top of page

Berita

Pesawat A330neo Malaysia Airlines Kembali Beroperasi Selepas  48 jam

Dihentikan Operasi Akibat Kerosakan Komponen

aff736f4a11681949d2460ad374800f86691e5aba5000.webp

Pesawat Malaysia Airline A330neo.  Sumber: Bernama

Oleh Team Musafir Sedunia

26 Disember 2024

Kongsi Artikel

Pesawat Airbus A330neo baru Malaysia Airlines Kembali beroperasi dengan penerbangan pertamanya ke Kuching, Sarawak yang berlepas dari Kuala Lumpur pada  malam Krismas semalam. Pesawat dengan pendaftaran 9M-MNG berhenti beroperasi sejak Sabtu lalu untuk tempoh 48 jam selepas kembali ke Kuala Lumpur dari Melbourne, Australia. 

Pesawat A330neo tersebut juga meneruskan operasi seperti biasa dan terbang ke Melbourne hari ini, lapor Business Times. 

Agensi pengesanan pesawat FlightRadar24 menunjukkan bahawa pesawat A330neo mengendalikan penerbangan MH2528 ke Kuching dan berlepas dari KLIA pada pukul 7.28 petang 24 Disember. 

97c31850354440d3391476c65ca5c27c6658b6f7d15ba.webp

Malaysia Airlines membatalkan Penerbangan pesawat tersebut ke Melbourne pada 21 Disember berikutan masalah teknikal komponen. 

Pesawat itu, yang dikuasakan oleh enjin Rolls-Royce Trent 7000, mengalami beberapa kerosakan teknikal berikutan penerbangan sulungnya dari Kuala Lumpur ke Melbourne pada 19 Disember. 

Rolls-Royce mengenal pasti komponen yang rosak sebagai punca masalah, dengan penggantian bahagian sedang berjalan, sementara Airbus juga menawarkan sokongan untuk masalah teknikal pesawat. 

Follow page kami Musafir Sedunia di  Facebook  &  X  untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia.

Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda.

2758558.png
follow-us-on-x-icon.png
follow-us-on-instagram-sign-button-vector-50150557.png

TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA

Itenary korea.jpg
Berita

Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik

26 Mac 2025

Itenary korea.jpg
Informasi

5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers

16 Februari 2025

Itenary korea.jpg
Tips

Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara

28 Februari 2025

Itenary korea.jpg
Destinasi

7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan

12 Februari 2025

Itenary korea.jpg
Tips & Info Penerbangan

Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan

20 Februari 2025

Musafir Sedunia.jpg

Ikuti Kami

  • Facebook
  • X
  • Instagram

INFO, TIPS & BERITA PELANCONGAN / TRAVEL

 

© 2024 by Musafir Sedunia. All Rights Reserved.

Daftar Untuk Langgan Info Terkini di Email

Terima Kasih Kerana Melanggan!

bottom of page