Tahukah Anda?
Jangka Hayat Bateri Telefon Pintar
Tip Bantu Tingkatkan Jangka Hayat Bateri

Kepentingan telefon pintar pada masa kini menyukarkan keadaan seseorang individu sekiranya ketiadaan sumber bateri. Kredit foto: Ovif
Oleh Team Musafir Tech
27 Januari 2025
Kongsi Artikel
Bateri merupakan komponen paling penting untuk sesuatu gajet seperti telefon pintar dan tablet. Pada masa kini, telefon pintar atau tablet dianggap sebagai satu keperluan kehidupan di mana kehidupan mungkin menjadi tidak lengkap tanpa kedua-dua peranti ini. Penjagaan bateri telefon pintar mahupun tablet amatlah penting bagi memastikan kapasiti bateri tidak menurun dari masa ke semasa dan penggunaan bateri dapat dioptimalkan secara berterusan. Penjagaan bateri amat perlu bagi meningkatkan jangka hayat peranti pintar anda untuk kegunaan jangka masa panjang.
Berikut ialah beberapa cara untuk yang anda boleh praktikkan untuk meningkatkan jangka hayat bateri telefon pintar atau tablet anda:
1. Power Saving Mode
Aktifkan Power Saving Mode (mod penjimatan kuasa) untuk hadkan perkhidmatan rangkaian, syncing dan lokasi. Telefon pintar anda akan berada pada keadaan operasi minima untuk mengurangkan penggunaan bateri. Sesetengah aplikasi atau rangkaian tidak dapat digunakan sekiranya mod ini diaktifkan.
2. Laraskan Kecerahan Skrin
Kurangkan kecerahan skrin anda. Pastikan juga untuk tidak mengaktifkan kecerahan automatik, yang kadangkala membuatkan paparan skrin lebih terang daripada yang diperlukan.
3. Gunakan Tema Gelap
Tema gelap menggunakan lebih sedikit kuasa pada skrin . Gunakan wallpaper dan tema gelap untuk menjimatkan hayat bateri.

Penggunaan battery saver amatlah penting sekiranya anda berada di luar fasiliti untuk tempoh masa yang lama. Kredit foto: Technative
4. Pendekkan Masa Sleep Skrin
Tetapkan skrin anda untuk berada dalam sleep atau tidak aktif lebih cepat apabila tidak digunakan. Mod sleep atau skrin tidak aktif membantu menjimatkan bateri.
5. Kenalpasti Aplikasi Tidak Digunakan
Semak aplikasi yang menggunakan paling banyak bateri dan aplikasi yang masih berjalan walaupun tidak digunakan pada background perisian. Pastikan semua aplikasi ditutup sekiranya tidak menggunakan telefon pintar.
6. Matikan Perkhidmatan Lokasi
Buka Setting lokasi hanya apabila perlu. Aplikasi yang sentiasa menggunakan GPS menggunakan lebihj banyak sumber bateri.
7. Elakkan Kitaran Caj Penuh
Sentiasa caj telefon anda dengan separa caj dan tidak mengecaj sepenuhnya. Mengecas hingga 80-90% adalah lebih baik untuk kesihatan bateri.
8. Pengurusan Prestasi Pintar
Sesetengah telefon menawarkan ciri yang mengoptimumkan prestasi berdasarkan corak penggunaan. Hadkan setting ini untuk hayat bateri yang lebih baik.
Follow page kami Musafir Tech di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan Teknologi dan Sains.
Musafir Tech menawarkan info gadget, komputer serta pelbagai maklumat berkaitan revolusi dan perkembangan teknologi terus kepada anda.