Berita
Permohonan ETA Diperlukan
Untuk Perjalanan Memasuki United Kingdom

Permohonan ETA perlu dibuat secara atas talian melalui laman web atau aplikasi sah. Kredit Foto: Daily Mail
Oleh Team Musafir Sedunia
4 Januari 2025
Kongsi Artikel
Bermula 8 Januari 2025, pelawat dari 48 negara, termasuk Malaysia, memerlukan Electronic Travel Authorization (ETA) untuk memasuki United Kingdom (UK). Peraturan baru ini diperkenalkan untuk meningkatkan keselamatan sempadan dan terpakai kepada lawatan singkat kurang dari enam bulan untuk tujuan seperti pelancongan, perniagaan, kajian jangka pendek, dan penglibatan berbayar yang dibenarkan.
Negara-negara yang terkesan dengan keperluan baru ini selain Malaysia adalah Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Jepun, Korea Selatan dan Singapura. Warganegara dari negara Kesatuan Eropah (EU) juga memerlukan ETA untuk memasuki UK mulai 2 April, tetapi bagi warganegara EU yang bermastautin di UK dikecualikan daripada syarat ini.

Kaunter pemeriksaan imigresen di salah satu lapangan terbang di United Kingdom. Kredit Foto: The Local
ETA sah selama dua tahun dan dihubungkan secara digital dengan paspot pelancong. Walau bagaimanapun, jika anda mendapat paspot baru dalam tempoh dua tahun, anda perlu memohon ETA baru.
Cara Memohon:
Kos: 10 Pound (kira-kira RM60).
Proses: Memohon dalam talian atau melalui aplikasi rasmi kerajaan UK.
Keperluan: Muat naik foto ukuran paspot, imbas gambar diri anda, dan jawab soalan berkaitan perjalanan.
Masa: Proses permohonan biasanya mengambil masa kira-kira 20 minit.
Kelulusan: Jangkaan dikeluarkan dalam masa tiga hari, tetapi anda dinasihatkan untuk memohon lebih awal untuk mengelakkan kelewatan.
Walaupun sistem ETA ini melaksanakan proses saringan kemasukan kepada semua pelawat ke UK, kelulusan kemasukan setiap individu ke UK tetap tertakluk kepada kelulusan oleh pegawai imigresen di pusat pemeriksaan imigresen seluruh negara. Setiap individu pelawat perlu membuat permohonan rasmi di laman web atau aplikasi sah kerajaan UK bagi mengelakkan penipuan atau ditolak memasuki UK sekiranya permohonan dibuat selain daripada 2 saluran ini.
Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia.
Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda.
TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA

Berita
Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik
26 Mac 2025

Informasi
5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers
16 Februari 2025

Tips
Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara
28 Februari 2025

Destinasi
7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan
12 Februari 2025
Tips & Info Penerbangan
Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan
20 Februari 2025