top of page

Informasi

Kuota Haji Mengikut Negara

Bagaimana Pembahagian Kuota Dibuat

O6L5GBB4FS6UAP2QOUJ7QNLUEE.jpg

Terminal Ketibaan Haji di Jeddah, Arab Saudi. Foto: The National

Oleh Team Musafir Sedunia

1 Disember 2024

Kongsi Artikel

Haji merupakan ibadah yang penting kepada umat Islam dan salah satu rukun Iman yang wajib dipatuhi sekiranya berkemampuan. Ibadah yang mana pelaksanaannya dilakukan di Kota Mekah selama 5 hari bermula 8 sehingga 12 Zulhijjah mengikut Kalendar Hijrah Islam, seterusnya menjadikan Mekah sebagai destinasi tumpuan untuk ibadah ini pada satu-satu masa. Justeru itu, kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota untuk jumlah bilangan jemaah yang dibenarkan untuk menunaikan ibadah haji saban tahun mengikut negara di seluruh dunia.

 

Kuota haji bagi setiap negara ditentukan oleh kerajaan Arab Saudi berdasarkan penduduk Islam negara tersebut. Secara amnya, peraturannya adalah untuk memperuntukkan seorang jemaah haji bagi setiap 1,000 orang Islam. Sistem ini telah dipersetujui pada mesyuarat menteri luar Pertubuhan Persidangan Islam pada tahun 1987 sehingga kini. Ini memastikan pengagihan yang adil dan membolehkan umat Islam dari seluruh dunia menyertai ibadah haji.

1704616-1238722056.jpg

Suasana di Mina, Arab Saudi ketika musim haji . Kredit foto: Arab News Pakistan

Setiap negara kemudiannya menguruskan kuota yang diperuntukkan, berdasarkan prosedur yang ditetapkan oleh pihak berkuasa setiap negara. Bagi kuota rakyat Malaysia, Tabung Haji merupakan perbadanan yang bertanggungjawab menentukan giliran jemaah untuk menunaikan haji berdasarkan garispanduan dan syarat yang telah ditetapkan.

 

Bagi Musim Haji 2024, kuota untuk pelbagai negara ditentukan berdasarkan populasi penduduk beragama Islam yang direkodkan di negara masing-masing. Berikut ialah kuota bilangan jemaah yang diperuntukkan kepada negara yang berbeza: 

 

Indonesia: 221,000 

Pakistan: 180,000 

India: 175,025

Bangladesh: 127,198

Nigeria: 95,000

Iran: 87,550

Turki: 37,770

Mesir: 35,375

Malaysia: 31,600

Sudan: 32,000

Rusia: 25,000

United Kingdom: 12,348

Amerika Syarikat: 9,504

Berdasarkan peruntukan jemaah di atas, semestinya negara yang mempunyai populasi penduduk beragama Islam yang tinggi diberikan kuota haji yang banyak seperti Indonesia dan Pakistan. Walaubagaimanapun, faktor lain seperti hubungan politik negara tersebut dengan kerajaan Arab Saudi dan permintaan tambahan khas turut mempengaruhi pembahagian kuota jemaah haji dari masa ke semasa. Peningkatan bilangan jemaah menunaikan haji meningkat saban tahun atas permintaan yang kekal tinggi daripada jemaah seluruh dunia.

whatsapp-image-2022-06-26-at-093425_1656

Kemuncak ibadah Haji di Arafah, Arab Saudi. Kredit Foto: NU Online Jabar

Follow page kami Musafir Sedunia di  Facebook  &  X  untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia.

Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda.

2758558.png
follow-us-on-x-icon.png
follow-us-on-instagram-sign-button-vector-50150557.png

Tags

hajj pilgrimage haji umrah mekah

TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA

Itenary korea.jpg
Berita

Destinasi Pelancongan Paling Popular 2024

18 December 2024

Itenary korea.jpg
Informasi

Tuntutan Cukai Tempatan (Local Tax Refund)

6 December 2024

Itenary korea.jpg
Tips

Terlepas Penerbangan

6 December 2024

Itenary korea.jpg
Destinasi

Gunung Fuji

6 December 2024

Itenary korea.jpg
Tips & Info Penerbangan

7 Tips Memilih Tempat duduk Pesawat

7 December 2024

bottom of page