Info & Tips Penerbangan
Membawa Powerbank Dalam Pesawat
Peraturan Yang Perlu Anda Cakna Dan Patuhi

Powerbank merupakan salah satu keperluan penting untuk setiap pelancong atau pengembara. Kredit foto: SBS
Oleh Team Musafir Sedunia
4 Disember 2024
Kongsi Artikel
Powerbank atau pengecaj mudah alih adalah salah satu aksesori penting untuk setiap pelancong atau pengembara. Keperluan telefon pintar semasa melancong sememangnya memerlukan powerbank dibawa ke mana sahaja bagi mengelak kesulitan gajet ketiadaan sumber kuasa. Justeru itu, anda perlu tahu berkenaan peraturan untuk membawa powerbank untuk menaiki pesawat.
Berikut ialah perkara utama yang perlu anda ketahui untuk membawa powerbank semasa :
Kapasiti Dibenarkan:
Powerbank biasanya dibenarkan untuk dibawa bersama beg/bagasi di dlam kabin pesawat selagi ia memenuhi kriteria tertentu:
-
Kapasiti bateri tidak melebihi 100Wh(Watt-hours) berdasarkan peraturan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan(FAA) & Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa(IATA)
-
Powerbank tidak mengalami kerosakan
-
Mudah diakses untuk pemeriksaan keselamatan.
Anda hanya boleh membawa power bank untuk kegunaan peribadi, bukan untuk dijual atau diedarkan.

Peraturan berkenaan powerbank adalah berbeza di antara pengendali syarikat penerbangan . Kredit foto: Blogger at Large
Penyimpanan :
Anda hanya boleh menyimpan powerbank anda di dalam bagas/beg di dalam pesawat sahaja. Peraturan yang sama digunapakai untuk komputer riba, telefon pintar dan peralatan yang mengandungi bateri boleh dicas semula. Penyimpanan item powerbank di dalam bagasi yang memerlukan check in adalah tidak dibenarkan. Ini ada kerana item yang mengandungi bateri boleh cas semula berisiko untuk menghasilkan letupan seterusnya menghasilkan punca api kebakaran. Tambahan pula, sekiranya ia disimpan di ruangan kargo, sebarang isu berkaitan powerbank berpotensi membahayakan pesawat dan penumpang secara umumnya.
Kuantiti :
Anda tidak boleh membawa power bank dalam kuantiti yang banyak dan perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan anda. Kebanyakan syarikat penerbangan hanya membenarkan seorang penumpang untuk membawa 1 atau 2 sahaja powerbank dalam beg/bagasi mereka pada satu-satu masa. Semak peraturan dengan syarikat penerbangan anda kerana peraturan berkaitan ini adalah berbeza di antara syarikat .
Penggunaan:
Sesetengah syarikat penerbangan tidak membenarkan penumpang menggunakan power bank di dalam kabin pesawat untuk mengecas gajet sebaliknya diminta untuk mengecas menggunakan USB port yang disediakan pada kerusi atau skrin media pesawat.
Adalah penting untuk anda cakna sebagai penumpang untuk peraturan berkaitan powerbank atau peranti elektronik lain untuk dibawa bersama perjalanan pelancongan anda. Rujuk syarikat penerbangan anda untuk info lebih terperinci berkaitan peraturan syarikat.
Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia.
Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda.
Tags
TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA

Informasi
5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers
16 Februari 2025

Tips
Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara
28 Februari 2025

Destinasi
7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan
12 Februari 2025
Tips & Info Penerbangan
Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan
20 Februari 2025