top of page

Destinasi

7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan

Terdapat Satu-satunya Taman Berkaitan Kesuburan Di Dunia

Seoul City.jpg

Panorama bandaraya Seoul di Korea Selatan. Kredit foto: TEC Taiwan

Oleh Team Musafir Sedunia

3 Disember 2024

Kongsi Artikel

Korea Selatan merupakan salah satu destinasi kegemaran rakyat Malaysia untuk melancong ke luar negara. Faktor sejarah & kebudayaan, pengaruh industri drama & muzik K-Pop, makanan eksotik serta cuaca 4 musim antara faktor penyebab korea popular di kalangan rakyat Malaysia. Di sebalik kesemua tarikan serta faktor di atas, terdapat beberapa fakta unik berkenaan Korea yang mungkin anda belum tahu yang berbeza dengan destinasi pelancongan lain. Berikut adalah di antara beberapa fakta unik berkenaan Korea:

                                              

Gyengbuk Palace US Travel News.jpg

Istana Gyeongbokgung merupakan istana diraja utama Dinasti Joseon (1392 - 1897). 

Kredit foto: US Travel News

1. Sejarah Dinasti Diraja : Seperti kebanyakan negara dan wilayah lain di dunia, Korea pernah ditadbir oleh dinasti diraja selama ribuan tahun bermula dengan dinasti Gojoseon (2333 Sebelum Masihi) dan yang terakhir Empayar Korea sehingga tahun 1910 sebelum penaklukan oleh Empayar Jepun.

2. Asal-usul Nama : Nama "Korea" berasal daripada "Goryeo," iaitu nama salah satu dinasti yang ditubuhkan pada tahun 918. Ia bermaksud "tinggi dan jelas." Tafsiran puitis termasuk "Tanah Pergunungan Tinggi dan Aliran Berkilauan" dan "Tanah Tenang Pagi" .

3. Tiada larangan minum minuman alkohol di tempat awam: Tiada kesalahan bagi seorang individu untuk minum alkohol di khalayak ramai. Orang Korea Selatan boleh membawa bekas terbuka minuman kegemaran mereka tanpa ditahan oleh pihak berkuasa .

4. Obsesi Kosmetik : Sebagai pusat destinasi kosmetik paling popular di dunia, lelaki dan wanita Korea Selatan gemar menggunakan peralatan mekap, di mana jumlah keseluruhan perbelanjaan daripada golongan lelaki adalah hampir AS$900 juta setahun, atau satu perempat daripada kosmetik lelaki di dunia. 20% daripada populasi lelaki Korea dilaporkan kerap menggunakan alat solek .

 

Penis park theworld.org.webp

Taman Zakar yang terkenal di Wilayah Gangwon . Sumber: Theworld.org

5. Taman Zakar : Terdapat sebuah Taman di Haesindang yang penuh dengan patung zakar, dan restoran bertemakan zakar di Deulmusae. Wanita yang baru berkahwin percaya menyentuh hidung patung membawa kesuburan . Taman ini merupakan satu-satunya taman bertemakan zakar di dunia.

6. Lakonan Semula Kejadian Jenayah: Korea Selatan mengamalkan "lakonan semula jenayah" di mana Suspek dibawa ke tempat kejadian dalam keadaan bergari untuk melakonkan semula jenayah secara terbuka, dan mendapat liputan media pada masa yang sama .

7. Jjimjilbang: Gelaran untuk rumah mandian awam ini menawarkan pengalaman bersantai yang unik dengan pelbagai sauna, tab mandi panas dan ruang tidur . Di sini pengunjung akan mandi secara campuran di kolam yang disediakan tanpa mengenakan sebarang pakaian.

Rujukan: britannica.com , factretriever.com , facts.net

Follow page kami Musafir Sedunia di  Facebook  &  X  untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia.

Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda.

2758558.png
follow-us-on-x-icon.png
follow-us-on-instagram-sign-button-vector-50150557.png

Tags

korea southkorea seoul nami kekorea

TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA

Itenary korea.jpg
Berita

Pesawat Jeju Air Terhempas Di Korea Selatan

29 Disember 2024

Itenary korea.jpg
Informasi

Inflasi Dan Pelancongan

24 Disember 2024

Itenary korea.jpg
Tips

Terlepas Penerbangan

25 Disember 2024

Itenary korea.jpg
Destinasi

6 Sebab Selatan Thailand Popular Di Kalangan Rakyat Malaysia

29 Disember 2024

Itenary korea.jpg
Tips & Info Penerbangan

7 Tips Memilih Tempat duduk Pesawat

28 Disember 2024

bottom of page