Destinasi
Gunung Fuji Di Jepun
Gunung Paling Popular Di Dunia?
Permandangan Gunung Fuji dan Tasik Kawaguchigo dari Teres Fujiyama di Yamanashi. Kredit foto: Asahi
Oleh Team Musafir Sedunia
6 Disember 2024
Kongsi Artikel
Sebut sahaja negara Jepun, pasti pelbagai perkara yang hadir di minda anda. Jika perkara berkaitan pelancongan ke Jepun, destinasi yang menjadi pilihan paling utama oleh setiap pengunjung ke Jepun adalah Gunung Fuji. Gunung Fuji merupakan gunung yang terletak dalam 100km dari bandaraya Tokyo dan jelas kelihatan dari bandar ini pada cuaca panas tanpa kabus. Merupakan gunung yang tertinggi di Jepun dengan ketinggian 3776 meter, gunung fuji mencatatkan bilangan pendaki melebihi 300,000 orang pada tahun 2023, peningkatan mendadak selepas musim wabak Covid-19 dan lebih tinggi daripada bilangan ketika sebelum musim Covid-19.
Gunung Fuji dari Chureito Pagoda pada musim bunga sakura. Kredit foto: Pinterest
Gunung Fuji mempunyai keunikan dan tarikan yang tersendiri menjadikan ia antara gunung yang popular di dunia. Daya tarikan Gunung Fuji terletak pada beberapa faktor:
1. Ikon Unik Di Puncak Gunung
Gunung Fuji yang sememangnya merupakan ikon kebanggaan Jepun mempunyai bentuk kon simetri yang diselimuti salji di puncaknya pada musim sejuk dan bunga seterusnya menawarkan panorama indah dan unik bagi pengunjung dari sekitar kawasan pegunungan.
2. Kepentingan Budaya
Fuji ialah gunung suci dalam kepercayaan Shinto Jepun. Terdapat ramai pengunjung dan pelancong di kalangan warga tempatan atau luar negara yang melawat ke kawasan pegunungan ini atas faktor hubungan rohani dan spiritual.
3. Pengalaman Mendaki
Mendaki Gunung Fuji ialah salah satu aktiviti wajib buat bagi penggemar aktiviti lasak apatah lagi pendaki tegar. Aktiviti mendaki terutamanya semasa musim panas, menarik ratusan ribu pengunjung untuk aktiviti ini apabila laluan pendakian dibuka.
4. Pandangan Bergambar Dari Puncak
Semestinya bagi pendaki yang berjaya berada di puncak gunung, mereka berpeluang untuk menyaksikan panorama yang tidak ternilai termasuk tasik, hutan dan bandar di sekitar kawasan pegunungan.
5. Latar Belakang Foto
Ini merupakan faktor paling penting bagi kebanyakan pelawat yang berada di sekitar kawasan Gunung Fuji. Adalah menjadi satu kewajiban bagi setiap pengunjung ke Tokyo untuk bergambar berlatarbelakangkan Gunung Fuji bagi tujuan peribadi atau muatnaik ke laman media sosial masing-masing. Ditambah dengan kehadiran daun pohon-pohon sakura di musim bunga menjadikan permandangan Gunung Fuji sangat eksotik dan tidak ternilai keindahannya.
Sebagai destinasi utama pelancong ke Jepun, Gunung Fuji menjadi salah satu faktor tarikan pelancong ke negara matahari terbit tersebut selain membantu menjana ekonomi setempat selain Bandar Tokyo🗻🌸 . Ingin berkongsi pengalaman menarik atau kenangan manis berkunjung ke Gunung Fuji atau ke Jepun? Berikan komen anda di ruangan komen Facebook atau X kami.
Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia.
Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda.