Berita
Tayang Filem Tidak Senonoh
Syarikat Penerbangan Mohon Maaf

Contoh skrin infotainment dalam kabin penerbangan ekonomi biasa. Sumber: Simple Flying
Oleh Team Musafir Sedunia
4 Disember 2024
Kongsi Artikel
Penumpang dalam sebuah penerbangan ke Tokyo pada minggu lalu mendapat hiburan 'istimewa' dalam penerbangan daripada apa yang ditawarkan apabila filem eksplisit yang memaparkan adegan dan imej eksplisit disiarkan ke setiap skrin.
Masalah teknikal yang berlaku menyebabkan penumpang tidak boleh memilih siaran pilihan mereka, dalam sebuah penerbangan dari Sydney, Australia ke Tokyo, Jepun, menyebabkan kru penerbangan memilih satu filem untuk disiarkan ke seluruh kabin.
Pemilihan filem "Daddio" lakonan Dakota Johnson dan Sean Penn mengejutkan ramai pihak, dan syarikat penerbangan itu, telah membuat permohonan maaf berkenaan insiden memalukan itu.
Menurut satu ulasan, filem itu memaparkan "adegan dan foto yang tidak senonoh, gambar payudara wanita serta dialog dan teks yang berkaitan seks secara
eksplisit."

Pilihan filem pada skrin infotainment penumpang ekonomi. Sumber: The Weekly Departure
Jurucakap syarikat penerbangan berkata: "Filem itu jelas tidak sesuai untuk dimainkan sepanjang penerbangan dan kami memohon maaf kepada pelanggan atas pengalaman ini."
Setelah kesilapan itu berlaku, "semua skrin ditukar kepada filem mesra keluarga untuk sepanjang penerbangan," tambahnya.
"Kami sedang mengkaji bagaimana filem tersebut dipilih."
Sumber: AFP, CNN, CBS News
Follow page kami Musafir Sedunia di Facebook & X untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia.
Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda.
Tags
TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA

Informasi
5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers
16 Februari 2025

Tips
Panduan Membawa Drone Ke Luar Negara
28 Februari 2025

Destinasi
7 Fakta Unik Mengenai Korea Selatan
12 Februari 2025
Tips & Info Penerbangan
Mengelak Terbang Merentasi Pergunungan
20 Februari 2025