top of page

Destinasi

7 Negara Selamat Untuk Pengembara Solo

Tanpa Perlu Risau Berkenaan Isu Keselamatan Sepanjang Perjalanan

download (1).jpg

Jepun merupakan destinasi pilihan utama untuk pengembara solo. Kredit foto: AFAR

Oleh Team Musafir Sedunia

5 Disember 2024

Kongsi Artikel

Pengembaraan solo bukan sesuatu yang pelik di masa kini dan menjadi pilihan bagi individu yang tidak mahu terikat dengan peraturan melancong secara berkumpulan atau yang ingin bebas untuk ke mana sahaja mengikut masa sendiri. Adalah penting untuk setiap pengembara solo atau solo traveler memilih destinasi yang selamat bagi melancarkan perjalanan dan mengelak daripada perkara yang tidak diingini sepanjang perjalanan. Selain faktor keselamatan, destinasi yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan awam yang bagus, lokasi pelancongan yang mudah diakses serta penginapan dengan harga berpatutan turut menjadi faktor pilihan untuk dilawati oleh pengembara solo. Mengembara secara solo boleh menjadi pengalaman yang sangat berharga dan keselamatan adalah keutamaan bagi kebanyakan pengembara solo. Berikut ialah beberapa negara paling selamat untuk pengembara solo:

                                              

jpg.webp

Switzerland antara destinasi popular di kalangan pengembara solo. Kredit foto: Times of India

1. Jepun 

 

Merupakan destinasi pelancongan popular dengan pelbagai tarikan dan kekayaan kebudayaan yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kebanyakan lokasi di Jepun mencatatkan kadar jenayah yang sangat rendah selain pengangkutan awam yang efisien menjadikan negara ini pilihan utama untuk pengembara solo atau berkumpulan.

2. Singapura

 

Dikenali sebagai City-State, negara berjiran dengan Malaysia ini dikenali antara negara yang paling selamat di dunia di mana anda boleh berjalan di kaki lima sekitar bandar pada waktu lewat malam tanpa perlu risau terhadap isu keselamatan. Undang-undang yang ketat membantu menjadikan lokasi di negara ini selamat dikunjungi oleh pengembara solo mahupun berkumpulan.

3. Switzerland

 

Menawarkan landskap yang menakjubkan, Switzerland juga mencatatkan kadar jenayah yang sangat rendah, pengangkutan awam yang mudah diakses dan rakyatnya yang peramah. Ini merupakan satu destinasi yang boleh dikunjungi oleh pengembara solo yang inginkan pengembaraan outdoor dan menghayati keindahan alam semulajadi. 

4. Canada

 

Penduduk tempatan yang mesra dan destinasi yang pelbagai menjadikan Canada tempat yang mesra untuk pengembara solo. Merupakan negara yang paling selamat di benua Amerika Utara dan menduduki ranking ke-8 negara paling selamat di dunia, selain menawarkan pelbagai tarikan semulajadi serta kebudayaan eksotik, Canada merupakan antara negara yang menjadi pilihan pengembara solo.

27.jpg

Banff National Park di Canada . Kredit foto: Envato

5. Norway

 

Terkenal dengan kualiti hidup dan undang-undang yang ketat, Norway menawarkan keindahan semula jadi yang menakjubkan untuk diterokai oleh pengembara solo. Menjelajah ke serata destinasi di sekitar negara ini menawarkan pengalaman baru serta keselamatan yang terjamin seterusnya menjadikan destinasi ini impian bagi setiap pengembara solo.


6. New Zealand

 

Negara ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Terkenal dengan keindahan panorama alam semulajadi yang memukau, aktiviti luar yang menarik dan penduduk yang mesra, New Zealand adalah pilihan yang selamat dan mencabar untuk pengembara solo. Anda boleh menyewa kenderaan atau Caravan untuk bergerak ke mana sahaja destinasi tanpa perlu memikitkan isu keselamatan berikutan kadar jenayah yang rendah di negara ini.

7. Austria

Negara di tengah benua Eropah ini menawarkan senibina bangunan klasik yang cantik serta permandangan tasik dan gunung yang indah. Dengan kadar jenayah yang rendah dan persekitaran yang memukau, Austria ialah destinasi yang selamat dan menawan untuk diterokai oleh pengembara solo.

Rujukan: britannica.com , factretriever.com , facts.net

Follow page kami Musafir Sedunia di  Facebook  &  X  untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia.

Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda.

2758558.png
follow-us-on-x-icon.png
follow-us-on-instagram-sign-button-vector-50150557.png

Tags

safecountriesforsolotraveler solotraveler japan singapore switzerland

TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA

Itenary korea.jpg
Berita

China Dilanda Wabak Virus HMPV 

3 Januari 2025

Itenary korea.jpg
Informasi

Inflasi Dan Pelancongan

5 Januari 2025

Itenary korea.jpg
Tips

Terlepas Penerbangan

5 Januari 2025

Itenary korea.jpg
Destinasi

Gunung Fuji

4 Januari 2025

Itenary korea.jpg
Tips & Info Penerbangan

Menara kawalan Udara

5 Januari 2025

bottom of page