah, maklumat, cadangan atau meminta bantuan untuk mengambil foto anda daripada individu lain dapat membiasakan diri anda dengan persekitaran di lokasi destinasi anda. Jika anda bertuah, anda dapat berkenalan dengan individu tempatan atau pengembara asing seterusnya meluaskan ‘networking ’ anda. Penginapan hostel antara pilihan utama penginapan pengembara solo. Kredit Foto: The Packable Life 4) Lawatan lebih komprehensif Perjalanan solo membuatkan anda mampu untuk melawat ke banyak tempat dalam sesuatu masa seterusnya menjadikan perjalanan anda lebih berbaloi tanpa terikat dengan kelewatan masa yang disebabkan oleh individu lain. Penjimatan masa semestinya sangat berharga untuk pengembara solo. 5) Penjimatan Kos Disebabkan semuanya dirancang oleh anda sendiri, anda mampu menjimatkan kos perjalanan anda untuk penginapan, pengangkutan, makanan serta perbelanjaan di lokasi pelancongan. Berdasarkan semua kelebihan di atas, semestinya mengembara secara solo untuk melancong adalah sesuatu yang menarik dan berbaloi. Seperti kebanyakan perkara, perancangan dan penelitian perlu dibuat sebelum anda merancang untuk mengembara atau melancong. Faktor kewangan, keselamatan negara destinasi, kesihatan diri dan banyak lagi perlu diambil kira untuk bermusafir secara solo. Ada pengalaman atau kenangan manis mengembara secara solo? Berikan komen anda pada ruangan komen Facebook atau X kami. Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia. Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda. Baca: 7 fakta menarik mengenai negara Korea Selatan Pelancongan: Ingin melancong ke Jepun? Lihat promosi pakej pelancongan ke Jepun Tags Backpacker pengembarasolo Solotraveler Backpack Hostel TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA Berita Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik 26 Mac 2025 Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik Informasi 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers 16 Februari 2025 5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers Tips Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara 28 Februari 2025 Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara Destinasi 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan 12 Februari 2025 7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan Tips & Info Penerbangan Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan 20 Februari 2025