top of page

Informasi

5 Persepsi Umum Terhadap Golongan Backpackers

Yang Mungkin Kurang Tepat Terhadap Golongan Ini

Backpacking-Mental-Health Passport mondo.jpg

Membawa beg galas besar merupakan signature seorang backpacker. Kredit Foto: Passport Health

Oleh Team Musafir Sedunia

7 Disember 2024

Kongsi Artikel

Jika sebut berkenaan ‘backpackers’, sudah tentu ada gambaran atau tanggapan berkenaan kumpulan ini. Gambaran yang wujud berkenaan kumpulan atau individu ‘backpacker’ ini adalah warga asing berkulit putih membawa bagasi pengembaraan yang besar di belakang. Ini merupakan gambaran ‘cliche’ yang tidak dapat dielakkan berkaitan golongan backpackers. Bagaimanapun, anda tidak keseorangan berikutan tanggapan terhadap golongan ini bukan sahaja di negara Asia malah di negara barat sendiri. Pelbagai persepsi telah diberikan kepada golongan backpackers ini sehingga mewujudkan salah tanggapan mengenai mereka.
Berikut merupakan beberapa persepsi & salah tanggapan tentang backpackers:

1. Kebanyakan individu backpacker tidak berduit:

 

Ya ini adalah salah tanggapan paling popular terhadap golongan backpackers di mana mereka dianggap golongan yang tiada sumber kewangan mencukupi untuk melancong. Anggapan ini ditambah dengan status kebanyakan backpackers adalah golongan yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan gemar mengembara. Tanggapan ini dikuatkan dengan kejadian di mana terdapat backpackers yang meminta derma untuk meneruskan perjalanan mereka serta ada yang membuat persembahan buskers yang turut meminta derma daripada orang ramai. 
 

Backpack 5 NewsBytes.webp

Antara peralatan dan aksesori yang seing dibawa oleh golongan backpackers . Kredit foto: NewsBytes

2. Backpacker sentiasa jimat berbelanja:

Persepsi ini seiring dengan pengembara backpackers yang sentiasa berpenampilan ringkas semasa melancong. Golongan ini lebih cenderung untuk menginap di hostel, ruang legar lapangan terbang atau di kaki lima bagi menjimatkan perbelanjaan. Golongan ini juga akan menikmati makanan dari peniaga jalanan atau restoran bajet berbanding restoran harga biasa.
Menurut kajian ke atas golongan ini, mereka yang berjimat semasa melancong lebih menghargai pengalaman melancong itu sendiri berbanding membayar untuk kemewahan atau keselesaan.

3. Backpacker adalah pengembara tanpa tujuan:


Backpackers sering dianggap sebagai pelancong yang tidak membuat perancangan pelancongan secara teliti dan lebih kepada ‘menjelajah’ ke mana sahaja laluan yang membawa mereka. Mereka juga lebih gemar untuk mengambil risiko untuk melawat sesuatu destinasi tanpa maklumat yang terperinci.


4. Backpacker semuanya Hippies atau golongan yang suka berpesta:


Backpackers sering digambarkan sebagai golongan yang tidak begitu terurus dari segi kebersihan dan penampilan diri. Disebabkan kebanyakan mereka berambut panjang dan berjambang untuk lelaki dan penampilan tidak ‘segar’ bagi wanita, mereka seringkali dianggap sebagai Hippies atau golongan yang gemar bersuka-ria tanpa tujuan.
 

Hostel backpackers Tripadvisor.jpg

Penginapan hostel antara penginapan popular di kalangan backpackers. Kredit Foto: Tripadvisor

6. Backpacker Tidak Bertanggungjawab dan Melulu:
 

Sikap mereka yang mengambil ringan terhadap sesuatu perkara atau tidak begitu teliti dalam perlaksanaan perjalanan antara tanggapan terhadap golongan ini sebagai tidak bertanggungjawab dan melulu dalam mengembara atau melancong tanpa mengambil kira

budaya atau sensitiviti di destinasi lawatan mereka. 


Berikut adalah persepsi atau tanggapan yang kerap diberi kepada golongan backpackers. Walaupun terdapat segelintir yang mempunyai karakter seperti di atas, ia tidak memberi gambaran keseluruhan untuk pelancong backpackers. Backpacker datang dari pelbagai negara, budaya dan latarbelakang jadi semua persepsi di atas tidak boleh dijadikan sandaran untuk memberi anggapan buruk terhadap golongan ini. Terdapat juga individu atau golongan backpackers yang mempunyai sumber kewangan yang besar dan gemar melancong menggunakan beg galas besar untuk memudahkan perjalanan mereka tanpa perlu menggunakan bagasi jenis biasa tidak mesra untuk pelancong yang gemar berjalan kaki.

Apa pendapat anda berkenaan persepsi terhadap backpackers ini?Anda juga seorang backpackers?Berikan komen anda pada ruangan komen di laman Facebook atau X kami.

Follow page kami Musafir Sedunia di  Facebook  &  X  untuk mendapatkan semua maklumat terkini berkaitan pelancongan dan destinasi di seluruh dunia.

Musafir Sedunia menawarkan Tips, Info Am, Berita serta pelbagai maklumat berkaitan pelancongan dan permusafiran terus kepada anda.

2758558.png
follow-us-on-x-icon.png
follow-us-on-instagram-sign-button-vector-50150557.png

Tags

Backpacker Persepsi Solotraveler Backpack Hostel

TERKINI DARI MUSAFIR SEDUNIA

Itenary korea.jpg
Berita

Destinasi Pelancongan Paling Popular 2024

18 December 2024

Itenary korea.jpg
Informasi

Tuntutan Cukai Tempatan (Local Tax Refund)

6 December 2024

Itenary korea.jpg
Tips

Terlepas Penerbangan

6 December 2024

Itenary korea.jpg
Destinasi

Gunung Fuji

6 December 2024

Itenary korea.jpg
Tips & Info Penerbangan

7 Tips Memilih Tempat duduk Pesawat

7 December 2024

bottom of page