top of page

Berita

Arab Saudi Memulakan Pembinaan 'Bangunan Terbesar' Di Dunia

Bakal Menjadi Ikon Timur Tengah

mukaab radartangsel.jpg

The Mukaab, bangunan bersaiz besar dan unik yang sedang dibina Arab Saudi.  Sumber: Radangtangsel

Oleh Team Musafir Sedunia

6 Disember 2024

Kongsi Artikel

Arab Saudi secara rasminya telah memulakan pembinaan The Mukaab, sebuah bangunan berbentuk kiub monumental dengan ketinggian 400 meter serta mempunyai rekabentuk mengagumkan. Jika siap dibina, The Mukaab akan menjadi struktur terbesar di dunia yang pernah dibina. Terletak di ibu kota Riyadh, pencakar langit ini akan merangkumi dua juta meter persegi ruang lantai yang menakjubkan, bersamaan dengan dua puluh kali ganda bangunan Empire State yang ikonik di New York seterusnya mampu memuatkan sejumlah bangunan tersebut di dalamnya.

Saudi-Arabia-announces-world’s-largest-ever-downtown-13.jpg

Konsep cadangan ruang dalaman The Mukaab. Sumber: New Murabba

The Mukaab diunjurkan menelan perbelanja sekitar AS $50 bilion dan akan berfungsi sebagai pusat daerah bandar baharu yang dikenali sebagai New Murabba. Kawasan yang luas ini akan menampilkan lebih 25 juta meter persegi ruang lantai, termasuk rancangan untuk 104,000 rumah. Pembangunan ini bertujuan untuk menyediakan gabungan unik pengalaman membeli-belah, korporat dan budaya, menjadikannya hab perniagaan, pelancongan dan keluarga. 

Direka bentuk sebagai "destinasi hospitaliti premium," The Mukaab akan mempunyai ruang atrium pusat seterusnya memberikan pengalaman menarik untuk pengunjung dan penduduk. Reka bentuk unik pelbagai rupa bangunan ini dijangka akan menjadi pusat untuk pelbagai sektor perniagaan, memastikan ia menjadi tumpuan untuk pelawat tempatan dan antarabangsa.

Sumber: Hindustan Times

Follow page kami Musafir Sedunia di  Facebook  &  X  untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia.

Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda.

2758558.png
follow-us-on-x-icon.png
follow-us-on-instagram-sign-button-vector-50150557.png

Tags

mukaab newmubadala saudiarabia jeddah icon

TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA

Itenary korea.jpg
Berita

Pemindahan Semua Operasi Penerbangan Domestik

26 Mac 2025

Itenary korea.jpg
Informasi

5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers

16 Februari 2025

Itenary korea.jpg
Tips

Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara

28 Februari 2025

Itenary korea.jpg
Destinasi

7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan

12 Februari 2025

Itenary korea.jpg
Tips & Info Penerbangan

Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan

20 Februari 2025

Musafir Sedunia.jpg

Ikuti Kami

  • Facebook
  • X
  • Instagram

INFO, TIPS & BERITA PELANCONGAN / TRAVEL

 

© 2024 by Musafir Sedunia. All Rights Reserved.

Daftar Untuk Langgan Info Terkini di Email

Terima Kasih Kerana Melanggan!

bottom of page