top of page

Destinasi

6 Sebab Selatan Thailand Jadi Tumpuan Rakyat Malaysia

Mencatatkan Peningkatan Pelawat Selepas Musim Covid-19

4531632314_2ba163613d_edited.jpg

Papan tanda mengalukan kedatangan pelancong di Danok, Thailand. Kredit foto: Taufulou

Oleh Team Musafir Sedunia

4 Disember 2024

Kongsi Artikel

Tidak keterlaluan untuk mengatakan Thailand adalah destinasi luar negara paling popular yang dikunjungi oleh Rakyat Malaysia. Berdasarkan statistik pelancongan ke Thailand pada tahun 2023, pelancong Malaysia merupakan pelawat yang paling ramai memasuki Thailand dengan kemasukan lebih daripada 4 juta pelancong sahaja bagi tahun tersebut. Ditambah dengan faktor pembukaan semula sempadan selepas lebih 2 tahun perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat Covid-19 turut menyumbang kepada peningkatan rakyat Malaysia melancoing ke luar negara termasuk Thailand. Ketika musim cuti Krismas dan Hujung tahun 2023 sempena tahun baru 2024, Bandar Hatyai sahaja mencatatkan kemasukan pelancong sebanyak lebih 20,000 orang sehari dan dianggarkan menyumbang sebanyak RM2 billion Baht (RM270 juta) kepada ekonomi tempatan.

                                              

Hatyai-thailand-fb.jpg

Pasar terapung Khlong Hae yang popular di Hatyai, Thailand. Kredit foto: Pinterest

Berikut adalah antara sebab mengapa Selatan Thailand menjadi destinasi pelancongan popular di kalangan rakyat Malaysia: atas beberapa sebab:

 

1. Jarak Perjalanan Yang Dekat:

 

Selatan Thailand mudah diakses dari Malaysia sebagai negara yang berjiran dengan Malaysia , menjadikannya destinasi pelancongan yang mudah dikunjungi. Mudah diakses melalui jalan darat menggunakan kenderaan , penerbangan singkat dengan harga berpatutan juga turut memudahkan pelawat dari Malaysia ke lokasi-lokasi popular seperti Hat Yai, Krabi dan Phuket². Selatan Thailand sememangnya menjadi destinasi popular untuk kumpulan kenderaan atau permotoran untuk membuat ekspidisi konvoi dalam kumpulan yang besar.

 

2. Ikatan Budaya dan Sejarah:

 

Terdapat hubungan budaya dan sejarah yang kukuh antara Selatan Thailand dan Malaysia. Masyarakat Melayu di Selatan Thailand berkongsi tradisi, bahasa dan agama yang serupa dengan rakyat Malaysia terutama rakyat yang tinggal di kawasan yang bersempadan dengan negara tersebut. 

 

3. Kos Pelancongan dan Perjalanan Berpatutan:

 

Thailand menawarkan pelbagai pilihan perjalanan mampu milik, daripada penginapan bajet kepada makanan dan kos aktiviti membeli-belah dengan harga murah, menjadikannya destinasi menarik bagi rakyat Malaysia yang mencari percutian yang menjimatkan. 

 

4. Pantai dan Pulau yang Cantik:

 

Selatan Thailand terkenal dengan pantai dan pulau yang cantik dengan permandangan yang menakjubkan, seperti Kepulauan Phi Phi, Koh Samui dan Pantai Railay. Destinasi ini sesuai untuk bersantai, aktivit sukan air dan menikmati keindahan pemandangan. 

 

5. Pelbagai pilihan Membeli-belah dan Variasi Makanan:

 

Bandar seperti Hat Yai dan Danok terkenal dengan pasar yang menjual pelbagai barangan dan makanan jalanan yang lazat, yang merupakan tarikan utama bagi pelancong Malaysia. Selatan Thailand turut menawarkan banyak pilihan untuk makanan halal seterusnya memberi pengalaman berbeza kepada pelancong Malaysia yang berkunjung ke sini.

 

6. Perayaan dan Acara:

 

Selatan Thailand menganjurkan pelbagai festival dan acara kebudayaan yang menarik minat rakyat Malaysia, seperti Festival Songkran dan Loy Krathong yang kerap dikunjungi oleh jutaan pelancong saban tahun.

 

Faktor-faktor ini, digabungkan dengan layanan mesra rakyat Thailand, menjadikan Selatan Thailand destinasi kegemaran ramai rakyat Malaysia.

 

Ingin berkongsi pengalaman atau pendapat anda setelah mengunjungi negara Thailand?Berikan komen anda pada ruangan komen Facebook atau X kami.

Follow page kami Musafir Sedunia di  Facebook  &  X  untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia.

Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda.

2758558.png
follow-us-on-x-icon.png
follow-us-on-instagram-sign-button-vector-50150557.png

Tags

thailand selatanthai hatyai Danok Krabi

TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA

Itenary korea.jpg
Berita

Pesawat Jeju Air Terhempas Di Korea Selatan

29 Disember 2024

Itenary korea.jpg
Informasi

Inflasi Dan Pelancongan

24 Disember 2024

Itenary korea.jpg
Tips

Terlepas Penerbangan

25 Disember 2024

Itenary korea.jpg
Destinasi

6 Sebab Selatan Thailand Popular Di Kalangan Rakyat Malaysia

29 Disember 2024

Itenary korea.jpg
Tips & Info Penerbangan

7 Tips Memilih Tempat duduk Pesawat

28 Disember 2024

bottom of page