top of page

Info & Tips Penerbangan

Menara Kawal Udara Di Lapangan Terbang

Apakah Peranan Dan Fungsinya?

Bkk_airport.jpg

Menara kawalan udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok, Thailand . Kredit foto: Seasia

Oleh Team Musafir Sedunia

5 Disember 2024

Kongsi Artikel

Setiap lapangan terbang mempunyai menara kawalan udara yang berfungsi untuk mengawal trafik penerbangan di lapangan terbang tersebut. Menara kawalan udara sememangnya jelas kelihatan di kawasan lapangan terbang berikutan tiada struktur tinggi berada dalam lingkungan yang terdekat menjadikan kawalan trafik pesawat lebih mudah. Jadi bagaimanakah menara kawalan udara ini berfungsi untuk memastikan trafik penerbangan menjadi lancar? Berikut adalah tugasan penting menara kawalan trafik:

 

1. Menguruskan Pergerakan Pesawat di Landasan

 

Menara kawalan trafik mengawal pergerakan pesawat di landasan dan laluan teksi, memastikan operasi yang selamat dan cekap. Ia memastikan pergerakan pesawat mengikut aturan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kelewatan penerbangan dan tiada risiko perlanggaran di antara pesawat.

2. Proses Berlepas dan Mendarat

 

Menara kawalan trafik udara memberi kebenaran untuk pelepasan dan pendaratan setiap pesawat selepas memastikan semua proses adalah lancar serta berkomunukasi dengan pihak approach controllers bagi mengurus aliran pelepasan dan pendaratan pesawat.

 

3. Memantau Ruang Udara

 

Menara kawalan trafik semestinya memantau ruang udara di sekitar lapangan terbang, menggunakan radar dan pemerhatian visual untuk mengesan kedudukan pesawat dan memastikan jarak selamat dikekalkan. Arahan untuk mendarat atau melaksanakan go-around procedure adalah berdasarkan daripada pemantauan menara kawalan udara terhadap situasi semasa ruang udara lapangan terbang tersebut.

inside air traffic control tower.webp

Gambaran ruang operasi di dalam menara kawalan trafik udara . Kredit foto: Reddit

4. Komunikasi

 

Menara kawalan udara mengekalkan komunikasi berterusan dengan juruterbang, memberikan maklumat penting seperti kemas kini cuaca, keadaan landasan dan sebarang perubahan dalam prosedur pelepasan atau pendaratan.

 

5. Pengendalian Kecemasan:

 

Dalam kes kecemasan, pengawal menara menyelaraskan dengan perkhidmatan kecemasan dan memberi juruterbang bimbingan yang diperlukan untuk memastikan penyelesaian yang selamat. Pesawat yang berada dalam situasi kecemasan akan diutamakan untuk proses pendaratan berbanding pesawat lain. 

 

Semestinya tugas utama menara kawalan trafik udara adalah untuk mengekalkan keselamatan dan kecekapan operasi lapangan terbang. Ketepatan masa pesawat anda berlepas dan tiba di lapangan terbang melibatkan banyak proses kerja yang mana salah satunya merupakan tugasan menara kawalan trafik udara.

Follow page kami Musafir Sedunia di  Facebook  &  X  untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia.

Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda.

2758558.png
follow-us-on-x-icon.png
follow-us-on-instagram-sign-button-vector-50150557.png

Tags

airtraficcontrol aircontroltower menarakawalanudara

TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA

Itenary korea.jpg
Berita

Destinasi Pelancongan Paling Popular 2024

18 December 2024

Itenary korea.jpg
Informasi

Tuntutan Cukai Tempatan (Local Tax Refund)

6 December 2024

Itenary korea.jpg
Tips

Terlepas Penerbangan

6 December 2024

Itenary korea.jpg
Destinasi

Gunung Fuji

6 December 2024

Itenary korea.jpg
Tips & Info Penerbangan

7 Tips Memilih Tempat duduk Pesawat

7 December 2024

bottom of page