Info & Tips Penerbangan
Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan
Cabaran Penerbangan Merentasi Kawasan Pergunungan
Radar penerbangan menunjukkan hampir tiada pesawat terbang merentasi Banjaran Himalaya. Kredit foto: Aviation Stack Exchange
Oleh Team Musafir Sedunia
2 September 2024
Kongsi Artikel
Banjaran Himalaya, yang menempatkan gunung tertinggi di dunia iaitu Gunung Everest, merupakan banjaran tertinggi di dunia dengan purata ketinggian sebanyak 6100m dan merangkumi keluasan sebanyak 970000 batu persegi dengan keluasan satu perempat daripada negara Amerika Syarikat. Bagi juruterbang pesawat, lokasi ini merupakan lokasi yang wajib dielakkan. Terbang merentasi kawasan pergunungan memberikan cabaran dan risiko untuk pesawat seterusnya mempengaruhi laluan penerbangan dan keputusan operasi yang dibuat oleh juruterbang dan syarikat penerbangan. Walaupun ada kemungkinan untuk pesawat terbang merentasi kawasan ini, beberapa faktor menyumbang kepada keutamaan untuk mengelakkan penerbangan di atas kawasan pergunungan ini . Berikut merupakan faktor yang boleh membahayakan pesawat sekiranya terbang merentasi banjaran ini:
1. Gelora Udara
Gelora udara atau turbulence adalah salah satu risiko utama pesawat apabila terbang di atas kawasan pergunungan. Udara yang mengalir di sekitar pergunungan boleh mewujudkan zon gelora. Fenomena ini membawa kepada "gelombang gunung," di mana perubahan kedudukan altitud pesawat secara tiba-tiba boleh berlaku, menimbulkan risiko kepada kestabilan pesawat. Tambahan lagi, pemanasan di kawasan pergunungan boleh menghasilkan pergolakan terma, dengan kenaikan suhu udara yang boleh merumitkan lagi keadaan penerbangan dan pesawat.
2. Ketinggian Altitud
Faktor altitud adalah kritikal untuk pesawat apabila terbang merentasi kawasan pergunungan. Juruterbang mesti mengekalkan tahap altitud yang selamat atas kawasan pergunungan, yang memerlukan navigasi berterusan bagi menjamin keselamatan pesawat. Selain itu, sekiranya berlaku kegagalan enjin, pendaratan kecemasan adalah sukar di atas pergunungan berbanding kawasan rata, di mana juruterbang biasanya mempunyai lebih banyak alternatif untuk mendaratkan pesawat dengan selamat.
Penerbangan di atas kawasan pergunungan mendedahkan kepada pelbagai risiko. Kredit foto: Airline Ratings
3. Perubahan Cuaca
Pola cuaca di kawasan pergunungan sememangnya mencabar untuk pesawat dan penerbangan. Perubahan cuaca di kawasan pergunungan boleh berlaku secara mendadak yang boleh menjejaskan penglihatan dan kestabilan penerbangan. Awan tebal dan ribut yang kerap berlaku di zon udara atas kawasan pergunungan merumitkan perjalanan pesawat di kawasan berbahaya ini.
4. Regulasi Penerbangan
Peraturan penerbangan mewajibkan altitud selamat minimum, di mana ia boleh menjadi lebih tinggi di kawasan pergunungan berbanding kawasan rata. Ini memerlukan pemantauan dan perancangan yang teliti bagi juruterbang untuk mematuhi peraturan ini. Tambahan lagi, keperluan peraturan khas yang perlu dipatuhi untuk pesawat mendarat di lapangan terbang di kawasan banjaran atau pergunungan sekiranya berlaku keperluan pendaratan kecemasan merumitkan urusan penerbangan pesawat merentasi banjaran atau kawasan pergunungan.
5. Laluan Penerbangan Alternatif
Majoriti syarikat penerbangan kerap mereka memilih laluan alternatif selain banjaran gunung, memilih laluan yang lebih selamat dan lebih rata. Walaupun pesawat moden direka dan mempunyai teknologi untuk mengendalikan pergolakan udara dan ketinggian altitud yang berbeza-beza, risiko yang wujud yang berkaitan dengan kawasan pergunungan kekal sebagai pertimbangan penting dalam perancangan laluan penerbangan.
Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia.
Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda.
Tags
TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA
Informasi
Tuntutan Cukai Tempatan (Local Tax Refund)
6 Januari 2025
Tips
Terlepas Penerbangan
5 Januari 2025
Destinasi
7 Negara Selamat Untuk Pengembara Solo
5 Januari 2025
Tips & Info Penerbangan
Menara kawalan Udara
5 Januari 2025