Berita
Penerbangan MAS ke Paris Disambung Semula
Dijangka Bermula Mac 2025

Pesawat Malaysia Airline A330neo. Sumber: Bernama
Oleh Team Musafir Sedunia
10 Oktober 2024
Kongsi Artikel
Kementerian Pelancongan telah mendapat kelulusan daripada Perancis untuk Malaysia Airlines memulakan semula penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Paris, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Tiong King Sing.
Tarikh tentatif laluan terus ini adalah pada Mac tahun depan, katanya.
“Kami telah mendapat kelulusan yang diperlukan untuk memulakan semula penerbangan terus MAS dari KLIA ke Paris.
“Penerbangan terus ke Paris ini merupakan laluan penting dalam usaha kami untuk mendapatkan lebih ramai pelancong Eropah melawat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.
Tiong berkata beliau memperoleh perjanjian itu semasa menghadiri Forum Pelancongan Dunia di Paris beberapa lepas.
Tiong ialah Ahli Parlimen Bintulu dan presiden Parti Demokratik Progresif di Sarawak.
Beliau juga berkata kementeriannya telah mengatur hubungan dengan agensi pelancongan di Perancis untuk mempromosikan Malaysia.

Lapangan Terbang Charles de Gaulle Paris. Sumber: Medium
Agensi pelancongan ini mempunyai hubungan dengan kira-kira 3,500 ejen pelancongan di Eropah, katanya.
Pada 3 Okt, Tiong mengumumkan kementeriannya telah berjaya mendapatkan perjanjian dengan syarikat penerbangan antarabangsa dan AirAsia untuk membuka banyak penerbangan terus baharu dari luar negara ke destinasi utama di Malaysia.
Laluan penerbangan perintis antaranya termasuk laluan Kenya-KLIA2, Singapura-Melaka, Ho Chi Minh City-Kota Kinabalu, Singapura-Subang, Shenzhen-Pulau Pinang, Lucknow di India-KLIA, dan lain-lain dan juga pengoperasian semula British Airways dari London ke KLIA.
Tiong berkata laluan-laluan penerbangan antarabangsa baharu ini akan beroperasi sebelum akhir tahun ini.
Beliau berkata AirAsia juga akan mengendalikan penerbangan baharu dari beberapa bandar lagi di China, India dan Indonesia ke lapangan terbang utama Malaysia.
“Akan ada 20 laluan baharu yang akan dibuka dalam beberapa bulan akan datang.
"Kenya-KLIA2 akan menjadi laluan penerbangan terus pertama dari Afrika ke Malaysia.
"Laluan British Airways London-KLIA-London sedang dipulihkan selepas 11 tahun.
“Perkembangan baharu ini dijangka membawa masuk lebih ramai pelancong ke Malaysia,” katanya.
Beliau berkata akan ada lebih banyak hubungan udara baharu dengan negara Asean dan Asia, Eropah, Afrika dan negara Timur Tengah.
Sumber: NST Online, Kosmo
Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia.
Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda.
Tags
TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA

Informasi
5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers
16 Februari 2025

Tips
Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara
28 Februari 2025

Destinasi
7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan
12 Februari 2025
Tips & Info Penerbangan
Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan
20 Februari 2025