top of page

Informasi

Melancong Atau Mengembara Sendirian

Kebebasan Atau Tiada Pilihan?

main-qimg-c89f60be381606a3b0577fb85bda66d6-lq.jpg

Mengembara solo merupakan satu kebiasaan pada masa kini. Kredit foto: Quora

Oleh Team Musafir Sedunia

29 Ogos 2024

Kongsi Artikel

Solo traveler atau pengembara solo, merupakan individu yang bergerak atau bermusafir secara berseorangan tanpa ditemani oleh individu lain. Perjalanan secara solo biasanya dibuat oleh individu ke destinasi di atas urusan kerja, pembelajaran atau keluarga tetapi untuk bergerak secara solo bagi urusan melancong terutama ke luar negara, ianya bukan sesuatu yang dianggap biasa bagi masyarakat di negara ini. 

 

Apabila pengembara solo kali pertama mengumumkan hasrat mereka untuk mengembara sendirian, mereka sering menghadapi banyak soalan daripada keluarga dan rakan-rakan. Perkara utama ialah, "mengapa"? Persepsi masyarakat yang menganggap mengembara secara solo sebagai sesuatu yang tidak normal semestinya tidak membantu bagi individu yang ingin mencari kelainan atau kepuasan dalam melancong atau mengembara terutamanya di destinasi yang tidak pernah dijejaki. Mungkin bagi kebanyakan orang, bergerak secara berseorangan memberi tanggapan buruk terhadap individu tersebut seperti seorang yang ‘introvert’, tiada teman atau pentingkan diri. Pemikiran negatif lain seperti risau merasa sunyi jika keseorangan, sentiasa memerlukan orang lain dalam pelbagai keadaan dan tiada keyakinan diri turut menyumbang kepada anggapan tidak normal untuk mengembara secara solo.

Hoi-An-Handicraft-Workshop-1000x565.jpg

Mengembara tanpa had antara kelebihan pengembaraan solo. Kredit foto: Eviva Tour

Mengembara secara solo ternyata merupakan sesuatu yang menyeronokkan dan menjanjikan pengalaman yang lain berbanding mengembara secara berkumpulan atau bersama individu lain. Berikut antara sebab dan kelebihan mengembara secara solo:

 

1) Kebebasan

 

Anda mempunyai kawalan penuh ke atas jadual perjalanan anda. Nak tukar pelan last minute? Perlu ke lokasi yang tidak begitu diminati?Majoriti ingin makan di restoran dengan menu yang tidak menepati citarasa anda? Perlu mengikut ahli kumpulan lain untuk shopping berjam lamanya? Anda dapat elakkan semua ini dengan kebebasan sebagai pengembara solo. Mengapa perlu terikat sedangkan anda sudah menghabiskan ribuan duit anda untuk ke destinasi pilihan anda? 

2) Potensi Diri

 

Perjalanan solo membolehkan anda mengetahui lebih lanjut tentang diri anda. Anda akan menghadapi cabaran, perlu membuat keputusan dan berhadapan perkara yang tidak dijangka. Anda akan dapati anda adalah lebih baik daripada apa yang anda fikir seterusnya menjadikan anda seorang yang lebih berpengalaman dan tidak panik dalam pelbagai situasi atau keadaan di masa kan datang.

 

3) Bertemu Orang Baru

 

Apabila anda bersendirian, adalah lebih mudah untuk anda bertegur sapa dengan individu lain. Anda akan bertemu rakan pengembara, penduduk tempatan dan pekerja di premis yang anda lawati. Bertanya arah, maklumat, cadangan atau meminta bantuan untuk mengambil foto anda daripada individu lain dapat membiasakan diri anda dengan persekitaran di lokasi destinasi anda. Jika anda bertuah, anda dapat berkenalan dengan individu tempatan atau pengembara asing seterusnya meluaskan ‘networking’ anda.

differences-hostel-hotel.jpeg

Penginapan hostel antara pilihan utama penginapan pengembara solo. Kredit Foto: The Packable Life

4) Lawatan lebih komprehensif

 

Perjalanan solo membuatkan anda mampu untuk melawat ke banyak tempat dalam sesuatu masa seterusnya menjadikan perjalanan anda lebih berbaloi tanpa terikat dengan kelewatan masa yang disebabkan oleh individu lain. Penjimatan masa semestinya sangat berharga untuk pengembara solo. 

5) Penjimatan Kos

 

Disebabkan semuanya dirancang oleh anda sendiri, anda mampu menjimatkan kos perjalanan anda untuk penginapan, pengangkutan, makanan serta perbelanjaan di lokasi pelancongan.


Berdasarkan semua kelebihan di atas, semestinya mengembara secara solo untuk melancong adalah sesuatu yang menarik dan berbaloi. Seperti kebanyakan perkara, perancangan dan penelitian perlu dibuat sebelum anda merancang untuk mengembara atau melancong. Faktor kewangan, keselamatan negara destinasi, kesihatan diri dan banyak lagi perlu diambil kira untuk bermusafir secara solo. Ada pengalaman atau kenangan manis mengembara secara solo? Berikan komen anda pada ruangan komen Facebook atau X kami.

Follow page kami Musafir Sedunia di  Facebook  &  X  untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia.

Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda.

2758558.png
follow-us-on-x-icon.png
follow-us-on-instagram-sign-button-vector-50150557.png

Tags

Backpacker pengembarasolo Solotraveler Backpack Hostel

TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA

Itenary korea.jpg
Berita

Destinasi Pelancongan Paling Popular 2024

18 December 2024

Itenary korea.jpg
Informasi

Tuntutan Cukai Tempatan (Local Tax Refund)

6 December 2024

Itenary korea.jpg
Tips

Terlepas Penerbangan

6 December 2024

Itenary korea.jpg
Destinasi

Gunung Fuji

6 December 2024

Itenary korea.jpg
Tips & Info Penerbangan

7 Tips Memilih Tempat duduk Pesawat

7 December 2024

bottom of page